Dato' Seri Idris bin Jusoh merupakan Menteri Pendidikan II bermula dari 16 Mei 2013. sebelum ini, beliau merupakan menteri besar terengganu(2004 - 2008). beliau memegang jawatan itu sejak mac 2004 selepas barisan nasional berjaya menguasai semula DUN terengganu dengan membawa gelombang biru dalam pilihan raya umum malaysia 2004. pada pilihanraya umum mac 2008, BN terengganu di bawah pimpinan Dato' Seri Idris bin Jusoh sekali lagi memenangi pilihanraya umum tersebut dengan majoriti 2 per 3, ketika BN di negeri- negeri lain mengalami tsunami politik. walaupun dicalonkan oleh perdana menteri malaysia untuk menyandang menteri besar terengganu selepas pilihan raya umum malaysia 2008, cadanagan tersebut tidak diperkenankan oleh penasihat pemangku raja(MPPR) ketika itu. beliau kemudian dilantik untuk memegang jawatan pengerusi majlis amanah rakyat (MARA) dari julai 2008 sehingga mac 2013. sumbang beliau ialah dengan memperkenalkan sekolah IMTIAZ, MRSM Ulul Albab, pintar Quran, dan pelbagai inisiatif lagi, telah menunjukkan beliau bukan seorang yang cepat berputus asa. walaupun sibuk dengan tugasan harian sebagai menteri pendidikan di Putrajaya. beliau tetap mengambilpeluang untuk pulang ke kawasan beliau bagi melihat keadaan dan berjumpa rakyat, khusunya di kawasan beliau wakili. beliau sentiasa percaya anak tempatan adalah orang yang paling layak menjadi wakil bagi sesuatu kawasan dan amanah yang diberikan perlu dijaga. beliau amat disenangi kaum melayu, cina, india di kawasan belaiu.