1. Apakah yang dapat anda katakan mengenai refleksi kendiri anda berdasarkan persoalan berikut:
(a) Adakah anda seorang yang tebal atau tipis batas etniknya? (minimum 200 patah perkataan)
Pada pendapat saya, saya merupakan seorang yang tipis batas etniknya dimana saya senang untuk bergaul dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa dengan saya. Hal ini demikian kerana apabila saya berjumpa dengan rakan yang berlainan bangsa, saya akan menegur mereka terlebih dahulu untuk mengelakkan diri daripada terasa asing atau tidak selesa.
Selain itu saya juga seorang yang tidak memandang bangsa apabila saya berkawan. Saya suka berkawan dengan semua orang seperti rakan yang berbangsa Cina, Melayu dan India. Saya akan cuba untuk mengekalkan persahabatan tersebut agar persahabatan kami sentiasa akhrab.
Apabila di Sarawak pula, setiap hari saya berjumpa dengan rakan saya yang berbeza etnik dengan saya. Malah, rakan saya ramai yang berbeza etnik seperti Bidayuh, Iban, Kayan dan sebagainya. Keadaan ini akan membuatkan kita rasa aman bila hidup di satu bumbung yang sama. Saya akan cuba mempelajari bahasa ibunda rakan saya yang lain agar jurang antara kami semakin rapat dan sentiasa ada keserasian apabila bersama.
Seterunya juga, saya pernah mengikuti Program Latihan Khidmat Negara(PLKN). Program ini sangat membantu saya dalam aktiviti kumpulan dimana dalam satu kumpulan tersebut terdapat pelbagai etnik. Kami akan belajar untuk berkomunikasi dengan baik dan saling menerima pandangan setiap ahli kumpulan. Program ini mengajar saya untuk saling menghormati antara kaum.
Kesimplannya, batas etnik yang tipis akan menjadikan kita seorang yang senang bergaul dengan orang malah kita dapat bertoleransi sesama sendiri. Oleh itu, ita haruslah belajar cara berkomunikasi dengan baik kerana dengan cara itu kita dapat mengikis batas etnik yang tebal dalam diri kita.
(b) Apakah pengalaman saling kebergantungan yang anda alami? (minimum 200 patah perkataan)
Malaysia merupakan negara yang sedang membangun. Ramai negara-negara di luar sana terpesona dengan keunikkan Malaysia dimana Malaysia dapat memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa. Persoalannya, bagaimanakah hal ini boleh berlaku? Setiap bangsa di Malaysia saling bergantung antara sama lain. Misalnya, dari segi makanan, pelajaran dan lain-lain.
Sepanjang kehidupan saya tinggal di Malaysia, semestinya saya sendiri mempunyai pengalaman-pengalaman di mana saya bergantung kepada bangsa yang lain. Antaranya ialah dari segi pelajaran saya. Seperti yang kita tahu, kebanyakan pelajar berbangsa Cina mahir dalam matapelajaran Matematik begitu juga dengan pelajar berbangsa India mahir bertutur dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, apabila saya mengahapi sembarang masalah dalam kedua-dua matapelajaran tersebut, saya akan mencari rakan-rakan saya untuk meminta tunjuk ajar. Melalui situasi ini saya mengimplikasikan nilai saling kebergantungan dengan pelajar bangsa lain.
Begitu juga semasa saya pelajar semester satu, tahun satu di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia dimana saya perlu mengambil subjek bahasa Mandarin. Saya mendapati sukar untuk saya memahami dan menguasai subjek tersebut dalam kelas yang cuma mengambil masa tiga jam dalam seminggu. Oleh itu, saya mengambil inisiatif untuk belajar bersama dengan rakan-rakan saya yang berbangsa Cina dan merujuk mereka setiap kali saya mengadapi kesukaran dalam subjek tersebut. Saya mendapati banyak yang saya pelajari selepas saya mengimplikasikan cara tersebut.
