Soalan 1
Apakah impak globalisasi kepada negara kita Malaysia?impak globalisasi kepada negara kita Malaysia. Meningkatkan kesediaan kognitif dimana apabila berada di ambang globalisasi, maka individu akan berlumba-lumba meningkatkan dapatan ilmu bagi setanding dengan pencapaian era semasa. Maka tidak hairanlah jika masa kini makin ramai individu yang proaktif dilahirkan. Kesan positif lain ialah pembelajaran sepanjang hayat. Ini bermakna individu belajar untuk masa hadapannya. Pembelajaran secara berterusan ini menjamin masa hadapan individu yang berfikiran terbuka. Impak seterusnya ialah menjadikan rakyat sebagai warganegara yang bertanggungjawab. Warganegara yang bertanggungjawab akan memastikan arus globalisasi yang berlaku tidak mencemarkan nilai-nilai norma masyarakat setempat. Individu yang mempunyai nilai jati diri akan memastikan globalisasi yang berlaku tidak akan mengheret sekali nilai-nilai murni dan sensitiviti masyarakat. Globalisasi juga akan mencetuskan kemahiran teknologi yang baru
Soalan 2
Apakah impak globalisasi kepada tindakan pengukuhan (affirmative action) dan hubungan etnik di Malaysia?Globalisasi akan memajukan ekonomi negara. Dengan kemajuan telekomunikasi, maklumat ekonomi boleh diikuti sepenuhnya. Peniaga boleh menghubungi seluruh dunia dengan sidang video, Internet dan E-mail. E-dagang dan E-banking juga dapat dijalankan. Dengan ini, peniaga boleh meluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan ke seluruh dunia. Perdagangan antarabangsa dapat dijalankan. Peniaga dan pengguna menjual dan membeli barangan melalui internet. Oleh itu, ekonomi negara berkembang pesat. Globalisasi mewujudkan kerjasama dan persefahaman sejagat. Seluruh dunia boleh berhubung dan berinteraksi. Kita boleh bertukar pengetahuan, pengalaman, budaya dan sebagainya. Dengan ini salah faham dapat dikurangkan. Sebarangan peristiwa dan keadaan di tempat yang lain akan diketahui dengan segera. Dengan itu, kita boleh membantu negara yang berada dalam kecemasan
Soalan 3
Bagaimanakah pihak universiti menangani arus globalisasi dalam kalangan pelajar?Dalam era globalisasi ini,impak yang memberi faedah dalam kehidupan seharian. Antara impak positif yang boleh diperkatakan ialah kebolehan berkomunikasi. Melalui zaman globalisasi yang hebat ini kita boleh berkomunikasi antara satu sama lain walaupun dalam jarak yang jauh. Kecanggihan teknologi yang diketengahkan mampu memberi faedah kepada manusia.Penghapusan dasar Perlindungan dan Sekatan Tarif (GATT), penghapusan stok penimbal, serta provokasi pasaran akan memberikan peluang kpeada produk negara sedang membangun menembusi pasaran negara maju dengan hak yang sama rata. Keadaan ini kerana globalisasi memberikan kuasa mutlak kepada kuasa pasaran iaitu permintaan dan cita rasa pengguna dlm urusniaga barangan dan perkhidmatan
Soalan 4
Adakah konsep kesaksamaan/kesamaratan dalam agihan dan pertumbuhan dari segi wilayah – Semenanjung Sabah dan Sarawak?konsep kesaksamaan dan kesamarataan dalam agihan dan pertumbuhan adalah persoalan yang tidak dapat dirungkai sejak dari dulu lagi. walau bagaimanapun, pelbagai usaha untuk menangani kadar kemiskinan dengan meningkatkan pertumbuhan ekonomi dalam negara. Masih ramai kaum dan etnik minoriti di Sabah dan Sarawak yang terpinggir tanpa bantuan. Tiada konsep agihan dan kesamarataan membuatkan etnik seperti orang asli kekal dalam kemiskinan.