1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?
Kandungan buku-buku teks yang terdapat di Malaysia seperti bahan pendidikan dapat memupuk nilai-nilai moral yang murni kerana bahasa yang digunakan di samping dapat mendekatkan lagi etnik lain dengan tatacara penggunaan ayat dan bahasa yang betul bagi etnik-etnik selain Melayu seperti Cina, India, Kadazan dan Iban. Hal ini dapat menyatukan satu penggunaan bahasa yang sama golongan minoriti dengan golongan majoriti di dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu, konsep hubungan etnik ini dikenali sebagai asimilasi.
2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.
Industri hiburan juga diihat merupakan sebagai alat untuk memupuk jalinan hubungan yang lebih erat dalam masyarakat pelbagai budaya di Malaysia. Hal ini kerana, gabungan media atau kerjasama yang dilakukan antara watak-watak pelbagai etnik dalam Malaysia contoh di sesebuah stesen penyiaran televisyen dilihat gabungan kerjasama pelbagai etnik berlaku dan terjalinnya ikatan melalui pekerjaan yang sama. Sebagai contoh, cerita kartun animasi Upin Ipin membawakan watak dari pelbagai kaum yang wujud di Malaysia. Hal ini menunjukkan lagi titik-titik nilai yang baik berlaku antara pelbagai etnik di Malaysia. Justeru, perkara ini sedar dapat melahirkan konsep akomodasi dan akultrasi dalam norma masyarakat.
3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.
Apresiasi seni dalam kalangan etnik di Malaysia dilihat dapat membantu kepada pergaulan dan perhubungan yang lebih erat dan harmoni. Hal ini dilihat sebagai konsep amalgamasi berlaku dalam kalangan masyarakat yang juga dikenali sebagai asimilasi biologi iaitu satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baharu yang mempunyai identiti kumpulan majoriti untuk mengurangkan batas etniknya di dalam sesebuah norma masyarakat.
4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?
Kawalan-kawalan yang perlu dilakukan adalah setiap etnik yang hidup dalam masyarakat yang pelbagai perlulah menjaga adab masing-masing. Hal ini menonjolkan nilai adat kepada etnik masing-masing. Semua etnik yang hidup dalam norma masyarakat yang sama perlulah mengetahui keperluan adab sosial yang baik menerusi penerapan nilai-nilai murni yang baik atau perlakuan yang dikerjakan oleh mereka. Setiap etnik perlu menghormati adat setiap enik-etnik yang lain supaya tidak menimbulkan salah faham dan persengketaan antara etnik pelbagai kaum yang hidup di Malaysia.
5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Parti politik yang ada sekarang malah lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan yang mana terbukti melalui wujudnya beberapa jenis parti politik yang bersifat diskriminasi dan mengamalkan sikap etnosentrisme. Sifat ini dilihat sebagai pemecah kepada etnik-etnik untuk lebih cenderung terhadap etnik masing-masing tanpa mengambil tahu kepentingan etnik lain. Misalnya, tertubuhnya parti politik yang berasingan seperti BN, MCA, MIC dan DAP yang membezakan mengikut kaum dalam etnik masing-masing.
6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Pada masa kini tidak dinafikan tertubuhnya banyak NGO di Malaysia khususnya lebih cenderung untuk prihatin dan cakna ke arah polarisasi kaum atau perpaduan etnik masing-masing. Hal ini menyebabkan berlakunya jurang yang besar antara etnik yang hidup dalam satu kelompok sesebuah masyarakat di Malaysia. Misalnya, tertubuhnya persatuan-persatuan swasta yang melibatkan caknaan bantuan bencana terhadap keadaan hidup etnik khusus seperti etnik Cina di Pulau Pinang sekiranya berlaku banjir besar yang merosakkan harta benda.
7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.
Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah yang memupuk persefahaman antara kaum pelbagai etnik dilihat sangat berperanan penting. Hal ini kerana, penglibatan pelbagai etnik dalam permainan seperti ini dapat memupuk kepada persefahaman dan penerimaan budaya etnik masing-masing. Sebagai contoh, permainan congkak yang mana dilihat digemari oleh semua etnik di Malaysia. Justeru, semua etnik yang wujud di Malaysia tidak hanya bersifat etnosentrisme dan cakna hanya dengan budaya etnik mereka masing-masing.