Selain itu, dari segi makanan pula, saya juga suka bertukar-tukar selera makanan dimana saya suka mencuba makanan etnik lain. Contohnya seperti nasi lemak, chappati dan juga makanan cina.
Konklusinya, nilai kebergantungan ini membolehkan kita hidup secara aman di mana kita saling memerlukan dan saling berpaut antara satu sama lain untuk meneruskan kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia.
(c) Apakah takrifan harian dan takrifan autoriti yang berkait dengan pengalaman hidup anda sendiri? (minimum 200 patah perkataan)
Takrifan harian bermaksud realiti sosial yang diamali oleh orang ramai dalam kehidupan harian mereka. Masyarakat awam berbeza dalam kehidupan seharian mereka contohnya sebahagian orang Melayu bertutur dalam bahasa Inggeris. Manakala takfiran autoriti pula adalah realiti sosial yang ditakrifkan oleh pihak yang menjadi struktur kuasa dominan dalam negara. Contoh yang boleh di lihat adalah orang melayu bersifat tetap menganuti agama Islam.
Dalam takrifan harian, terdapat beberapa pengalaman yang dapat saya kongsikan dimana saya sering dianggap mempunyai keturunan Cina. Hal ini disebabkan oleh sifat saya yang memiliki mata yang agak sepet atau kecil seperti mata orang Cina. Atau mungkin juga saya memiliki kulit yang agak putih. Realitinya, saya bukanlah kaum Cina dan tidak mempunyai keturunan nenek moyang yang berbangsa Cina. Pengalaman saya sendiri apabila saya berjalan ke pasaraya, kebanyakan penjual atau juru wang akan bertutur bahasa Cina dengan saya dan saya akan menjawab mereka dengan Bahasa Malaysia. Keadaan ini akan berlaku dan berulang setiap kali saya berjalan ke pasaraya, sekolah ataupun tempat-tempat yang baru saya kunjungi. Selain itu, tidak lupa juga hari pertama saya masuk ke Semenanjung Malaysia iaitu Johor untuk melanjutkan pelajaran saya di Universiti Tun Hussien Onn Malysia. Sepanjang beberapa hari minggu haluan siswa dijalankan, setiap hari saya akan membetulkan beberapa orang yang menganggap bahawa diri saya berbangsa Cina dan menyatakan bahawa saya berbangsa Kenyah, etnik bumiputera dari Sarawak.
Untuk takrifan autoriti pula, saya menjadi warganegara Malaysia disebabkan saya lahir di Malaysia dan begitu juga dengan kedua ibu bapa saya yang memiliki kewarganegaraan. Pihak atasan menetapkan bahawa setiap bayi yang lahir di Malaysia berhak mempunyai kewarganegaan tersebut dan tidak boleh dipinda dengan sesuka hati.
Kesimpulannya, kedua takfiran ini membawa maksud yang berbeza. Oleh itu, kita harus peka dengan maksud kedua-dua konsep ini supaya faham dan tidak menyalahgunakan takrifan tersebut.
(d) Apakah bentuk rundingan sosial yang anda lakukan di dalam mengalami kehidupan sebagai ahli masyarakat pelbagai etnik di negara ini? (minimum 200 patah perkataan)
Bentuk rundingan sosial yang positif mampu mengekalkan kesepaduan yang telah wujud dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal yang selalu kita impikan iaitu perpaduan dalam kalangan rakyat pasti akan lahir dalam diri masing-masing jika setiap orang mempunyai bentuk rundingan sosial dalam mengalami kehidupan sebagai ahli masyarakat pelbagai etnik di negara ini.
Sebagai seorang masyarakat yang tinggal di negara Malaysia, saya memainkan peranan saya dalam mengekalkan perpaduan di negara ini. Terdapat beberapa perkara yang saya lakukan, antaranya adalah saya suka bergaul dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa dengan saya. Hal ini demikian kerana saya ingin tahu cara kehidupan mereka sekali gus menambah kenalan saya dari segi berbilang bangsa. Melalui cara ini, saya akan tahu cara untuk menghormati gaya hidup mereka setelah mengenali mereka dengan lebih rapat lagi.
