Hubungan etnik mempunayai dua konsep iaitu perpaduan dalam kepelbagaian dan kesepaduan sosial. Melalui perpaduan dalam kepelbagaian terdapat dua perspektif iaitu perspektif psikologi sosial dan antopologi sosiologi, Psikologi sosial adalah bermaksud pengaruh sosial terhadap perilaku manusia. Manakala Antopologi sosiologi adalah kajian tentang masyarakat dan budaya. Maksud “ perpaduan dalam kepelbagaian” menurut perspektif sosial ialah rasa kesatuan yang merentas pemisahan fizikal dan psikologikal. Seterusnya, maksud “ perpaduan dalam kepelbagaian” menurut perspektif antropologi sosiologi adalah rumusan tentang bagaimana manusia mengurus dan meyusun perbexaaan sosial di kalangan mereka. Kita perlu mengurus dan menyusun perbezaan ini keran auntuk mewujudkan keadaan aman dan stabil, agar kita dapat meraih kesenangan dan kemewahan. Seterusnya maksud perpaduan adalah proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan Negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta memiliki perasaan cinta bangga kepada tanah air.Perpaduaan ialah keSAMAan atau keSATUan- satu bangasa, satu agama, satu bahasa, satu Negara. Gambaran satu masyarakat yang sempurna dan tidak boleh menjadi kenyataan. Selain itu, konsep kesepaduan sosial isalah satu fenomena sosial yang dipacu oleh idaman mendalam terhadap perpaduan. Mendorong ahli masyarakat berusaha untuk mencapai perpaduan. Konsep kesepaduan adalah lebih realistic dalam konteks Malaysia. Oleh itu, konsep kesepaduan sosial diutrakan untuk menjelaskan fenomena yang berlaku di Malaysia.