NaDrah RosMan's 6.A2 : Memperkenalkan Ahli Parlimen Anda - OpenLearning

 

YB DATO’ ABD AZIZ BIN SHEIKH FADZIR
Parlimen Kulim Bandar Bharu


Image result for ahli parlimen di kulim

Program yg dibuat oleh Dato Abd Aziz

1) Program Mesra Aidilfitri anjuran Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Kulim / Bandar Baharu dengan kerjsama Jawatankuasa Permuafakatan Rukun Tetangga (JPKRT) Daerah Kulim. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meraikan bulan syawal yang mulia ini bersama semua Kawasan Rukun tetangga Di daerah Kulim. Selain itu, dengan adanya program sebegini kita dapat menghimpunkan semua lapisan masyarakat untuk menyampaikan info– info jabatan dan saranan kerajaan di setiap lapisan dengan cara perdampingan. Melalui program ini juga, kita dapat lihat pelbagai kaum boleh berhimpun di bawah satu bumbung tidak mengira warna kulit mahupun agama, ini menunjukkan bertapa kukuhnya perpaduan dikalangan kita.

2) Program Pemantapan Pertubuhan Belia bagi Daerah Kulim dan Bandar Baharu telah diadakan pada 6 Jun 2015 bertempat di Skill Development Centre ADTEC Kulim. Program ini telah mendapat sambutan dari Pertubuhan Belia Daerah Kulim dan Bandar Baharu. Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Kulim dan Bandar Baharu juga turut hadir dalam program tersebut. Pihak MBD diminta agar dapat membantu memaklumkan kepada semua Pertubuhan Belia yang bergabung dengan MBD dan Pertubuhan Belia yang tidak bergabung, yang berada dalam daerahnya agar diberikan penerangan tentang pengisian MYKD secara atas talian sebelum berakhir 31 Julai 2015 bagi melayakkan Pertubuhan mereka dinilai untuk Penarafan Lima Bintang bagi tahun 2015.  

http://www.pknk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=567%3Ayb-dato-abd-aziz-bin-sheikh-fadzir&catid=50%3Abiodata-ahli-pknk&Itemid=99

ANATUN NADRAH BT ROSMAN
CI150031
EN MOH FAHMI BIN JAES (SEKSYEN 5)

Comments

Chat