Soalan 1
Isu Murtad dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.GEJALA murtad di kalangan orang Islam negara ini sudah sampai ke tahap kritikal. Bilangan kes orang yang dilahirkan Melayu-Islam yang mohon tukar nama asal serta saudara baru yang tidak mengamalkan cara hidup Islam atau mahu balik ke agama asal meningkat tahun demi tahun. Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menggemparkan seluruh negara apabila menyebut bilangan mereka yang murtad mencapai hampir suku juta. Semasa pendedahan ini dibuat pada tahun 2008 dulu, ramai yang tidak percaya. Ada juga yang mempersenda, kononnya beliau menyebut angka macam membilang jari saja. Hakikat semakin ramai orang Islam yang terpesong sangat menakutkan. Bekas Mufti Kuala Lumpur Ustaz Shaari Bustamah pernah memaklumkan bahawa bilangan murtad di ibu kota sehingga Julai 1997 ialah 3,000 orang. Kajian di Jabatan Statistik menunjukkan terdapat 4,776 permohonan pada tahun 1989 sahaja. Mengikut rekod Mahkamah Syariah, seramai 863 kes telah dirujuk kepadanya antara tahun 2000 hingga 2010 bagi tujuan menukar status agama Islam. Daripada bilangan ini, 168 kes telah diluluskan. Kajian lain menunjukkan bahawa 519 permohonan menukar nama Islam kepada bukan Islam dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Negara antara 1994 dan 1997, yang mana 48 peratus permohonan diluluskan. Walaupun bilangan kes berbeza-besa mengikut sumber, yang jelasnya ia kian meningkat. Beberapa siri Program Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) telah diadakan bagi menzahirkan kebimbangan ini serta sokongan umat Islam terhadap gerakan membasmi kemurtadanan dikalangan orang Islam. Setakat ini, HIMPUN telah diadakan di Shah Alam, Selangor; Kuala Kangsar, Perak dan Paroi, Negeri Sembilan. Seterusnya, HIMPUN akan diadakan di Pulau Pinang pada 28 Januari 2012. Pengerusi HIMPUN, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, bilangan kes permohohan dan kelulusan murtad menggambarkan ianya satu isu besar dan serius yang perlu diberi perhatian dan ditangani semua pihak. Menurutnya, sebahagian besar permohonan diterima untuk keluar Islam terdiri daripada golongan saudara baru. Usaha sedang dilakukan untuk mengemaskini maklumat agar mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai gejala ini dikalangan saudara baru. Manakala dikalangan orang Melayu asal, gejala murtad banyak dikalangan golongan remaja lingkungan umur 20an. Menurutnya lagi, antara faktor berlakunya gejala murtad ialah masalah kemiskinan, kesempitan hidup dan juga kurang ilmu mengenai Islam. Daripada pemerhatian dan pengalaman, didapati bahawa selain lemah pegangan agama serta jahil mengenai hukum hakam dan akidah, golongan terbabit mudah terpengaruh dengan agama lain. Faktor perkahwinan juga boleh mendorong seseorang Islam menjadi murtad. Inilah yang diperolehi daripada siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas 12 orang Islam yang diselamatkan di Gereja Methodist Damansara Utama pada Ogos tahun lalu. Gejala merebak Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said baru-baru ini memberi amaran kepada pihak yang berusaha memurtadkan umat Islam negeri itu supaya jangan “bermain api”, kerana tindakan mereka bukan sahaja bertentangan dengan Perlembagaan malah boleh mencetuskan ketegangan kaum dan agama. “Kena hormat orang Islam kerana ini negara Islam. Perkara ini adalah isu yang sensitif. Ini soal serius. Jangan cuba bermain api,” kata Ahmad sebagai mengulas laporan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengenai gerakan pihak tertentu yang aktif memurtadkan orang Melayu di negeri itu, termasuk orang kelainan upaya (OKU). Bekas exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau mempunyai bukti nyata berhubung gerakan pihak ini. Katanya, sejak penubuhan Unit Selamatkan Akidah di bawah portfolio beliau semasa menjadi Exco Selangor, seramai 51 orang Melayu-Islam telah melahirkan keinginan untuk bertaubat dan pulang ke pangkal jalan. “Mereka dibekalkan bible terjemahan Bahasa Melayu. Bukan Bahasa Indonesia yang orang kita sukar faham, tetapi Bahasa Melayu. Saya ada contoh salinan bible itu.”
