raja mohd muzzaqhir bin raja maruwi's 9.A1 : AKTIVITI 1 - OpenLearning

Soalan 1

Kenalpasti ciri-ciri utama sistem pendidikan di Malaysia berdasarkan sejarah perkembangannya dari zaman sebelum merdeka hingga kini.
Pendidikan merupakan asas penyatuan dalam proses pembinaan negara bangsa. Ciri ciri utama sistem pendidikan di Malaysia berdasarkan sejarah perkembangan dari zaman sebelum merdeka hingga kini.Sebelum merdeka, dalam konteks, tanah melayu, penjajah berperanan utama dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan yang dilaksanakan dan bahasa yang digunakan dalam sistem pendidikan. Pihak British melaksanakan dasar pecah dan perintah dengan mengasingkan etnik mengikut komuniti masing masing. Komuniti Melayu, Cina dan India telah mempunyai sistem pendidikan tersendiri yang bersifat tradisi. Dasar pecah dan perintah mengukuhkan lagi kedudukan sistem pendidikan vernakular. Sekolah vernakular Melayu yang lebih memberi tumpuan kepada pengajaran asas seperti menulis, membaca, mengira untuk kehidupan luar Bandar. Bagi komuniti Cina dan India mempunyai sekolah vernacular Cina dan sekolah vernakular Tamil. Sekolah vernakular Cina berteraskan ajaran Confucius yang menekankan kepentingan pendidikan di peringkat rendah dan tinggi manakala sekolah vernakular Tamil menerapkan nilai nilai ketamilan yang diberikan keutamaan oleh komuniti India. Selepas kemerdekaan, Laporan Razak 1956 dijadikan Dasar Pendidikan pertama demi matlamat perpaduan antara kaum di Malaysia. Salah satunya, bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah dan di sekolah menengah manakala sekolah jenis kebangsaan akan menggunakan bahasa cina, bahasa tamil dan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Kini pendidikan di Malaysia telah menghadapi perubahan secara beransur ansur. Hal ini boleh dilihat dalam pendidikan di Malaysia, menglibatkan pelbagai etnik yang tidak mengenal erti perbezaan dan latar belakang etnik masing masing.

Soalan 2

Bincangkan bagaimana ciri-ciri yang dinyatakan di atas mempengaruhi perhubungan antara pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama.
Sistem yang diguna pakai oleh Pihak British yang menggamalkan dasar pecah dan perintah telah menyebabkan tidak berlakunya perpaduan antara kaum kerana mereka hanya memberi kepentingan satu etnik sahaja di dalam sistem pendidikan. Akibatnya banyak perkara negatif yang berlaku seperti contoh, sifat perkauman yang meninggi dalam diri setiap individu. Mereka lebih bertumpu kepada etnik mereka sendiri tanpa memikirkan etnik etnik yang lain. Selepas kemerdekaan boleh dilihat setelah sistem pendidikan semakin bertambah baik dengan perlaksanaan sistem sekolah jenis kebangsaan yang menggabungkan pelbagai kaum dan agama. Matlamat penggabungan pelbagai kaum dan agama mempengaruhi perhubungan antara pelajar dimana pelajar dapat mengenali dan belajar dengan secara tidak lansung. Sebagai contoh, di Malaysia meraikan setiap perayaan etnik yang berbeza latar belakang jadi berlakunya penghubungan antara pelajar.

Comments

Chat