1. Apakah matlamat utama ditubuhkan Jabatan Perpaduan Negara pada 7 Julai 1969?
Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah membuka mata pelbagai pihak tentang pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam menguruskan perbezaan serta sensitiviti yang terdapat dalam sebuah masyarakat majmuk sepertiMalaysia. Berikutan peristiwa itu, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telahditubuhkan. Pada 1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah MAGERANtelah diwujudkan bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduanmasyarakat di negara ini pada waktu itu.Selepas pembubaran MAGERAN, Majlis Penasihat Perpaduan Negara telah ditubuhkaniaitu pada 23 Februari 1971. Tanggungjawab bagi memupuk dan memelihara perpaduandi antara kaum di negara ini terus diletakkan di bawah Jabatan Perpaduan Negara.
2. Apakah visi, misi dan moto JPNIN?
VISI Menjadi Sebuah Agensi Kerajaan Yang Unggul Dalam Usaha Melahirkan BangsaMalaysia Yang Bersatu Padu, Berwawasan Dan Berdaya Maju MISI Memupuk Kesefahaman Dan Semangat Muhibbah Melalui Jaringan Dan InteraksiSosial Ke Arah Pembentukan Bangsa Malaysia Yang Bersatu Padu dan Beridentiti Nasional MOTO "BERSATU KITA MAJU"
3. Nyatakan peranan: i. mediator komuniti; ii. Rukun Tetangga
Mediator Komuniti-- pihak ketiga yang berusaha mendapatkan penerimaan pihak yang terlibat di dalam sesuatu konflik sosial untuk mencari titik-titik persetujuan yang boleh diterima oleh semua pihak utama dengan harapan perhubungan mereka tidak terus merosot, malah bertambah positif. Rukun Tetangga-- Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia. Konsep program ini hampir sama seperti Neighbourhood Watch seperti yang diamalkan di United Kingdom. Peranan utama Rukun Tetangga ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh masyarakat di kawasan kejiranan tersebut. Selain itu, setiap KRT digalakkan menganjurkan seberapa banyak kegiatan berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan selain program meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum.
4. Apakah tujuan dilaksanakan Program Integrasi Antara Wilayah?
Oleh itu ,strategi pembangunan untuk Integrasi wilayah adalah untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi dan struktur di antara wilayah-wilayah dalam negara ini.Struktur ini dilaksanakan atas asas keupayaan setiap wilayah atau negeri untuk menggerakkan pembangunan sektor pertanian dan perusahaan khususnya di negeri-negeri yang kurang maju.Integrasi wilayah ini sangat penting agar hilang rasa kebencian, cemburu antara satu sama lain dan wujudnya perasaan kasih sayang, hormat menghormati dan sebagainya.. Sebagai contoh, jurang dalam aspek pembangunan ekonomi dan kemudahan sosial. Jika di wilayah semenanjung terdapat kemudahan pendidikan tinggi maka di wilayah timur juga turut didirikan institusi tersebut seperti adanya Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sabah dan Sarawak, Universiti Malaysia Sabah / Sarawak. Begitulah juga dalam aspek lain.
5. Apakah peranan Institut Kajian Latihan Integrasi Nasional?
Kewujudan sebuah institusi latihan untuk mengendalikan aktiviti latihan kepada pegawai, kakitangan dan sukarela jabatan ini amat penting dalam membantu memperkasakan peranan JPNIN dalam masyarakat dan menjadi lebih relevan kepada keperluan pelanggan dalam bidang perpaduan dan integrasi nasional. Malah ia turut memainkan peranan sebagai pusat penyaluran ilmu pengetahuan yang berdaya saing dan efektif serta menghubungkan sektor akademik dan penyelidikan sosial dengan agensi pelaksana ke arah proses pemantapan perpaduan negara dan integrasi nasional.