muhammad asyraf bin mohd noordin's 8.A1 Aktiviti 1: Lagu Tema Hari Kebangsaan - OpenLearning

1. Apakah yang dimaksudkan dengan “Sehati Sejiwa?”


Sehati Sejiwa membawa erti yang cukup besar untuk dipraktikkan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Sehati Sejiwa memberi gambara rakyat Malaysia yang bersatu, bertoleransi, mempunyai persefahaman dan ikatan yang kuat walau apa pun bangsa dan etnik kita. Malaysia sememangnya dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai keunikkan dalam kalangan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India dan etnik-etnik di Sabah dan Sarawak. Keunikkan ini membawa kepada kepelbagaian dari segi banyak aspek dalam kehidupan misalnya bahasa ibunda, pakaian tradisi, adat dan kebudayaan dan pelbagai lagi. Walaupun rakyat Malaysia berbeza dalam banyak perkara, kita masih juga dapat hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni sehingga dapat mengecapi pelbagai kejayaan yang membanggakan di persada dunia. Kejayaan yang Malaysia peroleh hari ini adalah kerana perpaduan dan kesatuan yang rakyat Malaysia terapkan dalam diri masing-masing tanpa melihat perbezaan sesama kita.

2. Pada pendapat anda kenapakah “Sehati Sejiwa” dipilih menjadi tema Hari Kemerdekaan 2015?


Tema “Sehati Sejiwa” telah dipilih berikutan ianya menggambarkan roh kesepaduan, kesefahaman, semangat kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di Negara Malaysia . Tema ini juga merupakan lambang semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada. Perasaan ini seharusnya dirasai bersama dalam memperkukuh solidariti atau perpaduan rakyat pelbagai kaum . Tema ini penting untuk dihayati terutama dalam konteks memperkukuh semangat patriotisme dalam negara. Tambahan pula,secara tidak langsung dapat menggerakkan dan menyema­rakkan perasaan persefahaman, kekitaan dalam kalangan masyarakat . Kita harus ingat bahawa proses menyatukan masyarakat pelbagai kaum di negara ini bukanlah satu usaha yang mudah. Hal itu me­nuntut penyatuan tenaga, fikiran dan pengorbanan dalam kalangan anggota masyarakat. Orang yang bijaksana akan selalu ingat bahawa meruntuhkan sesuatu itu memang mudah tetapi untuk membinanya kembali adalah sesuatu yang sukar.

3. Kenapakah pentingnya semua rakyat Malaysia perlu “Sehati Sejiwa?”


Pentingnya rakyat Malaysia untuk Sehati Sejiwa supaya negara terus aman daripada sebarang ancaman perselisihan faham antara kaum dan rakyat Malaysia dapat terus bersama-sama berganding bahu untuk menaikkan nama Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Rakyat Malaysia perlu menghayati tema ini supaya lebih menghormati dan memahami perbezaan setiap kaum. Sekiranya rakyat faham bahawa perbezaan akan membawa kepada persamaan dan menjadi wadah untuk saling membantu untuk mengisi segala kekurangan, maka hasad dengki dan cemburu tidak lagi wujud antara rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, sangatlah penting untuk semua rakyat Malaysia untuk Sehati Sejiwa kerana ia bukan sahaja akan memberi manfaat kepada negara dan masyarakat malah kepada setiap individu juga

Comments

Chat