1. Apakah yang dimaksudkan dengan “Sehati Sejiwa?”
Sehati Sejiwa bermaksud setiap negeri iaitu setiap negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak saling bersatu hati dalam perpaduan.Sehati sejiwa juga membawa maksud bersama saling memahami dan membantu diantara satu sama lain.
2. Pada pendapat anda kenapakah “Sehati Sejiwa” dipilih menjadi tema Hari Kemerdekaan 2015?
Antara sebab sehati sejiwa dipilih menjadi tma Hari Kemerdekaan 2015 adalah kerana lirik lagu tersebut yang berunsurkan patriotik dan semangat nasionalisme,, kecintaan dan kebersamaan rakyat . Selain itu. lagu tersebut sesuai dengan tema pada hari itu agar setiap rakyat yang mendengar lagu tersebut mempunyai semangat patriotik memahami Perlembagaan serta Rukun Negara dan membentuk jati diri rakyat dalam cintakan negara.
3. Kenapakah pentingnya semua rakyat Malaysia perlu “Sehati Sejiwa?”
Adalah penting bagi semua rakyat sehati sejiwa kerana melalui sikap tersebut, setiap keputusan yang berkaitan dengan negara yang meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial dapat dicapai kata sepakat bersama. Isu-isu yang boleh menyebabkan kekucaran sesebuah negara seperti isu perkauman, rusuhan dan sebagainya juga dapat dielakkan. Rakyat juga akan dapat hidup dalam keadaan yang harmoni, makmur, aman dan damai.