Vikky's 2.A3 : Refleksi kendiri pengalaman harian dan pelan tindakan individu sebagai agen penyatupaduan - OpenLearning

(a)     Adakah anda seorang yang tebal atau tipis batas etniknya?Pada pendapat saya, saya merupakan seseorang yang tipis batas etniknya dalam bermasyarakat dengan pelbagai etnik tidak kira budaya dan adat resam yang lain . Islam , Buddha, Hindu dan Kristian adalah kepercayaan dan pegangan agama yang berbeza bagi sesetiap individu . Dalam menjalinkan perhubungan, kita juga perlu tahu akan batas-batas kecenderungan penerimaan budaya dan adat resam etnik yang lain bagi mengelakkan timbul isu-isu yang sensatif . Jesteru itu, di Malaysia juga komited bagi mempromosikan pelbagai tradisi budaya etnik dalam memartabatkan kehidupan harian dengan mengadakan tahun melawat Malaysia. Dengan perancangan ini ia dapat menarik pelancong dari pelbagai pelusuk dunia datang dan mengenali budaya bagi setiap etnik yang berada di Malaysia. Aktiviti ini juga merupakan eko-pelancongan bagi negara malaysia untuk mengeratkan lagi hubungan antara pelbagai etnik. Masa kini, Malaysia boleh dikategorikan sebagai sebuah negara yang aman dan harmoni serta semakin pesat membangun. Kita haruslah bersyukur kerana dilahirkan di negara yang mempunyai pelbagai jenis etnik dan bangsa serta agama kerana ia dapat melahirkan sikap hormat menghormati sesama kaum dan budaya masing-masing. Di samping itu , kita juga dapat merasai adat resam dan cara kehiudpan bagi setiap kaum dalam kehidupan harian kerana ia boleh menghasilkan satu ikatan yang sangat penting dalam mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama kaum tidak kira agama atau bangsa. Malah, ia juga dapat menyatupadukan dan menghasilkan sikap saling bantu membantu antara satu sama lain. Saya bersyukur dan bangga menjadi rakyat Malaysia kerana dapat melalui dan mempelajari tatacara dan cara kehidupan pelbagai jenis kaum yang ada di negara sendiri.(b)    Apakah pengalaman saling kebergantungan yang anda alami? Sebagai seorang pelajar, kita terdedah kepada pelbagai bangsa dan agama dalam kehidupan harian kita . Salah satu pengalaman saling kebergantungan yang pernah saya alami adalah ketika mengikuti program anak angkat di sebuah IPT . Pengalaman yang saya lalui adalah dapat duduk bersama seorang pelajar cina dan seorang pelajar india di sebuah keluarga angkat di Batu Kikir dimana program itu dijalankan . Sikap bergantungan yang saya hadapi adalah ketika kami melakukan aktiviti 'jungle tracking' dimana ketika itu saya telah cedera ketika mendaki , mereka mempunyai kepakaran sendiri terutama dalam 'first aid' kerana meraka tangkas melakukan rawatan kecemasan . Sikap saling membantu meraka membuatkan saya rasa kagum dengan kaum yang lain .c) Apakah takrif harian dan takrif autoriti yang berkait dengan pengalaman hidup anda sendiri? Takrif harian yang berkait dengan pengalaman hidup saya sendiri ialah penerimaan masyarakat Cina dan India terhadap cara pemakanan dan persekolahan . Pelbagai bangsa dan agama dapat disatukan didalam sesebuah sekolah iaitu masa saya berada disekolah Anderson Ipoh . Mereka menghormati dan memahami terutamanya ketika azan . Ini menunjukkan penerimaan dan peghormatan bagi umat islam terutama masyrakat melayu . Takrifan autoriti pula adalah sesuatu yang berbentu kekal. Sebagai contohnya, dapat kita lihat disekeliling kita orang Melayu berbahasa Melayu dan beragama Islam. Ianya tidak boleh diubah kerana bahasa setiap etnik adalah berbeza-beza walaupun kini ramai yang dapat menguasai lebih daripada satu bahasa tetapi bahasa itu tetap berasal daripada kaum dan etniknya.d) Apakah bentuk rundingan sosial yang anda lakukan di dalam mengalami kehidupan sebagai ahli masyarakat pelbagai etnik di negara ini? Kepelbagaian dan cara kehidupan adalah suatu perkara yang rumit untuk disatupadukan . Bentuk rundingan sosial yang akan saya lakukan adalah dengan mengadakan suatu program iaitu program untuk menyelesaikan masalah serta membincangkan cara menghasilkan hubungan yang baik antara satu sama lain . Penerimaan pendapat dan bertukar-tukar pendapat membolehkan satu rundingan membuahkan hasil yang baik .Soalan 2 Rangkakan satu pelan tindakan bagi merancang langkah-langkah praktikal yang boleh anda lakukan di dalam memainkan peranan sebagai seorang agen penyatupaduan di dalam masyarakat pelbagai etnik di negara ini. Gambarkan pelan tindakan anda dalam bentuk lakaran/jadual atau apa-apa bentuk audio-visual yang sesuai dan kongsikan di ruangan komen.

 

2. Rangkakan satu pelan tindakan bagi merancang langkah-langkah praktikal yang boleh anda lakukan di dalam memainkan peranan sebagai seorang agen penyatupaduan di dalam masyarakat pelbagai etnik di negara ini. Gambarkan pelan tindakan anda dalam bentuk lakaran/jadual atau apa-apa bentuk audio-visual yang sesuai dan kongsikan di ruangan komen. Saya akan mengadakan gotong royong atau riadah supaya dapat menyatupadukan masyarakat pelbagai etnik di negara ini.ataupun menganjurkan aktiviti 'Volunteering' supaya dapat membantu mereka yang memerlukan dan sentisa menunjukkan rasa kasih sayang tanpa sebarang sifat hasad dengki atau memilih.

 

 

Comments

Chat