Soalan 1
Bincangkan perbezaan antara agama dan penganutnya. Misalnya, antara Hindu dan Hinduisme, Muslim dan Islam, dan sebagainya.Perbezaan antara agama dengan penganutnya ialah agama merujuk kepada sistem kepercayaan dan keyakinan yang dianuti dan diamalkan oleh seseorang, manakala penganut bermaksud orang yang menganut sesuatu agama tersebut. Penganut ini pula ada yang sejak lahir telah menganut agama tersebut, tetapi ada juga yang menganut agama tersebut setelah mereka dewasa. Contohnya agama ialah Islam dan penganutnya dipanggil muslim.
Soalan 2
Bincangkan bagaimana budaya setempat mempengaruhi amalan agama masyarakat.Kebudayaan dapat mempengaruhi agama terutama dalam hal hubungannya dengan manusia atau lebih dikenal dengan hablum min an-anas. Contohnya ketika hari raya masyarakat yang menyambut hari raya akan membuat ketupat, walaupun membuat ketupat tidak ada dalam ajaran agama Islam tetapi disebabkan budaya membuat ketupat sudah menjadi kebiasaan semasa menyambut hari raya, oleh itu, membuat ketupat sudan menjadi kewajipan semasa menyambut hari raya dikalangan masyarakat Melayu.