1. Huraikan peranan (i) agama dan (ii) budaya dan nilai dalam membina personaliti berjiwa Malaysia.
Malaysia sesungguhnya terkenal di serantau dunia akan kepelbagaian agama dan kebudayaan yang menarik. Meskipun rakyat Malaysia menganut agama yang berlainan namun kita sebagai rakyat Malaysia tetap hidup dengan aman damai seterusnya menjamin ketenteraman Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa ramai pelancong asing yang kagum dengan keharmonian yang disaksikan oleh mereka dalam kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada kaum yang berlainan seperti kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Tidak seperti sesuatu negara yang rakyatnya berfikiran sifat perkauman yang melampau sehingga mencetuskan peperangan dan huru hara di negara tersebut. Mahukah kita menyaksikan perkara tersebut berlaku di negara kita sehingga meninggalkan titik hitam di sejarah Malaysia? Sesungguhnya agama dapat membantu kita untuk membina personaliti berjiwa Malaysia. Hal ini demikian, kita diberikan kebebasan untuk menganut agama masing-masing dan kemudahan yang diperlukan untuk kegunaan agama turut disediakan. Bertuahnya kita kerana Perlembagaan dan Rukun Negara telah menjamin bahawa rakyat Malaysia bebas menganut agama dan kepercayaan masing-masing. Pengamalan dan penghayatan ajaran agama boleh menjadi pemangkin utama dalam mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik. Pegangan agama yang kukuh boleh menjadi asas kepada ketamadunan dan acuan kepada latar budaya masyarakat. Selain itu, agama membentuk pandangan semesta sesorang dan sesebuah masyrakat serta perilaku dan tindakan mereka dalam kehidupan. Kita dapat bergaul dengan baik antara satu sama lain berdasarkan pegangan agama masing-masing. Budaya dan nilai nasional yang menjadi milik bersama rakyat negara ini telah diwujudkan sebagai asas pembentukan bangsa, jati diri nasional dan perpaduan.Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal berdasarkan:1. Kebudayaan rakyat asal rantau ini2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai & wajar.3. Islam menjadi unsur penting. Warisan budaya atau warisan tradisonal sering dikaitkan dengan peradaban mahupun tamadun sesuatu bangsa. Di Malaysia, budaya tradisional merupakan lambang sifat majmuk masyarakat kita. Sebagai contohnya, pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni. Budaya warisan Malaysia juga mempamerkan budi pekerti bangsa Malaysia, contohnya nilai yang tersirat dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan sifat keprihatinan dan kemseraan masyarakat kita terhadap orang lain. Hakikatnya, rakyat kita bebas mengunjungi kediaman pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum, ini membuktikan warisan budaya Malaysia mampu mengertakan tali silarutahim antara satu sama lain selain menjadi suatu perayaan sahaja di Malaysia. Inilah identiti Malaysia yang kita berbangga akan serta dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan. Persamaan dalam nilai-nilai yang baik boleh dikongsi oleh masyarakat majmuk di Malaysia dalam usaha mewujudkan suasana kehidupan yang damai, harmoni dan sejahtera.
2. Ekonomi boleh memberikan kesan negatif kepada perpaduan kaum di Malaysia. Bincangkan.
What is the answer to this other question?Ekonomi boleh memberikan kesan negatif kepada perpaduan kaum di Malaysia. Bincangkan. Pada zaman pemerintahan British di negara ini, pihak pemerintah mengamalkan dasar pecah dan perintah dengan penyusunanpenduduk negara ini mengamalkan kegiatan ekonomi masing-masing mengikut komposisinya. Orang Melayu diberikan pekerjaaan dalam bidang pertanian dan penanaman padi serta menangkap ikan di kampung manakala tenaga buruh di ladang diambil dari negara India. Selain itu, imigran dari negara China diupah untuk bekerja di kawasan lombong bijih timah. Sebagai akibatnya, jurang perpaduan mula timbul oleh sebab kegiatan ekonomi yang diusahakan di samping faktor geografi iaitu tempat tinggal yang berlainan. Keadaan ini mengurangkan kebarangkalian penduduk Melayu , Cina dan India bersama-sama dalam satu lokasi. Impak jangka panjang keadaan ini ialah kewujudan jurang pemisahan antara kaum yang amat menyedihkan. Hal ini demikian kerana kaum berlainan tidak diberikan peluang untuk mengenali serta memahami antara satu sama lain. Ekonomi pada masa itu memberikan kesan negatif kepada perpaduan kaum di Malaysia.