| No. | Tajuk | Bidang | Laporan/Catatan ringkas |
|---|---|---|---|
| 1 | Perubatan tradisional | Kesihatan |
Melayu Menggunakan bahan-bahan yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan dan herba. Diamalkan oleh bomoh dan Tok Dusun dahulu kala. Cina Menggunakan ubat herba, akupuntur, terapi diet dan urut Tui Na dan Shiatsu. India Menggunakan perubatan Ayurveda. |
| 2 | Sukan tradisional mengikut kaum | Sukan dan rekreasi |
Melayu Congkak, wau, batu seremban, galah panjang. Cina Mahjong, Xiang Qi. India Kabaddi, Chaturanga, Kho kho. |
| 3 | Amalan pantang larang selepas bersalin | Adat resam |
Melayu Salah satunya ialah, berurut. Ia bertujuan untuk melancarkan perjalanan darah dan membetulkan urat yang tegang dan juga putus selepas melahirkan bayi. Selain itu, berurut juga dapat membuang angin dan memecahkan lemak yang terkumpul. India Masyarakat India biasanya akan meletakkan ibu yang baru bersalin dan bayinya di dalam satu bilik asing atau bahagian tertentu di dalam rumahnya. Sepanjang tempoh ini, ibu biasanya dijaga oleh pembantu khas yang ditugaskan untuk menjaganya. Pembantu khas ini akan menyediakan makanan khas untuk ibu, mengurut, memandikan ibu dan bayi, serta mencuci pakaian ibu dan bayi. Cina Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. |
| 4 | Upacara kelahiran, perkahwinan dan kematian | Agama; Budaya; adat resam & kepercayaan |
Melayu Kelahiran Azan dan iqamah di telinga sebelah kanan dan iqamah di telinga sebelah kiri. Perkahwinan Merisik, meminang, bertunang, majlis akad nikah, bersanding, dan walimatul urus iaitu majlis perkahwinan. Kematian Memandikan mayat, menyembahyangkan mayat, mengkuburkan mayat. Cina Kelahiran Kelahiran seorang anak biasanya dirayakan apabila ia berumur sebulan. Sesetengah keluarga merayakan anak mereka apabila anak itu berumur satu tahun. Perkahwinan Pada hari pertunangan, pihak lelaki akan memberikan hadiah besar kepada pihak perempuan iaitu duit penanda yang dibalut dengan sampul berwarna merah, teh, sepasang binatang ternakan, manisan, arak dan tembakau. Kematian Mayat akan dibersihkan dan dimandikan. Setelah dimandikan mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek. Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik. India Kelahiran Selepas melahirkan bayi, bayi tersebut akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan yang bertujuan untuk mengelakkan bala atau sebarang malapetaka daripada berlaku. Perkahwinan Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam dengan memberi hadiah seperti pakaian. Upacara akan dilakukan oleh pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan menyarungkan thaali yang diperbuat daripada benang putih yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga paras dada. Kematian Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati. Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang. Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan kain. Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau halaman rumah. Selepas dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki. |
| 5 | Makanan/Minuman tradisional | Makanan; Budaya |
Melayu Nasi lemak, ketupat, lemang. Cina Bak Kut The, Lok lok. India Roti canai, putu mayam. |
| 6 | Perjuangan kemerdekaan | Politik |
Melayu Tunku Abdul Rahman Cina Tun Tan Cheng Lock India Tun V.T Sambanthan |
| 7 | Pemodenan dan pembangunan negara | Politik; Sosio-Ekonomi |
Melayu Pertanian Cina Perlombongan India Perladangan |