muhammad asnawi bin yusri's 2.A3 : Refleksi kendiri pengalaman harian dan pelan tindakan individu sebagai agen penyatupaduan - OpenLearning

NAMA : MUHAMMAD ASNAWI BIN YUSRI 
NO MATRIK : 257813
INSTITUSI : UUM - ACT
SUBJEK : SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK (BCOM)
PENSYARAH : MADAM NOOR ADELINAWANI MOHD ALI
KUMPULAN : K02

ASSALAMUALAIKUM / SELAMAT SEJAHTERA

Rakyat Malaysia yang pelbagai di negara ini, kita hidup secara aman walaupun kita hidup dalam pelbagai etnik, bangsa dan budaya. Hal ini disebabkan Malaysia terbentuk daripada masyarakat yang berbilang kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India, dan sebagainya. Disebabkan masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum, maka lahirlah Negara Malaysia yang nyatanya mempunyai keunikan yang tersendiri. Walaupun demikian, masyarakat Malaysia masih hidup aman dan damai antara satu sama lain. Inilah salah satu keistimewaan yang hanya dapat dilihat di Malaysia. Walaupun berbeza dari segi kaum, etnik, pemikiran dan kepercayaan, masyarakat Malaysia masih dapat hidup dengan aman dan tenteram. Malaysia terdiri daripada berbilang kaum, dan mempunyai pelbagai jenis makanan yang unik dan lazat. Semua penduduk di Malaysia boleh mencuba dan merasai kesemua jenis makanan yang semestinya mempunyai rasa dan keunikan yang tersendiri. Contohnya Roti Canai dan Kari dari kaum India, Nasi lemak, Ketupat dan Rendang dari kaum Melayu, Yong Tau Foo dan Char Kuey Teow dari kaum Cina.   Selain itu, kita juga dapat mengenal pasti pelbagai etnik yang terdapat di negara kita seperti dalam bahasa, percakapan, pergaulan, perbuatan dan lain-lain lagi. Boleh saya katakan bahawa saya tidak mempunyai batas etnik yang tebal, di mana saya merasakan semua manusia adalah sama dan tidak perlu kita menganggap sesuatu kaum itu kotor dan asing buat kita walaupun berlainan bangsa. Kita seharusnya menghargai kepelbagaian ini dan saya berharap untuk mempunyai lebih ramai kenalan yang berlainan kaum, bangsa dan agama di masa akan datang. Walaubagaimanapun, saya hanya pandai berbahasa melayu. Jadi, kadangkala saya tidak dapat memahami perbualan rakan saya yang berlainan kaum apabila mereka menggunakan Bahasa ibunda mereka. Melalui pengalaman saya juga, saya tidak ada masalah bergaul dan berkawan dengan individu atau golongan yang berlainan kaum. Tambahan pula, saya pernah bekerja di sebuah hotel dimana hotel tersebut mempunyai pelbagai etnik seperti Cina , India dan juga Melayu . Sewaktu berada di alam persekolahan sekolah rendah, saya tidak berjumpa dengan rakan berlainan kaum kerana saya bersekolah di sekolah luar Bandar dan kesemuan pelajarnya dalah kaum Melayu. Namun, saya telah mewakili dan menyertai perlawanan bola jaring peringkat sekolah dimana perlawanan itu terdiri daripada pelbagai kaum. Saya dapat bertukar pengalaman dengan mereka tentang perlawanan tersebut . Semasa saya bersekolah di sekolah menengah, saya dapat berkawan dengan ramai orang yang berasal daripada etnik-etnik yang berlainan. Sebagai contoh, etnik Cina, India dan lain-lain lagi. Mereka akan menjemput kami pergi ke rumah terbukanya semasa hari perayaan dan ada pelajar membawa kuih-muih perayaan ke sekolah untuk berkongsi makan dengan rakan kelas yang lain. Selain mempunyai kawan dari pelbagai bangsa, sekolah saya juga mempunyai guru-guru dari bangsa Cina dan India. Dengan ini, saya tidak berasa mempunyai sebarang permisahan kaum berlaku dalam masyarakat kita. Malah, cara berinteraksi antara satu sama lain dalam kalangan rakyat menunjukkan rakyat kita dapat hidup dengan aman dan harmoni tanpa mengira kaum dan agama. Ini merupakan suatu langkah negara kita untuk mencapai matlamat Satu Malaysia. Saya mengaplikasikan konsep ini ketika berjumpa mahupun berselisih dengan mereka yang berlainan kaum. Saya akan senyum, dan menyapa mereka. Selain itu, dengan mengadakan aktiviti badan amal yang mana dianggotai oleh pelbagai kaum ke rumah warga tua, melakukan kerja-kerja amal ,membantu mangsa banjir , kebakaran dan bencana alam serta memberi sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik yang hidup dalam keadaan daif. Melalui aktiviti ini ,mereka dapat berkenalan antara satu sama lain daripada pelbagai etnik seterusnya dapat mengeratkan lagi hubungan sesama bangsa. Pemahaman