Soalan 2
Isu Hak Penjagaan Anak Bagi Pasangan Yang Salah Seorang daripada Mereka Memeluk Islam.DALAM masyarakat berbilang kaum di Malaysia, isu penentuan agama dan hak penjagaan anak sering menjadi perbahasan apabila salah satu pihak yang perkahwinannya didaftarkan di bawah Akta Pembaharuan Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 1976) memeluk agama Islam. Pemelukan Islam oleh salah seorang pasangan ini menjadi asas kepada pembubaran perkahwinan. Bagi pihak yang beragama Islam, penentuan oleh Mahkamah Syariah manakala bagi pihak bukan Islam oleh Mahkamah Sivil. Namun selagi pihak yang tidak memeluk Islam tidak memfail petisyen perceraiannya di Mahkamah Sivil, perkahwinan itu dianggap kekal. Ini menimbulkan masalah kepada pihak yang memeluk Islam untuk memohon perceraian di Mahkamah Syariah kerana mahkamah itu hanya dapat merungkai perkahwinan tersebut tetapi tidak dapat mengesahkan perceraian kerana tidak difailkan di Mahkamah Sivil. Justeru timbul ketegangan antara pihak terlibat kerana kedua-dua mahkamah mempunyai bidang kuasa masing-masing. Pertindihan dua bidang kuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil tidak reda walaupun Parlimen telah meminda Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang memberi bidang kuasa eksklusif mengenai Islam kepada Mahkamah Syariah. Apabila melibatkan pasangan yang asal berkahwin secara sivil dan kemudian salah satunya memeluk Islam, pertindihan bidang kuasa tidak dapat dielakkan. Dalam kes terbaru melibatkan pasangan N. Viran dan S. Deepa, kedua-duanya berkahwin mengikut undang-undang sivil. Viran kemudiannya memeluk Islam lalu menggunakan nama Izwan Abdullah dan mengislamkan dua anaknya Sharmila (Nurul Nabila) dan Mithran (Nabil). Izwan memohon kepada Mahkamah Syariah hak penjagaan dua anaknya. Mahkamah itu membuat keputusan menyerahkan hak penjagaan dua anak tersebut kepada Izwan. Deepa kemudiannya memohon hak penjagaan dua anaknya kepada Mahkamah Tinggi Sivil Seremban.Mahkamah itu memutuskan supaya kedua-dua anak tersebut diserahkan hak penjagaan kepada ibunya yang bukan beragama Islam. Selang beberapa hari, bapa budak tersebut, Izwan telah ‘menculik’ dua anaknya daripada pangkuan ibunya. Pihak bapa memberi alasan bahawa beliau telah mendapat hak penjagaan dua anak tersebut daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Izwan membawa kes tersebut ke Mahkamah Rayuan menuntut hak penjagaan dua anak yang telah diislamkan olehnya. Mahkamah Rayuan memutuskan ia mempunyai bidang kuasa mendengar kes pertikaian yang melibatkan dua pihak yang berlainan agama yang perkahwinan asalnya di bawah undang-undang sivil. Mahkamah Rayuan seterusnya memutuskan bahawa kedua-dua anak Izwan dan Deepa diserahkan kepada Deepa mengambil kira kebajikan mereka. Tidak berpuas hati dengan keputusan ini, Izwan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan menuntut hak penjagaan kedua-dua anaknya yang beragama Islam. Mahkamah Persekutuan dalam membuat keputusan baru-baru ini, mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa platform yang sepatutnya mendengar pertikaian ini ialah Mahkamah Sivil walaupun salah satu pihak yang terlibat adalah orang Islam. Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Mahkamah Sivil mempunyai bidang kuasa dalam pembubaran perkahwinan dan penentuan hak penjagaan kanak-kanak. Ini kerana, kedua-dua pasangan yang terlibat mendaftar perkahwinan di bawah Akta 1976 dan segala isu yang berkaitan selepas itu hendaklah diselesaikan di Mahkamah Sivil. Menurut Mahkamah Persekutuan lagi, Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa walaupun ke atas pihak yang memeluk Islam. Dalam kes ini, Mahkamah Persekutuan sebelum membuat keputusan siapa yang lebih berhak mendapat hak penjagaan kanak-kanak telah memanggil kedua-dua anak Izwan dan Deepa, Nurul Nabila (11 tahun) dan Nabil (8 tahun). Dalam keputusan yang “adil” ini, anak lelaki diserahkan hak penjagaan kepada si bapa dan anak perempuan kepada si ibu. Mahkamah Persekutuan seterusnya memutuskan bahawa anak lelaki tersebut masih boleh berhubungan dengan ibunya melalui telefon dan anak perempuan juga boleh berhubungan dengan bapanya melalui cara yang sama. Cuma hak untuk berjumpa anak ditentukan di hujung minggu setiap dua bulan tanpa boleh bermalam. Keputusan ini sebenarnya mengikut kes Subashini lawan T. Saravanan yang pembubaran perkahwinan dan hak penjagaan kanak-kanak diputuskan oleh Mahkamah Sivil. Apakah kedudukannya sekiranya salah satu pihak pasangan bukan Islam yang mendaftarkan perkahwinannya di bawah Akta 1976 memeluk agama Islam? Menurut Seksyen 46(1) Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 dan enakmen di negeri lain memperuntukkan: “Pemelukan Islam oleh salah seorang pasangan bukan Islam, secara tersendirinya, tidak menyebabkan perkahwinan itu terbubar kecuali disahkan oleh Mahkamah Sivil.” Peruntukan ini jelas menunjukkan bahawa Mahkamah Syariah mempunyai kuasa prerogatif dalam membuat pengesahan perceraian ke atas sesuatu pasangan. Masalah yang timbul dalam kes pemelukan Islam oleh salah satu pihak yang perkahwinannya didaftarkan di bawah Akta 1976, pengesahan perceraian oleh Mahkamah Syariah tidak diiktiraf oleh Mahkamah Sivil dan ini tidak mempunyai kesan terhadap perkahwinan tersebut memandangkan pihak yang satu lagi bukan beragama Islam. Akta 1976 memperuntukkan pemelukan Islam sebagai sebab untuk pembubaran perkahwinan. Seksyen 51 Akta 1976 memperuntukkan: “Apabila salah seorang kepada perkahwinan itu memeluk agama Islam, pihak yang satu lagi yang tidak memeluk agama Islam boleh memohon petisyen perceraian. Dengan syarat tiada petisyen boleh dibuat di bawah Seksyen ini sebelum tempoh tiga bulan tamat dari tarikh pemelukan tersebut.” Peruntukan dalam Akta 1976 ini mengundang beberapa masalah. Ini kerana, peruntukan di atas tidak terpakai ke atas pihak yang beragama Islam. Seksyen 51 hanya memberi hak kepada pihak yang bukan beragama Islam sahaja memfailkan petisyen perceraian di mahkamah. Pihak yang beragama Islam tidak boleh memfailkan petisyen perceraian di bawah Seksyen 52 Akta 1976 (perceraian melalui persetujuan kedua belah pihak) dan Seksyen 53-54 Akta 1976 (keruntuhan rumahtangga yang tidak boleh diselamatkan lagi) meskipun pemelukan dianggap sebagai salah satu asas tersebut. Melihat kepada fakta dalam peruntukan Seksyen 51 yang menganggap pemelukan Islam sebagai punca perceraian, dan melihat kepada peruntukan Seksyen 3 Akta 1976, mustahil untuk melihat kepada peruntukan lain dalam Akta 1976 sebagai asas perceraian kerana hanya terpakai kepada pihak yang bukan beragama Islam. Justeru, adalah elok Seksyen 51 Akta 1976 dipinda bagi memberi hak kepada salah satu pihak untuk memohon petisyen perceraian apabila salah satu pasangan memeluk agama Islam. Apa yang penting dalam kemelut ini ialah kebajikan kanak-kanak perlu diambil perhatian melebihi semua perkara. Adalah lebih