Mohd khairul nizam bin mohd rafek's 6.A2 : Memperkenalkan Ahli Parlimen Anda - OpenLearning

                                                                            

Tuan Haji Khairy bin Datuk Seri Haji Jamaluddin (lahir 10 Januari 1976 di Bandar KuwaitKuwait) merupakan ahli politik Malaysiayang menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan merupakan Ahli Parlimen Rembau. Di peringkat akar umbi, Beliau merupakan ketua UMNO Cawangan Gadong, Rembau, Negeri Sembilan. Sejak Mei 2013, beliau telah menjadi Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Beliau juga merupakan menantu kepada mantan Perdana Menteri Tun Haji Abdullah bin Ahmad Badawi.

Khairy melanjutkan pelajarannya di United World College of South East Asia di Singapura, dan pengajian universitinya di Universiti OxfordUnited Kingdom. Ketika di Oxford, beliau menuntut di Kolej St. Hugh, dan kemudiannya graduan dalam bidang Falsafah, Politik, dan Ekonomi (PPE). 1997 – 1998 Ijazah Sarjana Teori Undang-Undang dan Politik, University College, London,dan merupakan felo di Pusat Pengajian Islam Oxford. Walaupun penglibatan ekonomi dalam pengajiannya adalah minimum, Khairy menulis dan memberi komen tentang status dan iklim ekonomi di Malaysia. Beliau telah dikritik kerana menulis isu yang tidak difahami oleh beliau. Pada tahun 1998 – 1999 beliau menjadi Pengacara TV, Rancangan Dateline Malaysia dan Wartawan Isu Antarabangsa, The Economist di London, United Kingodm. Beliau juga adalah Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri iaitu bekas mantan perdana menteri Tun Abdullah Badawi. Pada tahun 2004-2006 Khairy merupakan Pengarah Perbankan Pelaburan, ECM Libra Bhd dan juga ahli Perniagaan.

Sumbangan
Beliau mengadakan program rumah terbuka untuk semua kaum sebagai jambatan dalam usaha mengeratkan hubungan dan perpaduan di dalam negara ynag berbilang kaum ini. Selain itu, beliau bersama NGO belia dan sukan telah melaksanakan program-program yang berbentuk kecergasan dan permainan untuk semua rakyat Malaysia. Selain membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni, program ini dapat memupuk semangan perpaduan antara kaum di Malaysia.

 

https://www.youtube.com/watch?v=lSmwzsXrcn4

 

 

 

 

Comments

Chat