UumSitinor hidayah's 8.A8 Aktiviti 8: Kongsi Video Aktiviti Kemasyarakatan - OpenLearning

Program Anak Muda Nadi Malaysia Kolej Ungku Omar merupakan salah satu program berimpak tinggi yang dianjurkan oleh Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ungku Omar, Universiti Kebangsaan Malaysia pada semester kedua pengajian. Idea untuk menganjurkan program Anak Muda Nadi Malaysia ini terbit berasaskan kepada gabungan Sekretariat Keselamatan, Sekretariat ICT dan Kelab Xtreme-C Kolej Ungku Omar. Ungkapan penuh bermakna 'Mahasiswa Aspirasi Keharmonian' dipilih sebagai tema program. Ungkapan tersebut menyeru kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan kaum untuk terus mengekalkan keharmonian yang sedia ada di bumi bertuah Malaysia. Menyedari hakikat ini, mahasiswa UKM, khususnya dari Kolej Ungku Omar ini membawa satu mesej yang cukup penting demi mengekalkan keharmonian yang sedia ada selain dapat mengasah kebolehan serta membentuk peribadi yang sentiasa ingin mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, NADI ditubuhkan. Tujuan nadi adalah jelas serta bersifat ingin memupuk semangat kesukarelawan serta perpaduan dalam kalangan mahasiswa UKM sendiri serta masyarakat secara umumnya. Malah, salah satu daripada program NADI yang kecil tetapi berimpak tinggi iaitu 1 SEKOLAH 1 KUO yang secara dasarnya akan mengadakan MoU (Memorandum of Understanding) yang dijadikan sebagai sekolah angkat kepada Kolej Ungku Omar. Penerangan awal yang diberikan sejak daripada bangku sekolah akan menerapkan perasaan serta rasa sayang kepada UKM umumnya, sebagai platform utama untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Tidak lupa juga kepada golongan masyarakat serta penduduk daif di kawasan tersebut, kami (mahasiswa) prihatin terhadap golongan tersebut dan secara tidak langsung cuba untuk mengubah sedikit kehidupan mereka ke arah yang lebih baik dengan cara memberikan bantuan dari pelbagai aspek contohnya barangan harian seperti makanan, pakaian, barangan kebersihan dan sebagainya bagi membantu mereka yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM1000. Tidak lengkap rasanya sekiranya kita terus mengabaikan golongan gelandangan yang berada di sekitar kawasan Kuala Selangor itu. Suatu projek untuk membantu mengurangkan sedikit beban bagi golongan gelandangan diwujudkan di bawah program ini disamping segala barang-barang terpakai termasuk baju, seluar, kasut dan segala apa jua barang-barang akan dikumpulkan menerusi kolej-kolej di UKM dan pihak setempat di sekitar Bangi, Kajang dan Semenyih dan akan diserahkan kepada mereka.

MATLAMAT Pihak jawatankuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran program adalah

4.1 Cuba mengubah kehidupan sesebuah keluarga kearah yang lebih baik.

4.2 Untuk memupuk semangat cintakan ilmu kepada masyarakat terutamanya golongan pelajar menengah untuk mereka mengetahui serta berminat untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.

4.3 Memupuk semangat kasih sayang kepada golongan yang kurang bernasib baik bagi memastikan bahawa mahasiswa sentiasa cakna kepada isu semasa dan tidak ketinggalan dalam memberikan sumbangan kepada golongan yang tidak bernasib baik.

4.4 Untuk mendekatkan golongan mahasiswa kepada masyarakat tanpa mengira golongan etnik, agama dan budaya.

Comments

Chat