baik penentuan agama seseorang kanak-kanak mengambil kira siapakah yang berhak menjaga kanak-kanak tersebut. Penyelesaian kepada pertikaian ini bukanlah satu perkara yang mudah sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak terutama ibu bapa atau penjaga dan peruntukan undang-undang yang melihat kepada kebajikan kanak-kanak tersebut. Allahyarham Profesor Ahmad Ibrahim sejak empat dekad lalu telah mencadangkan agar Seksyen 51 Akta 1976 dan Seksyen 46(1) Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 dipinda bagi mengelak masalah apabila salah satu pihak yang asal perkahwinannya didaftarkan di bawah Akta 1976 tetapi memeluk agama Islam selepas itu. Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri bahawa kerajaan akan meminda peruntukan undang-undang itu pada persidangan Parlimen Jun depan sangat dialu-alukan supaya semua masalah yang timbul hasil perkahwinan yang didaftarkan mengikut Akta 1976 diberi kuasa kepada Mahkamah Sivil supaya kedua-dua pihak Islam dan bukan Islam dapat diberi keadilan. Cadangan ini pernah diutarakan oleh Jabatan Peguam Negara tetapi mendapat bantahan kesemua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan Persatuan Peguam Islam Malaysia (PPIM) serta majoriti NGO Islam yang bimbang akan mengurangkan kuasa Mahkamah Syariah dan implikasinya kepada agama Islam. Lagipun cadangan ini berlawanan dengan Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa berkaitan Islam kepada Mahkamah Syariah. PROF. MADYA DR. MOHAMED AZAM MOHAMED ADIL ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Kajian Tinggi Islam (IAIS) Malaysia. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/kemelut-hak-jagaan-anak-pasangan-lain-agama-1.191781#ixzz5Clzfc34G © Utusan Melayu (M) Bhd
Soalan 3
Isu Penurunan Salib di Kampung Medan.Seperti yang kita sedia maklum, baru-baru ini kira-kira 50 penduduk Taman Medan di Petaling Jaya telah mengadakan satu perhimpunan secara aman di hadapan satu bangunan lot kedai, yang mana terletaknya lokasi satu gereja baru di Taman Medan, Petaling Jaya. Perhimpunan tersebut dibuat adalah bertujuan untuk menuntut agar tanda salib yang terpampang di premis itu diturunkan. Atas desakan yang dibuat oleh penduduk Taman Medan, pihak gereja akhirnya akur dan bersetuju untuk menurunkan lambang salib tersebut. Isu ini juga sudah menjadi viral di laman sosial seperti facebook malah banyak respon yang diberikan berhubung dengan perkara ini. Ada yang menyokong malah ada juga yang mengutuk sekeras-kerasnya perkara ini. Antara respon yang diterima adalah seperti personaliti tv Wardina, yang menyuarakan pendapatnya di laman sosial facebook miliknya menyatakan bahawa tanda salib tersebut tidak perlu untuk diturunkan dan menganggap perbuatan tersebut seperti membuli penganut agama Kristian. (http://www.rotikaya.com/wardina-kesal-isu-turunkan-salib-tidak-bersetuju/) Apa yang menarik perhatian saya tentang isu ini ialah, alasan yang diberikan oleh penduduk Taman Medan mengenai tanda salib tersebut. Berdasarkan artikel The Malaysian Insider, Penduduk mengatakan bahawa, pemandangan atau pandangan pertama mereka apabila membuka tingkap ialah tanda salib yang terpampang di premis tersebut dan mereka berasa cemas melihat tanda salib tersebut. Mereka berasa tidak selesa dan sensitif terhadap tanda tersebut. Mereka juga memberi alasan bahawa tanda salib tersebut mencabar akidah dan kepercayaan penduduk kawasan itu yang majoritinya beragama Islam.