saya tentang 'Takrifan harian' (everyday-defined) jauh lebih penting dan berkesan daripada struktur atau institusi yang bersifat 'takrifan autoriti' (authority- defined), kerana setiap anggota masyarakat majmuk adalah bebas untuk bertindak dan berprilaku prokeamanan, prokeharmonian dan antikeganasan demi survival diri, keluarga dan kelompok sosialnya. Oleh yang demikian, sekiranya timbul sebarang konflik, pergeseran dan pertelingkahan oleh kerana perbezaan sosial yang sedia ada dalam sesebuah masyarakat majmuk, para anggotanya akan segera mencari jalan penyelesaian melalui perundingan dalam pelbagai cara dan bentuk. Umumnya, melalui perundingan seperti ini terhasil persetujuan, kompromi dan tolak ansur dalam banyak hal. Namun, hal ini tidak bermakna bahawa semua cabaran, rasa tidak puas hati dan potensi konflik terselesai. Konflik tetap ada tetapi dalam keadaan terkawal kerana anggota masyarakat amnya menolak keganasan sebagai jalan penyelesaian terhadap perbezaan sosial. Dalam konteks Malaysia, proses transformasi hubungan etnik tersebut berlaku secara umumnya melalui rundingan sosial yang berterusan antara faktor sosial dalam masyarakat awam untuk memenuhi kepentingan masing-masing.   Dalam proses rundingan sosial, unsur-unsur seperti akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi sentiasa berlaku di peringkat yang berbeza sebagai mekanisme untuk terus mengekalkan toleransi etnik, penerimaan terhadap perbezaan dan kesepaduan sosial yang wujud pada hari ini. Justeru, makna yang diberikan oleh aktor sosial ini terhadap interaksi dan hubungan seharian yang berlaku antara mereka melalui proses rundingan sosial yang berterusan yang diwarnai oleh unsur-unsur akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi umumnya cenderung ke arah bentuk positif daripada bentuk negatif. Tafsiran positif yang merujuk kepada interaksi dan hubungan mereka di peringkat harian membentuk kesepaduan sosial pada hari ini walaupun mereka daripada latar belakang etnik, agama, bahasa dan budaya yang berbeza. Antara contoh yang paling jelas tentang wujudnya kesepaduan sosial di peringkat kehidupan harian adalah apabila timbulnya pelbagai isu yang emotif dan provokatif berhubung dengan etnik dan agama, khususnya selepas pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008. Beberapa isu dibangkitkan dan diprovokasi secara berterusan oleh pihak yang ingin mengambil kesempatan demi kepentingan kelompok yang memperjuangkan isu-isu berkaitan. Namun, tindakan tersebut ternyata tidak berakhir dengan rusuhan etnik secara terbuka; sebaliknya kehidupan seharian masyarakat awam terus berjalan secara relatifnya aman dan stabil walaupun isu-isu panas sering diapi-apikan melalui media massa tertentu. Kesimpulannya, pengalaman banyak mengajar saya tentang kehidupan dan memahami akan nilai kesepaduan sosial yang perlu ada setiap individu bagi mencapai perpaduan negara. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai etnik dan kaum seharusnya perlu saling memahami, bertolak-ansur dan bersikap sensitif bagi pelbagai etnik yang lain supaya tidak wujudnya jurang perbezaan sesama etnik yang lain.Hal ini juga dapat mendidik kita agar mementingkan hak etnik yang lain dan tidak mementingkan kaum kita sendiri kerana mereka juga adalah rakyat Malaysia. Oleh itu, bagi mencapai perpaduan itu bukanlah mudah kerana banyak yang perlu kita fahami tentang nilai dan etika dalam hubungan etnik di negara kita. Justeru, hubungan etnik adalah penting dalam diri kita sendiri kerana bagi mencapai keamanan sejagat dan mebolehkan kita berkomunikasi dalam etnik yang berbeza dan saling memahami di antara satu sama lain. Hal ini demikian kerana hubungan etnik penting dalam kehidupan seharian kita kerana jika kita tidak menitikberatkan hal ini sudah pasti kita semua akan hidup dalam peperangan, konflik antara etnik dan negara tidak mempunyai kesepaduan kaum. Oleh sebab itu, subjek Hubungan Etnik ini diajar bagi semua institusi pengajian tinggi bagi mencapai matlamat kerajaan yang menginginkan kita semua agar saling memahami antara etnik-etnik yang lain. Sesuai dengan dasar Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita, iaitu walaupun berbeza agama, etnik dan budaya namun kita tetap  seperti bersatu teguh bercerai roboh.  

Comments

Chat