NURLAILY NASUHA RIDHUAN's 8.A5 Aktiviti 5: Kenali Ahli Masyarakat Anda - OpenLearning

1. Apakah komposisi penduduk mengikut etnik di Taman Kajang Impian?

What is the answer to this question?
Taman Kajang Impian mempunyai 1000 penduduk dan dipecahkan kepada empat fasa iaitu fasa 1, fasa 2, fasa 3 dan fasa 4. Penduduk Taman Kajang Impian tebahagi kepada dua iaitu Islam dan bukan Islam (Cina dan India). Fasa 1 dan fasa 4 majoritinya diduduki oleh kaum Cina dan India. Fasa 2 dan fasa 3 pula penduduknya adalah 80 peratus Islam.

2. Apakah peranan En Azli selaku pengerusi Penduduk Kajang Impian?

What is the answer to this other question?
Seorang pengerusi Penduduk Kajang Impian haruslah mengambil tahu tentang undang-undang tempatan untuk membantu menyelesaikan masalah penduduk dari pelbagai kaum.

3. Apakah cabaran yang dihadapi oleh En Azli sebagai pengerusi Penduduk?


Cabaran yang dihadapi adalah terdapat perbalahan antara kaum yang berlainan agama.

4. Bagaimanakah En Azli menghadapi cabaran-cabaran itu?


Encik Azli meghadapi cabaran tersebut dengan merujuk kepada undang-undang majlis tempatan.

5. Bagaimanakah nasihat yang diberi oleh En Azli boleh dimanfaatkan oleh para pelajar sekelian?


Antara nasihat Encik Azli kepada para pelajar ialah bertoleransi antara pelbagai kaum supaya kita dapat hidup dengan aman dan selesa. Selain itu, semua orang hendaklah mengambil tahu tentang undang-undang majlis tempatan supaya perpaduan kaum dapat dicapai.

6. Pada pendapat anda, adakah En Azli telah berjaya dalam merapatkan hubungan penduduk dalam kalangan pelbagai etnik di Taman kediaman beliau?


Pada pendapat saya, Encik Azli berjaya merapatkan hubungan penduduk pelbagai etnik di Taman Kajang Impian. Ini kerana beliau berpegang teguh kepada undang-undang majlis tempatan supaya semua penduduk hidup dengan aman harmoni tanpa sebarang masalah.

Comments

Chat