Soalan 1
Kenalpasti ciri-ciri utama sistem pendidikan di Malaysia berdasarkan sejarah perkembangannya dari zaman sebelum merdeka hingga kini.Pendidikan di Tanah Melayu pada zaman sebelum merdeka amat mengambil berat aspek mengagungkan tanah air sendiri. Contohnya, pendidikan Cina yang berorientasikan negara asal mereka iaitu China, manakala pendidikan India pula berasaskan negara India. Selain itu, pendidikan zaman dahulu juga menitikberatkan aspek kecenderungan terhadap agama, seperti kewujudan sekolah-sekolah pondok untuk mengajar Al-Quran dan hal-hal berkaitan duniaakhirat. Selepas kemasukan kurikulum berasaskan British, maka berlakulah rombakanterhadap sistem pendidikan asal yang diamalkan sebelum ini. Sebelum merdeka, penjajah memainkan peranan utama dalam menentukan sistem pendidikan di Tanah Melayu. Melalui dasar pecah dan perintah oleh pihak British, setiap etnik diasingkan mengikut komuniti masing-masing. Ini bertujuan agar perpaduan tidak wujud dikalangan rakyat Tanah Melayu. Oleh itu, terdapat dua bentuk pendidikan yang menjadi keutamaan British. Pendidikan Inggeris yang disediakan hanyalah untuk golongan Melayu atasan serta dari komuniti bukan Melayu manakala pendidikan vernakular yang ditubuhkan hanya menumpukan kedapa perkara asas seperti menulis, membaca, mengira serta pertanian. Peluang pendidikan bagi komuniti Cina dan India bukan sahaja dalam pendidikan Inggeris malah berpeluang mengukuhkan bentuk pendidikan yang diiwarisi dari negara asal. Dasar ini telah membentuk jurang perbezaan yang tinggi antara komuniti Melayu dan bukan Melayu. Namun selepas merdeka, dasar pendidikan lebih terbuka di mana semua kaum berhak memperoleh pendidikan yang sama rata. Mereka boleh memilih sama ada Sekolah Kebangsaan mahupun Sekolah vernakular. Hal ini kerana, kurikulum di kedua-dua jenis sekolah ini pada keseluruhannya adalah sama,
Soalan 2
Bincangkan bagaimana ciri-ciri yang dinyatakan di atas mempengaruhi perhubungan antara pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama.Sistem pendidikan formal yang lebih terbuka kepada semua kaum ini mampu mewujudkan hubungan perpaduan antara pelajar. Misalnya, sekolah kebangsaan yang mempunyai pelajar berbilang kaum dan agama dapat mewujudkan interaksi antara kaum melalui aktiviti yang dianjurkan di sekolah. Peluang ini juga membolehkan pelajar mempelajari sesuatu yang baharu misalnya dari segi bahasa yang mampu menjadi nilai tambah dalam diri mereka serta mengenali lebih dekat budaya serta adat resam kaum lain. Secara tidak langsung, pendekatan ini dapat melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu.