Ong Yuen Khong's 6.A1 : Refleksi Perjuangan Dato Onn - OpenLearning

Pada tahun 1946, Dato Onn Jafar telah menubuhkkan Parti United Malays National Organisation (UMNO) yang bertujuan untuk menentang Malayan Union yang menghakis kuasa Raja-Raja Melayu dan sebagainya. Manakala, Dato Onn Jaafar mencadangkan bahawa parti UMNO harus dibuka untuk pelbagai etnik menunjukkan kerjasama antara bangsa dan etnik. Walau bagaimanapun, idea ini telah dibantah oleh pemimpin-pemimpin UMNO kerana parti UMNO hanya boleh dibuka untuk bangsa Melayu sahaja. 

Oleh itu, Dato Onn Jafar keluar dari parti UMNO dan menubuhkan parti Independence of Malaya (IMP) yang terbuka kepada pelbagai bangsa dan etnik di Tanah Melayu. Malah, parti ini gagal mendapat sambutan dan sokongan kerana pada masyarakat itu, berbilang kaum tiada sebarang persediaan untuk mengabungkan parti. 

Akhirnya, Dato Onn Jaafar menggantikan parti IMP kepada Parti Negara (PN) untuk bertanding dalam pilihan raya pada tahun 1955 tetapi partinya masih gagal dan tiada mendapat sebarang kerusi dalam Pilihan Raya Persekutuan 1955

Comments

Chat