Nor Azirah bt Abas's Pembangunan Bandar Mapan di Brazil? - OpenLearning

 

 

 

PUSAT CITRA UNIVERSITI (CITRA UKM)

 

 

LMCP 1532

PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN

 

 

 

NAMA

NOR AZIRAH BINTI ABAS

NO. MATRIK

A158643

FAKULTI

FST

TUGASAN 1

PERANCANGAN BANDAR MAPAN

 

 

 

 

 

Melalui tontonan video yang terpapar, terdapat banyak pengetahuan yang diperolehi mengenai perancangan bandar mapan. Antaranya ialah tiga aspek utama dalam perancangan bandar mapan yang terdiri daripada alam sekitar, ekonomi dan sosial. Perancangan bandar mapan juga mempunyai tujuan yang tertentu antaranya adalah bagi mengalakkan pertumbuahan ekonomi yang baik dan mewujudkan tempat yang indah.

Melalui kandungan video mengenai perancangan bandar mapan ini, saya akan menilai tempat tinggal saya iaitu Kuala Rompin, Pahang.

1.    Reka bentuk Bandar (Skala 7)

Bandar Kuala Rompin merupakan bandar yang kecil namun dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang dapat membantu masyarakat sekeliling dalam menjalani kehidupan seharian. Bandar ini terletak dalam keadaan yang strategik kerana merupakan perantaraan antara Kuantan dan Mersing yang menjadikannya sebagai salah satu tempat pelancongan yang menarik di Pahang. Kuala Rompin juga terbahagi kepada dua iaitu Bandar Lama Dan Bandar Baharu. Bandar Lama merupakan tempat di mana kebanyakan nelayan yang menetap di situ kerana ianya berdekatan dengan laut yang menjadi sumber pencarian mereka. Bandar Baharu pula mempunyai kemudahan seperti sekolah, pasaraya, bank dan sebagainya.

 

2.    Kepelbagaian bio (Skala 8)

Kuala Rompin mempunyai kepelbagaian bio yang tersendiri. Kehidupan alam flora dan fauna terpelihara. Terdapat pelbagai tumbuhan yang ditanam bagi memperindah lagi bandar ini. Kewujudan pantai yang dikenali sebagai Pantai Hiburan juga mempunyai kebersihan yang memuaskan. Taman rekreasi juga terdapat di bandar ini. Bandar ini juga terkenal dengan ikan layar yang menjadi lambang Bandar Kuala Rompin.

 

 

3.    Pembuangan sampah (Skala 8)

Pembuangan sampah diuruskan dengan baik oleh pihak Majlis Perbandaran Kuala Rompin. Tong sampah yang disediakan boleh didapati di kebanyakan tempat. Situasi ini memudahkan masyarakat untuk membuang sampah dan mampu membendung mereka dari membuang sampah merata-rata tempat. Sampah yang terkumpul akan dikumpulkan dan dilupuskan dengan cara yang betul.

 

4.    Eco-footprint (Skala 4)

Tempat tinggal saya hanya mempunyai pasaraya yang kecil sahaja namun dapat menampung keperluan penduduk. Tempat untuk membeli belah juga tidak mempunyai pilihan yang meluas.

 

5.    Ekonomi ( Skala 6)

Keadaan ekonomi di bandar ini berada dalam keadaan baik disebabkan kemudahan semulajadi ada. Hal ini dapat membantu penduduk untuk menampung kos sara hidup. Contohnya dengan wujudnya laut di bandar Rompin Lama ianya dapat memudahkan penduduk untuk mencari sumber pendapatan.

 

6.    Pekerjaan (Skala 6)

Sumber pekerjaan di Kuala Rompin kebanyakan boleh didapati di pasaraya, sekolah, pejabat dan gerai jualan. Peluang perkerjaan agak banyak namun ianya bergantung kepada individu tersebut dalam usaha mencari kerja. Walaubagaimanapun, gaji yang ditawarkan tidak begitu tinggi namun bersesuaian dengan taraf kehidupan di bandar ini.

 

7.    Pengangkutan (Skala 7)

Pengangkutan awam yang terdapat di Kuala Rompin adalah seperti bas dan teksi. Bas ini mempunyai jadual dan destinasi yang teratur memudahkan pengguna untuk merancang perjalanan.

 

 

8.    Pendidikan (Skala 7)

Institusi seperti sekolah terdiri daripada pelbagai jenis misalnya seperti sekolah-sekolah cina, sekolah agama, sekolah berasrama jenis kebangsaan India dan Cina, tadika-tadika dan taska. Namun institusi pengajian tinggi masih belum didirikan di bandar ini.

 

 

9.    Penjagaan kesihatan, skala 8.

Kewujudan pelbagai klinik kesihatan samada swasta atau kerajaan membantu masyarakat dalam memelihara kesihatan. Lokasi klinik ini tidak berjauhan dengan tempat tinggal penduduk serta dengan bayaran perkhidmatan yang berpatutan.

 

10. Kawasan hijau (Skala 7)

Bandar ini boleh dikatakan sebagai kawasan hijau yang baik kerana kehijauan alam sekitar masih dapat dinikmati oleh semua penduduk .

 

11. Perubahan cuaca (Skala 5)

Peubahan cuaca tidak berlaku secara mendadak. Namun bandar ini mempunyai potensi untuk dilanda banjir besar sekiranya hujan turun tidak henti-henti kerana berdekatan dengan pantai.

 

12. Makanan (Skala 8)

Makanan mudah untuk didapati di sekitar bandar ini. Pelbagai gerai jualan makanan yang dibuka. 

 

13. Kitar semula (Skala 5)

Terdapat tong sampah kitar semula yang disediakan mengikut jenis tertentu.

 

14. Kualiti udara (Skala 6)

Kualiti udara berda dalam tahap yang tidak membimbangkan kerana salah satu faktornya adalah ketiadaan kilang.

 

 

Comments

Chat