Asiah Hamid's 2.A3 : Refleksi kendiri pengalaman harian dan pelan tindakan individu sebagai agen penyatupaduan - OpenLearning

Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum. Tidak kira di bandar mahupun luar bandar, masyarakat telah terbiasa dengan hidup dalam kumpulan yang berlainan agama mahupun bangsa. Saya sendiri ada pengalaman dalam hidup bermasyarakat dengan berlainan bangsa dan kaum dari zaman sekolah.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Chiku, Gua Musang (2008 sehingga 2012), dimana pelajar sekolah itu terdiri daripada pelajar berbangsa Melayu dan suku kaum orang asli. Kami dilatih untuk bergaul tanpa mengira kaum dan agama kerana majoriti kaum orang asli adalah bukan beragama Islam. Mereka yang dulunya takut untuk ke sekolah, kini telah mampu bergembira menjalani persekolahan dengan gembira. Semua ini atas usaha kerajaan persekutuan sendiri yang memberi kemudahan pengangkutan, penginapan dan makanan kepala suku kaum orang asli. Hal ini menunjukkan bahawa, kerajaan sendiri tiada sikap pilih kasih dalam membantu golongan masyarakat tanpa mengira latar belakang, agama dan bangsa. Di sekolah juga, guru-guru mendidik tanpa memandang agama dan bangsa mereka walaupun guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Chiku, Gua Musang adalah berbangsa Melayu. Ini menunjukkan, perpaduan yang dipupuk mampu menjadikan sekolah itu harmoni dan damai tanpa ada sikap perkauman dalam kalangan pelajar mahupun staf. Sememangnya sikap ini haruslah diteruskan demi menjaga kesejahteraan dalam hidup bermasyarakat berbilang kaum.

Di politeknik pula, pelajar-pelajar terdiri dari bangsa Melayu, Cina dan India. Namun begitu, kami berkawan tanpa mengira bangsa dan agama. Tugasan kumpulan biasanya berjalan lancar dan mendapat kata sepakat walaupun dari banga yang berlainan. Ini menunjukkan masyarakat kita semakin matang dan bijak kerana mampu mengekalkan persepaduan kaum walaupun di usia muda.

Bukan itu sahaja, pernah terjadi di depan mata saya sendiri, seorang lelaki Cina menghulurkan wang kepada seorang remaja Melayu di luar pusat membeli belah kerana remaja itu kehilangan dompetnya dan mungkin sedang kelaparan. Keikhlasan hati lelaki Cina itu sangat saya kagumi kerana saya sendiri tidak mampu menolong remaja itu kerana tidak mempunyai wang ‘lebih’. Sikap itu seharusnya dicontohi bagi menjadikan masyarakat kita saling tolong-menolong walaupun berbeza bangsa dan agama. 

Seterusnya, seperti yang kita dapat lihat, masyarakat di bandar khususnya hidup berjiran dengan aman dan makmur tanpa ada pertelingkahan walaupun dari bangsa atau kaun yang berbeza. Aktiviti kemasyarakat selalunya dapat sambutan dari pelbagai bangsa dan masing-masing tahu menghormati budaya dan adat setiap kaum. Ini membuktikan, masyarakat di Malaysia sudah tahu kepentingan menghormati budaya masing-masing dalam melahirkan sebuah negara yang harmoni.

Pada zaman sekolah menengah. Di mana pada ketika itu, pelajar orang asli baru sahaja menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Kami yang merupakan pelajar Melayu yang sudah terbiasa dengan persekitaran persekolahan membantu mereka untuk membiasakan diri dengan alam persekolahan. Di asrama, kami disediakan bilik belajar, bilik menggosok pakaian dan bilik jemuran di mana kami perlu berkongsi dengan mereka. Kesempatan itu kami ambil untuk mengajar mereka cara-cara yang betol seperti cara menggosok pakaian. Ini kerana, mereka kebanyakannya datang dari keluarga yang susah dan tidak pernah menggunakan sterika. Waktu belajar yang ada, kami mengajar apa yang mereka tidak faham tentang isi kandungan belajar setakat yang kami mampu. Situasi ini menunjukkan saling kebergantungan yang menjadikan sesebuah perhubungan itu menjadi cepat akrab sekali gus dapat menjadikan mereka selesa dengan kami yang berbeza kaum dengan mereka.

 

 (a)   Adakah anda seorang yang tebal atau tipis batas etniknya?

            Pada pandangan saya, dulunya saya seorang yang tebal batas etniknya kerana sudah terbiasa hidup dalam rumpun Melayu dan ada sedikit unsur perkauman. Hal ini kerana, saya berasal dari perkampungan Felda dan pada masa itu penduduk Felda seratus peratus adalah berbangsa Melayu. Namun begitu, setelah menjejakkan kaki ke sekolah menengah di Felda Chiku, pemikiran saya mula terbuka dan semakin menerima masyarakat yang datang dari bangsa lain kerana di sekolah itu terdapat suku kaum yang bukan berbangsa Melayu iaitu orang Asli yang datang dari Pos Simpor, Pos Brooke dan Pos Bihai di Gua Musang. Setelah itu, saya melanjutkan pengajian di politeknik yang mana terdapat pelajar Melayu, Cina dan India. Dari situ saya menjadi seorang yang nipis batas etnik kerana sudah terbiasa dengan dengan masyarakat yang bukan berbangs Melayu. Sikap perkauman dapat dikikis sepenuhnya apabila saya mula bergaul dengan mereka yang berlainan kaum atau agama. Malah, di Johor pula saya mempunyai ramai kawan yang datang dari pelbagai bangsa, Cina dan India terutamanya. Sikap tolak ansur dan hormat-menghormati yang mereka tunjukkan menjadikan batas etnik semakin menipis dalam diri saya. Oleh sebab itu, saya amat menggalakkan terutamanya pelajar untuk belajar bergaul dengan bangsa lain agar negara kita lebih harmoni dan damai sekali gus dapat mengelakkan peristiwa 13 Mei berulang kembali kerana golongan muda ini lah yang merupakan pelapis generasi negara akan datang.

 

 

b) Apakah pengalaman saling kebergantungan yang anda alami?

            Pengalaman saling kebergantungan yang pernah saya alami ialah pada zaman sekolah menengah. Di mana pada ketika itu, pelajar orang asli baru sahaja menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Kami yang merupakan pelajar Melayu yang sudah terbiasa dengan persekitaran persekolahan membantu mereka untuk membiasakan diri dengan alam persekolahan. Di asrama, kami disediakan bilik belajar, bilik menggosok pakaian dan bilik jemuran di mana kami perlu berkongsi dengan mereka. Kesempatan itu kami ambil untuk mengajar mereka cara-cara yang betol seperti cara menggosok pakaian. Ini kerana, mereka kebanyakannya datang dari keluarga yang susah dan tidak pernah menggunakan sterika. Waktu belajar yang ada, kami mengajar apa yang mereka tidak faham tentang isi kandungan belajar setakat yang kami mampu. Situasi ini menunjukkan saling kebergantungan yang menjadikan sesebuah perhubungan itu menjadi cepat akrab sekali gus dapat menjadikan mereka selesa dengan kami yang berbeza kaum dengan mereka.

Comments

Chat