Soalan 4
Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.rencana ARKIB : 07/01/2014 Isu kalimah Allah terus dipolitikkan PADERI Lawrence Andrew, Pengarang The Herald dikatakan membuat kenyataan supaya semua gereja Katholik di Selangor terus menggunakan kalimah 'Allah' dalam perhimpunan mingguan mereka. Dalam pada itu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah bertindak merampas 351 naskhah bible versi Bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah 'Allah' dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kenyataan Andrew telah membangkitkan protes dalam kalangan umat Islam di Selangor. Sebanyak 22 bahagian UMNO membuat laporan polis berhubung kenyataan paderi berkenaan yang dilihat sebagai provokatif. Pihak polis akan memanggil beliau bagi membantu siasatan. Pada 14 Oktober 2013, Mahkamah Rayuan membuat keputusan tidak membenarkan majalah mingguan The Herald menggunakan kalimah 'Allah' dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu. Sultan Selangor sebagai Ketua Agama negeri Selangor telah mengeluarkan titah supaya tidak berlaku salah guna kalimah 'Allah' dan kalimah-kalimah yang lain yang telah diputuskan oleh Majlis Agama Islam Selangor. Ia melanggar Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 yang digubal selaras dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Sudah tentu ada maksud yang tersirat mengapa kepimpinan Kristian Katholik berkeras mahu menggunakan kalimah 'Allah' ini dalam penerbitan sama ada bible versi bahasa Melayu atau risalah The Herald walaupun ia dilihat sensitif bagi orang Islam. Apakah terdapat sebilangan pemimpin politik Islam bersetuju dengan penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan orang Kristian menyebabkan tampil keberanian untuk menentang undang-undang dan tidak merasa sensitif dengan perasaan orang Islam sendiri. Secara ilmiah isu kalimah 'Allah' telah dikupas dengan baiknya oleh banyak pihak bersandarkan nas-nas al-Quran dan analisis bandingan. Kalimah 'Allah' bukan sekadar suatu istilah tetapi ia memberi makna dan hakikat kepada kepercayaan mengenai keesaan Allah iaitu tauhid. Ia tidak sama dengan konsep triniti yang didukung oleh penganut Kristian. Apakah ini cerminan daripada anutan faham pluralisme agama yang dianut oleh sesetengah orang politik yang berkepentingan menganggap "semua agama itu sama" atau pendekatan golongan liberalis yang mempunyai kefahaman yang longgar mengenai Islam dan perubahan. Pada prinsipnya Islam tidak menolak kemajuan dan perubahan. Dalam tradisi Islam proses islah dan tajdid sering terjadi. Tetapi islah dan tajdid berlaku dalam tasawur atau Pandangan Semesta yang tidak bercanggah dengan syariat. Asas ini penting kerana syariat dan maqasid syariah dalam Islam jelas batasan dan skopnya. Sekiranya isu kalimah 'Allah' terus dipolitikkan ia akan memberi kesan tidak baik terhadap hubungan orang Islam dan Kristian apalagi realiti Sabah dan Sarawak. Isu agama jika dipolitikkan boleh juga membawa kesan yang buruk kepada keamanan dan kestabilan negara. Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140107/re_03/Isu-kalimah-Allah-terusdipolitikkan rencana ARKIB : 07/01/2014 Isu kalimah Allah terus dipolitikkan PADERI Lawrence Andrew, Pengarang The Herald dikatakan membuat kenyataan supaya semua gereja Katholik di Selangor terus menggunakan kalimah 'Allah' dalam perhimpunan mingguan mereka. Dalam pada itu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah bertindak merampas 351 naskhah bible versi Bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah 'Allah' dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kenyataan Andrew telah membangkitkan protes dalam kalangan umat Islam di Selangor. Sebanyak 22 bahagian UMNO membuat laporan polis berhubung kenyataan paderi berkenaan yang dilihat sebagai provokatif. Pihak polis akan memanggil beliau bagi membantu siasatan. Pada 14 Oktober 2013, Mahkamah Rayuan membuat keputusan tidak membenarkan majalah mingguan The Herald menggunakan kalimah 'Allah' dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu. Sultan Selangor sebagai Ketua Agama negeri