Nur A'in Suraya bt Aznol Rizal's 7.A1 : Perbincangan 1 - OpenLearning

Soalan 1

Bincangkan perbezaan antara agama dan penganutnya. Misalnya, antara Hindu dan Hinduisme, Muslim dan Islam, dan sebagainya.
Agama merupakan fenomena penting dalam kehidupan manusia. Agama bukan sahaja membantu manusia untuk mengenal Tuhan, tetapi juga memberi kesejahteraan hidup. Di Malaysia, agama dan etnik telah menjadi identiti kelompok yang saling melengkapi sehinggakan kelompok etnik disamakan dengan kelompok agama. Orang Melayu dianggap sebagai orang Islam, orang India sebagai orang Hindu, orang Cina dan Siam sebagai orang Buddha serta masyarakat Orang Asli dan suku kaum bumiputera di pedalaman Sabah dan Sarawak sebagai penganut animisme. Penganut merupakan mereka yang taat, patuh dan sentiasa melaksanakan ajaran agama yang dianutinya. Mereka juga sentiasa bergantung dan mempercayai agama masing-masing. Contohnya, Muslim beriman dengan Allah yang Esa. Hindu pula menganut hinduisme yang percaya kepada Dewa. Dalam konteks ini, agama merupakan pegangan dan kepercayaan manakala penganut merupakan masyarakat yang mengamalkan ajaran agama yang dianutinya.

Soalan 2

Bincangkan bagaimana budaya setempat mempengaruhi amalan agama  masyarakat.
Budaya setempat yang mempengaruhi amalan agama dapat dilihat melalui budaya benda dan budaya bukan benda. Contoh budaya benda ialah masjid melambangkan rumah ibadat bagi penganut agama Islam. Contoh bagi budaya bukan benda pula terdapat dalam diri manusia itu sendiri di mana ia terbina atas dasar kepercayaan. Misalnya, kepercayaan kepada Allah dalam kalangan umat Islam akan melahirkan budaya bentuk benda seperti masjid, madrasah dan sebagainya dengan mempunyai ciri-ciri kesenian yang tertentu sehingga ia berbeza dengan gereja dan kuil. Sebenarnya kehadiran agama banyak mempengaruhi budaya yang diamalkan sebelumnya. Sebagai contoh kehadiran agama Islam banyak mengubah budaya orang Melayu kerana berlakunya revolusi rohaniah dan akliah yang membebaskan umat rantau ini daripada belenggu tahyul dan membawa mereka kepada pemikiran rasional. Pengaruh agama terhadap budaya amat besar kerana agama telah mengilap tradisi sosial iaitu secara beransur-ansur meletakkan asas susunan baru kemasyarakatan yang mementingkan kemuliaan darjat insan. Sebagai contoh, pengambilan makanan berdasarkan kepada kepercayaan agama memberi pengaruh yang amat besar terutamanya di dalam penghasilan makanan. Bagi orang Islam, konsep halal, haram, makruh dan sunat semuanya perlu diambil kira. Bagi orang Hindu pula larangan terhadap pengambilan makanan seperti lembu dan sebagainya menyebabkan munculnya budaya vegetarian. Seterusnya bagi orang Cina terdapat hari-hari yang tertentu mereka hanya dibenarkan untuk mengambil makanan yang berbentuk sayur sahaja. Di samping itu wujudnya konsep ying dan yang menyebabkan pengambilan makanan perlu berada dalam keseimbangan. Contoh yang lebih jelas dalam dilihat daripada sudut perkahwinan. Orang Islam di Tanah Arab berbeza bentuk perkahwinannya dengan Orang Islam di Malaysia. Orang Islam di Malaysia dipengaruhi dengan budaya adat resam seperti duit hantaran, duit tol bagi orang Negeri Johor, pemakaian inai dan tepung tawar.

Comments

Chat