aiman haziq shariman's 4.A3 : LATIHAN 3 - OpenLearning

Soalan 1

Apakah impak globalisasi kepada negara kita Malaysia?
Globalisasi adalah pergerakkan empat faktor modal dalam ekonomi global. Empat faktor tersebut adalah modal kerja, modal kewangan, modal sumber dan modal kuasa. Kebanyakan tekanan dan kekompleksan yang dihadapi adalah dalam hal ehwal macro negara, masyarakat, dan interaksi antara mereka, dan boleh didasarkan kepada empat pergerakan ini. Hal ini akan meransang kepada perkembangan pesat ekonomi negara. Di samping itu, globalisasi juga akan dapat mengeratkan hubungan sejagat dan membolehkan bantuan disampaikan dengan segera.

Soalan 2

Apakah impak globalisasi kepada tindakan pengukuhan (affirmative action) dan hubungan etnik di Malaysia?
Pada pendapat saya, impak globalisasi terhadap tindakan pengukuhan adalah impak negatif yang dibawa masuk oleh negara luar. Impak-impak negatif ini datang dariada pelbagai bentuk spserti cara pemakaian, muzik, cara pertuturan dan sebagainya. Kemjuan teknologi pada masa kini yang dapat menyampaikan maklumat dengan pantas seperti emel, media sosial, blog dan lain-lain boleh mendatangkan keburukan sekiranya ia tidak digunakan sebaiknya.

Soalan 3

Bagaimanakah pihak universiti menangani arus globalisasi dalam kalangan pelajar?
Pada pendapat saya, pihak universiti haruslah memberi tanda aras yang mengikut piawaian antarabangsa. Bagi menangani cabaran globalisasi pada masa kini, langkah yang harus dilakukan ialah dengan mewujudkan universiti yang bertaraf antarabangsa. Pihak universiti haruslah menjalin kerjasama dengan institusi terkemuka di peringkat antarabangsa agar pertukaran idea dan ilmu dapat terlaksana dalam kalangan pelajar. Peningkatan taraf teknologi harus sentiasa mengikuti masa agar tidak ketinggalan dalam arus pemodenan. Pihak universiti haruslah mampu menetapkan kuota bagi setiap aplikasi dalam sesuatu pembangunan. Contohnya, penggunaan Wifi harus ditetapkan kuota penggunaan yang sama rata bagi setiap pelajar dalam kawasan universiti tersebut. Hal ini adalah bertujuan untuk mengelakkan pelajar leka menggunakan sesuatu kemudahan yang diberikan kepada mereka

Soalan 4

Adakah konsep kesaksamaan/kesamaratan dalam agihan dan pertumbuhan dari segi wilayah – Semenanjung Sabah dan Sarawak?
Konsep kesaksamaan atau kesamarataan dalam agihan pertumbuhan dari segi Wilayah antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak belum lagi tercapai sepenuhnya. Hali ini kerana, ekonomi di Sabah dan Sarawak tidak setanding dengan ekonomi di Semenanjung. Kemajuan belum dapat dirasai oleh semua masyarakat Sabah dan Sarawak, sebilangan masyarakat Sabah dan Sarawak masih lagi menjalani kehidupan daif kerana kurangnya kemudahan pendidikan terutamanya di kawasan pendalaman. Hal ini juga didorong oleh pembangunan infrastruktur yang sangat tidak memberangsangkan. Pemantauan oleh pihak bertanggungjawab perlu memandang serius mengenai pembangunan di Sabah dan Sarawak agar Wawasan 2020 dapat dicapai dengan jayanya. Konsep kesamarataan harus dikaji dan dijalankan dengan betul pada masa akan datang, agar masyarakat dapat merasai kemajuan.

Comments

Chat