Selangor telah mengeluarkan titah supaya tidak berlaku salah guna kalimah 'Allah' dan kalimah-kalimah yang lain yang telah diputuskan oleh Majlis Agama Islam Selangor. Ia melanggar Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 yang digubal selaras dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Sudah tentu ada maksud yang tersirat mengapa kepimpinan Kristian Katholik berkeras mahu menggunakan kalimah 'Allah' ini dalam penerbitan sama ada bible versi bahasa Melayu atau risalah The Herald walaupun ia dilihat sensitif bagi orang Islam. Apakah terdapat sebilangan pemimpin politik Islam bersetuju dengan penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan orang Kristian menyebabkan tampil keberanian untuk menentang undang-undang dan tidak merasa sensitif dengan perasaan orang Islam sendiri. Secara ilmiah isu kalimah 'Allah' telah dikupas dengan baiknya oleh banyak pihak bersandarkan nas-nas al-Quran dan analisis bandingan. Kalimah 'Allah' bukan sekadar suatu istilah tetapi ia memberi makna dan hakikat kepada kepercayaan mengenai keesaan Allah iaitu tauhid. Ia tidak sama dengan konsep triniti yang didukung oleh penganut Kristian. Apakah ini cerminan daripada anutan faham pluralisme agama yang dianut oleh sesetengah orang politik yang berkepentingan menganggap "semua agama itu sama" atau pendekatan golongan liberalis yang mempunyai kefahaman yang longgar mengenai Islam dan perubahan. Pada prinsipnya Islam tidak menolak kemajuan dan perubahan. Dalam tradisi Islam proses islah dan tajdid sering terjadi. Tetapi islah dan tajdid berlaku dalam tasawur atau Pandangan Semesta yang tidak bercanggah dengan syariat. Asas ini penting kerana syariat dan maqasid syariah dalam Islam jelas batasan dan skopnya. Sekiranya isu kalimah 'Allah' terus dipolitikkan ia akan memberi kesan tidak baik terhadap hubungan orang Islam dan Kristian apalagi realiti Sabah dan Sarawak. Isu agama jika dipolitikkan boleh juga membawa kesan yang buruk kepada keamanan dan kestabilan negara. Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140107/re_03/Isu-kalimah-Allah-terusdipolitikkan#ixzz5Cm148QF5 © Utusan Melayu (M) Bhd #ixzz5Cm148QF5 © Utusan Melayu (M) Bhd
Soalan 5
Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.Peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan amat jelas mengenai kedudukan Islam dan bukan Islam. Peruntukan dalam Majlis Agama Islam Negeri-negeri juga mengukuhkan lagi Perlembagaan Persekutuan. Raja, Sultan dan Yang di-Pertuan Agong mempunyai bidang kuasa sebagai ketua agama negeri masing-masing. Kalau peruntukan ini tidak dihormati, isu agama boleh membawa konflik. Pemahaman yang tinggi, kesedaran yang mendalam amat diperlukan supaya maslahah bernegara berjalan mengikut landasan undang-undang dan etika keagamaan yang memberikan asas kefahaman dan toleransi. Seperti kata Tun Mahathir dipetik daripada AIDC (1 Januari 2014), "Selama ini kita tidak pernah berbalah tentang kalimah 'Allah' kerana mereka (penganut Kristian di Semenanjung) tidak pernah menggunakan kalimah 'Allah' itu. Jadi kenapa perlu menyakiti hati orang lain. Tidak menggunakan kalimah 'Allah' tidak memudaratkan mereka". Sedih sekali perkara pokok mengenai kalimah 'Allah' menyebabkan orang Islam berpecah. Ia dipertajamkan lagi dengan orang politik yang mempunyai kepentingan peribadi. Tidak hairanlah mengapa orang lain tidak menghormati Islam kerana tokoh Islam sendiri ramai yang membisu dan kaku Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140107/re_03/Isu-kalimah-Allah-terusdipolitikkan#ixzz5Cm1Bj59O © Utusan Melayu (M) Bhd
Soalan 6
