Siti Zulaikah binti Mahadan's 1.A4 : Perbincangan - OpenLearning

Berdasarkan video tersebut, jelas menunjukkan bahawa negara Malaysia  ialah sebuah Negara pelbagai etnik yang hidup dalam keadaan aman damai. Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana mempunyai penduduk pelbagai etnik sama ada di Semenanjung Malaysia mahupun di Malaysia Timur iaitu Sabah serta Sarawak. Melayu, Cina, India, Kadazan, Bajau, Murut, Iban, Dayak dan Orang Asli merupakan antara etnik terbesar yang mewarnai kehidupan berbeza dalam satu kesatuan bangsa Malaysia. Dalam konteks antropologi dan sosiologi, kajian terhadap etnik berbeza merupakan suatu yang penting bagi mewujudkan perhubungan baik dan harmonis di kalangan pelbagai etnik. Pengetahuan dan kefahaman antara satu sama lain membolehkan kerjasama padu antara mereka untuk berganding bahu membawa kemajuan kepada negara Malaysia. Justeru itu amat penting untuk mengetahui konsep-konsep antropologi dan sosiologi berikut untuk memahami realiti kepelbagaian masyarakat. Oleh itu, dengan kesemua kumpulan etnik yang berbeza dan sedia ada ini telah diberikan kebebasan sendiri untuk mengamalkan cara hidup masing-masing termasuk dari pelbagai aspek sepertinya makanan, budaya, perayaan dan adat resam. Walaupun setiap etnik mempunyai makanan tradisional tersendiri tetapi semua eetnik mampu memberi dan merasa bersama-sama.

Seterusnya, di Malaysia terdapat pelbagai perayaan mengikut kaum masing-masing. Dengan adanya perayaan sudah tentu dapat mewujudkan perpaduan yang berbilang kaum. Sebagai contoh, kaum melayu mempunyai dua perayaan iaitu Hari Raya AIdilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Manakala kaum cina disambut Tahun Baru Cina dan manakala kaum India pula menyambut perayaan Deepavali dan Thaipusam dengan ini mereka dapat meraihkan perayaan itu bersama-sama tanpa mengira kaum. Hal ini jelaslah bahawa, Malaysia mempunyai pelbagai perayaan dimana dapat mengeratkan silaturrahim dan perpaduan melalui rumah terbuka semasa musim perayaan dengan pakaian tradisional masing-masing.

 

 

Kesimpulannya, kesepaduan sosial masyarakat pelbagai etnik di Malaysia sangat unik dan mampu menyatupadukan mereka ke arah membina negara Malaysia yang harmonis, maju dan berdaya saing. Kini masyarakat Malaysia hidup penuh toleransi, bekerjasama dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

Comments

Chat