Jawapan Esei
Soalan 1 JAWAPAN Kepentingan dan keperluan semua kaum haruslah sentiasa diutamakan dalam dasar pendidikan negara kita. Dengan keutamaan ini dalam dasar pendidikan negara kita, pihak kerajaan tidak membezakan soal pelajaran dalam menyediakan kemudahan pendidikan kepada rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan. Awang (2006) menjelaskan bahawa “Bahasa Malayu telah mencapai taraf bahasa antarabangsa, terutama dengan kedudukannya sebagai bahasa diplomatik, lingua franca, bahasa perdagangan sedunia, bahasa penyebaran agama besar di dunia dan bahasa sastera pada abad ke-16 dan ke-17”. Sistem pendidikan telah disediakan dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah, kurikulum yang sama dan sukatan pelajaran yang seragam serta peperiksaan yang seragam. Bahasa Melayu di Malaysia telah diperlihatkan fungsinya sebagai bahasa pengantar lama sebelum dijadikan bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu di Malaysia menjadikan bahasa pengantar antara kaum yang berbeza-beza. Ia digunakan dalam perhubungan antara kaum terutama sekali orang-orang yang tidak mempunyai pendidikan sekolah Inggeris adalah Bahasa Melayu. Orang-orang yang mahu berhubung dengan orang lain dari kaum lain, yang tidak mempunyai pengetahuan Bahasa Inggeris, maka bahasa yang menjadi alat perantaraan adalah Bahasa Melayu. Antara orang-orang Cina, Melayu, India dan sebagainya, alat komunikasinya adalah Bahasa Inggeris, tetapi jika salah satu pihak atau kesemua pihak tidak mengetahui Bahasa Inggeris, maka alat komunikasi antara kaum itu adalah Bahasa Melayu. Fungsi Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan telah dirumuskan oleh Akta Pendidikan 1961, lanjutan penegasan perundangan terhadapay Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa kebangsaan yang menyatukan rakyat termasuklah pelajar-pelajar sekolah, menegakkan persatuan antara kaum-kaum yang mendiami negara ini, menggalakkan pertubuhan satu corak kebudayaan yang meliputi semua aliran kebudayaan yang terdapat di dalamnya serta mewujudkan satu budaya, satu bangsa iaitu pembentukan budaya kebangsaan selaras dengan keinginan dan hasrat membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identiti keperibadian yang dapat dibanggakan dan penuh dengan kesetiaan kepada negara. Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan amatlah tepat, kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa yang paling kerap digunakan oleh kaum yang paling ramai, iaitu bangsa Melayu. Sekian lama, Bahasa Melayu telah berfungsi sebagai bahasa pengartar di sekolah, maktab, politeknik dan universiti. Yang dimaksudkan sebagai bahasa pengantar pendidikan ialah bahasa yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam P&P. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan kemuncak bagi menentukan Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Sehingga kini, universiti itu telah melahirkan ratusan ribu siswazah yang menerima pendidikan dalam Bahasa Melayu. Ratusan tesis dan disertasi pada peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran ditulis dalam Bahasa Melayu, dan puluhan, malahan ratusan, profesor telah menyampaikan syarahan perdana tentang pelbagai ilmu dalam Bahasa Melayu. Semua perkara ini tidak terhad kepada orang Melayu sahaja, tetapi melibatkan semua kaum yang menjadi warganegara Malaysia.Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi penting untuk dipelajari dalam sistem pendidikan kebangsaan supaya meningkatkan semangat nasionalisme dan di samping itu memupuk perpaduan di antara kaum-kaum yang berbilang di negara kita ini. Penekanan dalam penggunaan Bahasa Melayu amat penting, bukan sahaja untuk tujuan pencarian ilmu pengetahuan, tetapi juga bagi memenuhi fungsi sosial dalam aktiviti kehidupan harian. Sesungguhnya kita semua sebagai rakyat Malaysia yang hidup di dalam sebuah yang mempunyai pellbagai kaum seharusnya memainkan peranan masing-masing bagi memartabatkan dan meningkatkan Bahasa Melayu.