UTHMKhairuddinKassim's 4.A2 : LATIHAN 2 - OpenLearning

Soalan 1

Tuliskan refleksi tentang video yang anda tonton tadi. Huraikan video yang anda tonton mengikut kronologi termasuk : • Masa • Tempat • Individu yang terlibat
Berdasarkan video yang telah ditonton, bahagian pertama merujuk kepada situasi sebelum mencapai kemerdekaan. Negara pada ketika itu diperintah oleh golongan penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah dalam menguruskan ekonomi. Mengikut dasar ini, rakyat dibahagi mengikut fungsi ekonomi kaum masing masing. Kaum Melayu ditempatkan di kawasan kawasan kampung dan menjalankan aktiviti aktiviti ekonomi seperti menanam padi, pertanian dan perikanan. Kaum India pula banyak ditempatkan di estet estet dan mejalankan kegiatan menoreh getah, terdapat sebahagian yang ditempatkan di kawasan bandar dan menjalankan aktiviti menjual kain. Kaum Cina menjalankan aktiviti perlombongan dan memonopoli kegiatan perniagaan di kawasan bandar manakala golongan bumiputera tertumpu kepada kegiatan mencari hasil hutan dan anyaman. Dasar ini menyebabkan jurang ekonomi dan perpaduan yang begitu ketara antara kaum dan juga menimbulkan perasaan tidak puas hati antara kaum yang terdapat di Tanah Melayu pada ketika itu.

Soalan 2

Nyatakan perasaan positif dan negatif anda: • Gembira, ceria serta memperoleh sesuatu bermanfaat daripada video. • Kecewa, sedih dan menerima pengaruh buruk daripada video.
Menerusi video yang ditayangkan, saya bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia. Hal ini kerana di Malaysia, saya masih boleh hidup dengan aman dan harmoni serta dapat menjalankan kehidupan dengan baik tanpa ada sebarang peperangan. Walaupun mempunyai pelbagai etnik namun kita masih boleh bertoleransi dalam menjalani kehidupan seharian. Keunikan ini membolehkan saya belajar mengenai budaya lain yang dimiliki oleh etnik lain. Saya tidak perlu menjelajah ke negara China atau India untuk mempelajari budaya mereka, kerana di Malaysia saya dapat mempelajarinya dengan mudah. Namun begitu saya juga berasa sedih mengenai video tersebut, kerana video tersebut kurang menyatakan penceritaan mengenai kaum bumiputera yang ada di Sabah dan Sarawak seolah-olah hanya ada tiga kaum saja di Malaysia. Malaysia memiliki kepelbagaian pelbagai etnik merangkumi tiga Wilayah utama iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Soalan 3

Apakah yang dapat anda pelajari daripada video tadi?
Melalui video tersebut, saya dapat mempelajari bahawa pihak kerajaan sangat memainkan peranan yang penting dalam membangunkan negara walaupun pelbagai ancaman-ancaman dari pihak luar yang cuba menjatuhkan negara. Justeru, terdapat pelbagai langkah untuk melahirkan MPPB dengan harapan dapat menambah penyertaan etnik Melayu dalam bidang perniagaan dan perindustrian. Di samping itu, tujuan DEB adalah kearah mencapai perpaduan nasional melalaui penglibatan aktif kerajaan dalam ekonomi untuk mengurangkan ketakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara etnik. Kerajaan juga telah melakukan perubahan dan menggubal dasar-dasar yang bersesuaian dengan perdagangan antarabangsa. Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia haruslah bersama-sama berganding bahu tanpa mengira kaum untuk mempertahankan negara daripada dicerobohi oleh pihak luar.

Comments

Chat