Isu Kepala Lembu di Kuil / Rumah Penganut Hindu.Demonstrasi kepala lembu adalah suatu demostrasi telah diadakan di depan pintu pagar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Shah Alam, Selangor pada hari Jumaat, 28 Ogos 2009 selepas sembahyang Jumaat dengan menggunakan kepala lembu sebagai lambang protes. Daripada ribuan jemaah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, kira-kira 200 jemaah lelaki telah berjalan kaki sejauh 2 km, berarak ke bangunan SUK Shah Alam iaitu ibu pejabat Menteri Besar Selangor Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim dan Rodziah Ismail. Salah seorang daripada mereka membawa kepala lembu yang masih berdarah dan dipijak-pijak sebagai tanda protes terhadap kerajaan campuran Pakatan Rakyat yang seolah-olah 'lembu dicucuk hidung'. Dalam laman web sebelumnya ,memang ada cadangan membawa kepala lembu. Kepala lembu itu mulanya tersangkut di pagar masjid Shah Alam . Lembu dan babi pernah mencetuskan peristiwa 'Black hole Culcutta' di India. Isi kandungan 1 Bantahan penduduk S19 dan S23 2 Lokasi alternatif 3 Polis lambat bertindak 4 Video demonstrasi 5 Bantahan Hindu Sanggam 6 Perbincangan Khalid dengan penduduk kecoh 7 Virgil Lilin di Dataran Merdeka 8 Perbicaraan 9 Rujukan Bantahan penduduk S19 dan S23 Penduduk berugama Islam di Seksyen 23, Shah Alam tertanya-tanya dan tidak setuju kuil [Hindu]] dibina berhampiran kawasan perumahan mereka. Kuil baru itu sebenarnya adalah kuil Hindu dari Seksyen 19 yang akan dipindahkan ke Seksyen 23. Lokasi baru ini berhampiran dengan taman permainan dan 300 meter dari rumah penduduk . Penduduk Seksyen 23 mahu kuil S19 dipindahkan sahaja ke S22 iaitu di kawasan industri, bukan di S23. Lagipun penganut Hindu S19,S22 dan S23 sekitar 20 % sahaja. Rumah YB Rodziah Ismail selaku Adun Batu Tiga dikatakan di SS19. Penduduk S23 tidak diajak berbincang walaupun pejabat Adun terdapat di situ. Penduduk Melayu di Taman Ixora S23 diminta bertolak ansur dalam kehidupan masyarakat majmuk. Penduduk Melayu tentu akan sama tersinggung jika penduduk Klang yang ramai India membantah pembinaan masjid dan surau. Selama ini orang Melayu tidak pernah membantah kuil-kuil yang dibina di kawasan ladang atau di kawasan majoriti India kerana mereka berjauhan. Banyak juga masjid dan surau di Malaysia yang bersebelahan dengan kuil dan gereja seperti di Teluk Intan dan di Singapura . Memorandum bantahan telah diserahkan kepada Rodziah Ismail menerusi pegawai khasnya, Naim Yusri pada 14 Ogos 2009.Pengerusi Badan Bertindak Pembantahan Pembinaan Kuil itu Ahmad Mahyuddin Abdul Manaf mendakwa kuil S23 di atas tanah perindustrian milik PKNS tidak sesuai kerana ia terletak 160 meter dari kawasan penempatan yang 70 % penduduknya beragama Islam selain berdekatan dengan Surau Al-Jannah Taman Ixora S23. [1][2] Kuil di S19 dipindahkan kerana berada di depan rumah orang (8 meter) sahaja. Kesesakan berlaku apabila pihak pihak kuil mengadakan upacara . Minit mesyuarat ditandatangani oleh Rodziah Ismail dan Khalid Abdul Samad bertarikh 7 Mei 2009 meluluskan cadangan itu setelah berunding dengan pengguna kuil S19 tetapi tidak berunding dengan penduduk S23. Pemindahan kuil itu bersyarat iaitu : Seluruh lot tanah kuil diwartakan sebagai milik kuil dan setengah ekar (0.2 hektar) untuk kuil manakala bakinya kawasan lapang atau tempat letak kereta. Kuil sedia ada di Seksyen 19 masih boleh beroperasi sehingga hujung tahun 2010 atau sehingga kuil baru di Seksyen 23 siap sepenuhnya.[3] Lokasi alternatif Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menyatakan kerajaan negeri Selangor terdahulu telah menyediakan tapak seluas 0.92 hektar itu yang dapat menampung pembinaan tujuh rumah ibadat. Tapak di S18 dan S22 itu lengkap dengan jalan raya dan lampu jalan dengan kos sebanyak RM600,000. Mulanya tuan punya kuil S19 berjanji mematuhi tawaran kerajaan negeri Selangor dengan menyiapkan kemudahan infrastruktur tetapi sebaik siap pada 2007 mereka enggan berpindah . Begitu juga dengan tapak di Seksyen 22. S22 tidak jauh dari S23 iaitu kira-kira 3 km sahaja, jauh dari kawasan perumahan dan aktiviti keagamaan boleh dilakukan 24 jam tanpa sebarang gangguan. Malangnya tapak S22 ini terletak di zon perindustrian berat dan tidak ada rumah penganut Hindu di situ. [4] Kerajaan negeri BN juga menawarkan sebidang tanah lagi di Seksyen 22 dengan bayaran premium tanah serendah RM1 setahun. Namun BN kalah dalam PRU12.[5] Pada 4 September 2009 , Mohd Khir Toyo bersama Datuk Ahmad Nawawi Md. Zin dan bekas Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Salamon Selamat melawat lokasi cadangan di Persiaran Seri Muda S18.