Basri Ruslan's 8.A1 Aktiviti 1: Lagu Tema Hari Kebangsaan - OpenLearning

1. Apakah yang dimaksudkan dengan “Sehati Sejiwa?”


Sehati sejiwa merupakan tema bagi menyambut kemerdekaan bagi Malaysia pada tahun 2015. Ianya menerapkan kesepaduan dalam satu negara sebagai simbol utama dalam mengeratkan lagi hubungan antara kaum di Malaysia tidak mengira waktu dan kesukaran. Lagu juga tercipta khas untuk menyambut lagi tema sehati sejiwa ini. Ianya menerapkan pelbagai lagi makna lain. Kesepaduan antara sabah dan sarawak dengan semenanjung Malaysia juga menjadi antara yang ingin kerajaan eratkan. Disamping menyambut kemerdekaan, kita ingin menjadikan negara ini harmoni dan juga mendalami semangat 1 Malaysia yang padu antara semua.

2. Pada pendapat anda kenapakah “Sehati Sejiwa” dipilih menjadi tema Hari Kemerdekaan 2015?


Pada pendapat saya, tema sehati sejiwa ini dipilih menjadi tema Hari Kemerdekaan 2015 kerana masyarakat Malaysia kurang lagi bersatu padu. Menggunakan media sosial sebagai tanda ukur masyarakat kita masih belum bersatu padu adalah satu platform yang jelas. Pergaduhan alam maya pada hari ini mampu membawa kepada pergaduhan realiti yang membawa kepada perpecahan antara berlainan kaum di Malaysia mahupun sesama kaum. Oleh itu, perpaduan merupakan salah satu nilai murni yang harus diterapkan oleh kerajaan kepada semua rakyat di Malaysia. :)

3. Kenapakah pentingnya semua rakyat Malaysia perlu “Sehati Sejiwa?”


Sesungguhnya sangat penting semua rakyat Malaysia perlu untuk "Sehati Sejiwa" kerana kita tidak mahu kurangnya semangat perpaduan antara kaum. Peristiwa 13 Mei yang mana berlakunya pertumpahan darah yang memberikan memori hitam kepada seluruh penduduk di Malaysia. Permusuhan antara kaum yang mana memberikan impak yang besar kepada negara sehingga diishtiharkan darurat dalam beberapa tempoh. Angka korban yang cukup besar juga direkodkan sepanjang tempoh berkenaan. Semata-mata kerana pilihan raya dan ketidakfahaman antara parti, rakyat yang lain menjadi mangsa dalam pergaduhan dan kekecohan yang berlaku. Oleh itu, sangat penting bagi semua rakyat Malaysia untuk "Sehati Sejiwa" bagi mengelakkan sejarah buruk ini berulang kembali.

Comments

Chat