1. Apakah pandangan anda mengenai aktiviti yang dijalankan oleh JPNIN dalam memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan kanak-kanak tadika?
JPNIN terlibat dalam pengendalian tadika untuk kanak-kanak yang berumur 5-6 tahun atau di peringkat pra sekolah. Tadika yang dikendalikan oleh JPNIN ialah tadika perpaduan yang membolehkan kanak-kanak yang berbilang kaum menghayati nilai-nilai hidup bermasyarakat dan membentuk anak-anak yang memahami adat dan budaya yang pelbagai. Hal ini demikian kerana, sifat kanak-kanak boleh dikesan sejak dilahirkan sama ada dia seorang pemarah atau periang dan sama ada dia mudah ataupun susah untuk menyuaikan diri dalam sesuatu keadaan. Oleh itu, mereka harus diberi peneguhan atau pengukuhan supaya menjadi kanak bersahsiah baik. Begitu juga dengan aktiviti Kejohanan sukan Tahunan. Ini dengan jelas akan memberi impak yang besar terhadap pembentukan sahsiah kanak-kanak dalam perkembangan dan pembangunan diri mereka.
2. Adakah aktiviti yang dijalankan ini berkesan dalam memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan kanak-kanak tadika?
ya sangat berkesan kerana sukan merupakan aktiviti yang sangat penting di sekolah-sekolah mahupun tadika. Rumah-rumah sukan dibentuk dengan ahlinya terdiri daripada murid-murid berbilang kaum. Mereka berlatih bersama-sama, berusaha bersungguh-sungguh sebagai satu pasukan untuk mencapai satu impian iaitu memastikan rumah sukan mereka menang dalam acara Sukan Tahunan. Contohnya, kanak-kanak akan diberikan rumah sukan masing-masing, ada rumah sukan Laksamana, Bendahara, Bentara dan sebagainya. Semangat kesukanan tanpa mengira batas kaum ini sudah pasti memupuk sikap sayang-menyayangi dan hormat-menghormati antara murid-murid yang berbilang kaum. Justeru, aktiviti sukan ini dapat memupuk semangat perpaduan antara murid berbilang kaum .