MENUJU PEMUPUKAN KERJASAMA DAN PERMUAFAKATAN POLITIK
4.1 Jawatankuasa perhubungan kaum/communities liaison committee (CLC)
Januari 1949, pengabungan usaha diantara dato’ onn jaafar dan gabenor jeneral british di asia tenggara iaitu malcom Macdonald, CLC ditubuhkan dengan matlamat untuk mewujudkan persefahaman dan kerjasama yang lebih baik dalam kalangan pelbagai etnik ditanah melayu. CLC mempunyai beberapa anggota yang terdiri daripada lima orang pemimpin melayu, empat orang wakil cina, seseorang wakil india,serani,Ceylon dan eropah masing-masing dengan e.e.c thuraisingham (juga wakil orang Ceylon) adalah pengerusi CLC. Malcom pula bertindak sebagai penasihat dan pengawai perantara CLC dengan kerajaan british. CLC merupakan pertubuhan separa politik. Ianya adalah kerana perkembagannya dalam setiap perjumpaan yang diadakan didalam pengawasan British. Selain itu, anggota CLC terdiri daripada pemimpin politik dan ahli pentadbiran.
Kesepakatan dapat ditonjolkan melalui isu pendidikan dimana sistem pendidikan bukan bercorak perkauman dengan pengguna bahasa inggeris dan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua mata pelajaran sama ada sekolah rendah kerajaan ataupun bantuan kerajaan. Ianya adalah merupakan satu cara terbaik yang diperolehi kesetian dan kerjasama antara etnik. Bukan itu saja isu kerayatan juga merupakan isu kontroversi antara orang dengan orang melayu yang turut sama dibingcang didalam CLC. Dalam hal ini telah dipersetujui bahawa hak kerayatan berdasarkan prinsip jus soli harus diperluaskan kepada orang bukan melayu yang dilahirkan dipersekutuan tanah melayu dan singapura, menumpukan taat setia sepenuh kepada tanah melayu dan mengangap Negara ini sebagai tempat tinggal tetap. Bagi kerjasama ekonomi pula, CLC juga mendapat persetujuan diantara ahlinya dan hasilnya, Rural and industrial development authority (RIDA) dibentuk pada tahun 1950 dan Dato’ onn jaaffar dilatik sebagai pengerusi.
CLC juga telah memberikan perhatian kepada hubungan politik orang melayu dan orang bukan melayu seperti pengambilan orang bukan melayu dalam perkhimatan kerajaan serta pengenalan pilihan raya tempatan. CLC juga telah mencadangakan dasar sama rata antara semua etnik dalam politik Negara dengan berteraskan demokrasi dan hak asasi manusia demi mewujudkan kerjasama dan hubungan etnik yang mengalakan. Perkara ini dilakukan dengan pemberian latihan dalam pentadbiran kepada semua etnik dan keterbukaan peluang kepada orang bukan melayu untuk melibatkan peluang dalam sektor perkhimatan awam serta politik. Walaubagaimanapun usaha yang telah dijalankan oleh CLC dalam mencapai revolusi terhadap isu-isu ini dalam masyarakat majmuk di Malaysia hanya sampai separuh jalan sahaja kerana berikutan krisis Dato’ onn jaafar dengan umno. Krisis ini berkaitan usul pembukaan keanggotaan umno kepada kaum bukan melayu yang mendapat tentangan daripada umno dan orang melayu.
4.2 Independence Of Malaya Party(IMP)
Pada tahun 1948 iaini selepas penubuhan persekutuan tanah melayu. Dato’ onn mencadangkan satu dasar politik baharu dengan orang melayu sebagai teras dan umno dijadikan sebuah parti politik kebangsaan, iaitu united malayan national organization(umno) dengan membuka keahliannya kepada seluruh rakyat tanah melayu. Akan tetapi cadangan yang disuarakan tidak diterima oleh ahli-ahli umno ini kerana umno khuatir serta bimbang umno akan hilang sifat kemelayuan dan kehilangan perlindungan hak dan kepentingan orang melayu. Setelah perkara tersebut mendapat tentangan daripada ahli-ahli umno dan orang melayu sewaktu itu. Dato’onn mengambil keputusan untuk keluar dari umno pada tahu 1951.
Setelah kesepakatan antara ahli umno gagal dirunding dan mendapat bantahan hebat dari ahlinya, dato’ onn melangkah ketangga yang berlainan demi memperjuangkan dasar kerjasama antara etnik dalam politik ditanah melayu. Dato’ onn telah menubuhkan independent of malaya party(imp). Penubuhan imp dibentuk di hotel majestic, kuala lumpur pada 16 september 1951 telah mendapat sokongan daripada pemimpin bukan melayu yang penting. Mereka bersependapat bahawa imp merupakan satu jalan kearah menjalin kerjasama antara pelbagai etnik dalam perkembangan politik di tanah melayu. Bagaimanapun, orang cina lebih berminat untuk menyertai mca yang telah ditubuh pada 27 februari 1949 kerana terdapat pihak yang kurang bersetuju dengan perjuangan dato’ onn bahawasanya orang melayu menjadi teras politik dan sebaliknya mereka menginginkan politik sama rata. Lain pula kepada kaum india kerana sebahagian orang india ramai yang menanggotai mic, ini kerana mereka menginginkan kemerdekaan tanah melayu dan segera untuk berlawan dengan dasar yang dibawa oleh dato’ onn.
Walaubagaimanapun, imp gagal menarik minat orang melayu oleh kerana mereka tidak yakin terhadap kensop yang dibawa oleh dato’onn. Akhirnya imp gagal mendapat tempat dan ruang arena politik negara dengan hanya memenagi dua kerusi sahaja dalam pilihan raya majlis bandaran kuala lumpur pada tahun 1952. Kemudian imp terkubur pada tahun 1953 akibat pembubaran yang dilakukan olehnya kerana tidak kurang mendapat sambutan. Dato’ onn meneruskan usahanya dengan membawa dasarnya dengan menubuhkan parti negara pada tahun 1954.