MUHAMMAD IZZUL HAKIM BIN MOHD YUSUF's 2.A3 : Refleksi kendiri pengalaman harian dan pelan tindakan individu sebagai agen penyatupaduan - OpenLearning

  Apakah yang dapat anda katakan mengenai refleksi kendiri anda berdasarkan persoalan berikut:

(a)     Adakah anda seorang yang tebal atau tipis batas etniknya?  Saya adalah seorang yang tipis batas etnik. Hal ini kerana saya kerap bergaul dengan pelbagai etnik tanpa mengira bangsa dan keturunan. Saya berpendapat bahawa kita perlu bergaul dan bertukar pandangan serta idea dengan pelbagai etnik tanpa berasa prejudis. Kita saling hormat menghormati dan beramah mesra dengan menerima budaya masing-masing tanpa menimbulkan sebarang konflik. Walaubagaimanapun, setiap etnik mempunyai kelebihan masing-masing dan tidak kurang juga limitasinya yang tertentu.  

(b)     Apakah pengalaman saling kebergantungan yang anda alami? 

Pengalaman saling kebergantungan yang saya alami sepanjang hidup saya termasuklah saling membantu apabila berlaku satu kekacauan di antara kaum. Antara perkara yang dapat saya lihat berdasarkan pengalaman saya sendiri, apabila berlangsungnya majlis-majlis perkahwinan ataupun perayaan, saudara-mara yang berlainan etnik akan turut menghulurkan bantuan. Malah mereka bersikap tegas dan sering ke hadapan apabila ada masalah timbul dan memerlukan perhatian yang segera. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sememangnya kesepaduan itu dapat dipupuk sekiranya kita berfikiran lebih rasional dan matang dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul dalam suatu kaum dan saling meringankan beban yang ditanggung oleh mana-mana kaum sekalipun.

  (c)      Apakah takrifan harian dan takrifan autoriti yang berkait dengan pengalaman hidup anda sendiri? Konsep takrifan autoriti yang bersifat lebih tetap dan ditegaskan bagi sebahagian kaum yang wujud di Malaysia, kadang-kala boleh berubah berdasarkan keadaan semasa negara kita yang sedang dalam proses pembangunan. Contohnya cara pemakaian, tempat tinggal dan makanan tradisi yang dikhaskan bagi setiap kaum. Berdasarkan apa yang dilihat, telah berlaku banyak perkara yang menunjukkan konsep takrifan autoriti dalam kalangan suatu kaum itu sudah semakin bersikap terbuka. Ini kerana telah berlaku banyak perkahwinan campur di antara satu kaum dengan kaum yang lain. Di mana perkara ini dapat dilihat sebagai satu platform untuk menyatupadukan dan mempelbagaikan etnik yang sedia ada. Manakala konsep taklifan sosial pula dipraktikkan dalam kehidupan seharian, terutamanya bagi para pelajar yang perlu berhadapan dengan pelbagai kerenah dan telatah etnik-etnik yang wujud di dalam kawasan kampus. Di mana proses pembelajaran turut berlaku apabila suatu kaum cuba untuk mempelajari dan mengambil tahu tentang budaya dan gaya hidup kaum yang lain. Hal ini seterusnya dapat mengecilkan jurang yang terdapat di antara kaum-kaum yang sebelumnya tidak boleh bersemuka.  

(d)     Apakah bentuk rundingan sosial yang anda lakukan di dalam mengalami kehidupan sebagai ahli masyarakat pelbagai etnik di negara ini? Bentuk-bentuk rundingan sosial yang saya lakukan dalam mengalami kehidupan sebagai ahli masyarakat pelbagai etnik di negara ini termasuklah berinteraksi untuk saling bekerja sama, menghargai, menghormati, hidup rukun, dan bergotong royong.  

 

2. Rangkakan satu pelan tindakan bagi merancang langkah-langkah praktikal yang boleh anda lakukan di dalam memainkan peranan sebagai seorang agen penyatupaduan di dalam masyarakat pelbagai etnik di negara ini. Gambarkan pelan tindakan anda dalam bentuk lakaran/jadual atau apa-apa bentuk audio-visual yang sesuai dan kongsikan di ruangan komen.  Dalam merealisasikan kesepaduan sosial di Malaysia, sebagai seorang mahasiswa, saya mampu memangkin projek ini dengan cara mengaktifkan diri di dalam aktiviti kenegaraan dan kemasyarakatan. Selain itu, sebagai seorang mahasiswa, saya perlulah menghayati Rukun Negara dengan sangat mendalam supaya saya lebih menghargai kepelbagaian etnik yang terdapat di Malaysia dan keamanan yang dikecapi walaupun berlainan budaya. Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang dan Kesopanan dan Kesusilaan. Sebagai seorang mahasiswa, saya juga perlulah sentiasa menjaga hubungan baik di antara kaum, tidak kira sama ada di kafe, di dalam bas, di dalam kelas, ketika kerja berkumpulan, perbentangan malah perjumpaan di luar kelas. Saya juga perlulah menggunakan bahasa Kebangsaan dalam percakapan seharian saya terutama ketika bersama kaum lain. Tidak kira ketika bersantai mahupun perbincangan kumpulan Dan sehingga hari ini saya mengharapkan mereka melakukan perkara yang sama, supaya memudahkan kami berkomunikasi selain mengelakkan prasangka buruk antara kaum. Saya turut melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Contohya kepercayaan, adat, makanana tradisional, dan pantang-larang kaum lain.Saya percaya saya mampu menyumbang kepada kesepaduan sosial di Malaysia, terutama ketika bergaul dengan mereka, tidak kira dalam apa cabang sekalipun, samada berbentuk ilmiah mahupun untuk kehidupan harian sahaja. Mengamalkan semangat perpaduan, bantu-membantu, hormat-menghormati di kalangan mahasiswa juga mampu menyumbang kepada kesepaduan social di Malaysia kerana walaupun bermula di peringkat yang kecil, “Small change can make a big difference”. Sebagai seorang mahasiswa yang mempunyai pegangan agama, saya masih perlu melengkapkan diri dengan ajaran agama dan pendidikan moral, selain memantapkan sahsiah diri, kerana ingatlah, diri kita melambangkan bangsa kita. Elok diri kita, maka baiklah pandangan masyarakat dan kaum lain terhadap kita

Comments

Chat