Selain itu, saya juga suka berkunjung ke rumah jiran-jiran apabila mereka menyambut perayaan seperti Hari Raya dan Tahun Baru Cina. Situasi ini akan merapatkan lagi silaturahim kami. Begitu juga apabila tiba musim perayaan saya sendiri iaitu Hari Krismas. Saya tidak akan pernah lupa untuk menjemput jiran-jiran atau rakan-rakan saya yang berlainan bangsa dengan saya kerana ini akan memeriahkan lagi perayaan tersebut.
Di samping itu, saya juga mengamalkan sikap menghormati agama lain. Seperti yang kita tahu, semua agama menyeru agar kita melakukan hal-hal yang baik sahaja. Demikian juga apabila melibatkan agama orang lain, kita seharusnya bertoleransi dengan agama orang lain supaya tidak timbul pergaduhan atau perpecahan kaum. Contoh yang paling dekat saya lakukan adalah, apabila azan bergema, saya akan berhenti bercakap dengan rakan-rakan saya dan terhadkan pergerakan agar rakan-rakan yang beragama Islam tidak terganggu.
Seterusnya, apabila aktiviti yang melibatkan semua kaum, saya akan mencari kesempatan supaya dapat mengikuti aktiviti yang dianjurkan. Malah saya akan turut mengajak rakan-rakan saya yang lain untuk turut serta. Hal ini disebabkan kerana saya tahu kami akan menjadi semakin rapat apabila melibatkan diri dalam sembarang aktiviti seperti permainan.
Intiharnya, rundingan sosial ini sangat penting dan perlulah dilakukan oleh setiap orang yang bergelar anak Malaysia kerana tanpa kita siapa lagi yang akan mengekalkan perpaduan ini kalau bukan kita sendiri. Oleh itu, marilah kita sama-sama berganding bahu dan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dalam merealisasikan hal ini.
2. Rangkakan satu pelan tindakan bagi merancang langkah-langkah praktikal yang boleh anda lakukan di dalam memainkan peranan sebagai seorang agen penyatupaduan di dalam masyarakat pelbagai etnik di negara ini. Gambarkan pelan tindakan anda dalam bentuk lakaran/jadual atau apa-apa bentuk audio-visual yang sesuai dan kongsikan di ruangan komen. (minimum 200 patah perkataan)
1. Tidak menyentuh tentang sensitiviti sesuatu kaum di tempat umum terutama di hadapan rakan yang berlainan bangsa.
2. Menyertai program yang melibatkan semua kaum seperti sambutan Hari Kebangsaan dan sambutan Hari Malaysia.
3. Menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kaum lain untuk memahami budaya kaum lain dengan melalui berkomunikasi dengan mereka.
4. Mengamalkan amalan kunjung-mengunjungi ke rumah kawan yang berlainan bangsa pada musim perayaan.
5. Menjaga hubungan baik dengan semua orang tidak kira dimanapun terutama rakan-rakan yang sering kita jumpa.
6. Menyertai dan melibatkan diri dalam pelbagai program dan aktiviti anjuran kolej mahupun fakulti yang menampilkan kerjasama pelbagai etnik lain.
7. Menyertai Program Anak Negeri yang boleh mengeratkan hubungan antara kaum dalam negeri saya sendiri iaitu Negeri Sembilan.
8. Keluar bersama rakan berlainan bangsa seperti keluar bersama rakan-rakan Sabah untuk mengeratkan hubungan dan mengajak mereka pulang ke kampung halaman kita untuk merasai pengalaman kehidupan kita.
9. Menyertai program kemasyarakatan seperti pergi melawat rumah orang tua.
10. Bersikap terbuka dan menerima kekurangan etnik yang berlainan.
11. Menghakis sikap prejudis terhadap kaum lain dengan membuang pemikiran negatif terhadap mereka dan menjaga perasaan mereka