Jawapan Esei
Sistem sekolah satu aliran penting untuk memupuk kesepaduan sosial dalam kalangan anak anak muda masa kini kerana anak anak muda masa kini didedahkan dengan perbezaan budaya, pergaulan antara pelbagai etnik sekali gus menyemai nilai kebersamaan, kekitaan dan perkongsian apabila anak anak muda meningkat dewasa. Sistem sekolah menerusi Pendidikan adalah satu medium yang terbaik bagi memupuk kesepaduan sosial dimana jati diri dan modal insan anak anak muda terhasil menerusi pengalaman unik kerana mereka bukan sahaja pendidikan secara formal bahkan mengenai kepelbagaian etnik Malaysia. Sistem sekolah juga penting bagi mempelajari bahasa dan menghargai latar belakang dan budaya. Sesebuah etnik. Anak anak muda pada masa kini mempunyai masalah berkomunikasi dan berinteraksi sesama sendiri dan perkara ini menghalang kesepaduan sosial terjadi. Sebagai contoh, di institusi pengajian tinggi (IPT) bukan mudah untuk melihat mahasiswa berkomunikasi dan berinteraksi melangkaui kumpulan etnik mereka. Mereka lebih cenderung untuk memilih untuk berkawan dengan etnik mereka sendiri sahaja daripada berkawan dengan etnik yang berlainan latar belakang. Melalui sistem sekolah satu aliran ini, dapat menyelesaikan masalah ini kerana anak anak muda telah didik dari bangku sekolah untuk menerima perbezaan yang terdapat dalam etnik lain dan bersifat terbuka tanpa prejudis. Selain itu sistem sekolah satu aliran dapat mewujudkan satu suasana yang lebih berkesan dan ini penting dalam membentuk sebuah masyarkat yang peka akan sensitiviti etnik lain. Jika anak anak muda mampu untuk tidak mencetuskan sensitiviti etnik lain, sudah semestinya dapat meningkatkan lagi kesepaduan sosial. Hal ini kerana apabila tiada isu sensitiviti tidak kira etnik melayu, cina, india dan lain lain membuatkan semangat sebagai sebuah masyarakat majmuk akan terhasil dengan sendirinya. Akhir sekali, Sistem sekolah satu aliran penting untuk memupuk kesepaduan sosial dalam kalangan anak anak muda masa kini dengan bahasa yang digunakan. Hal ini kerana sekolah satu aliran selain mewajikan penggunaan bahasa melayu dan inggeris sebagai bahasa utama, bahasa cina dan tamil juga ada dipelajari yang membolehkan anak anak muda lebih saling mengenali serta memahami bahasa dan budaya kaum lain.