Joynna Chong's 6.A2 : Memperkenalkan Ahli Parlimen Anda - OpenLearning

NAMA : JOYNNA CHONG

NO MATRIK : DF170195

SEKSYEN 11

NAMA PENSYARAH : EN MOHD NIZAM BIN ATAN

Aktiviti 6.A2 : Memperkenalkan ahli parlimen dan sumbangannya terhadap hubungan etnik

                                                                                   

YB Masir Anak Kujat merupakan anak Kampung Lachau, iaitu komuniti Iban, dan menjadi kebanggaan sebagai anak kampung itu yang pertama menjejak kaki ke menara gading dan lulus dengan  Ijazah Kepujian Sains Bio-Kimia dari Universiti Malaya (1983) dan seterusnya Ijazah Sarjana Pembangunan Sumber Manusia (HRD) Universiti Malaysia Sarawak (1998). Sebaik tamat pengajian, beliau berkhidmat sebagai Guru Sandaran Kementerian Pelajaran Malaysia selama empat tahun sebelum menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak sebagai Pegawai Tadbir Negeri (PTN) pada tahun 1987. Sepanjang tempoh perkhidmatan PTN , beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah (DO) Lubok Antu dari tahun 2004 hingga 2007. Selain itu, beliau meletakkan jawatan sebagai penjawat awam untuk mewakili dan bergiat dalam politik. Beliau berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Sri Aman pada PRU ke-12 dan PRU ke-13

Sumbangan beliau dalam merapatkan hubungan antara etnik ialah beliau telah mengadakan rumah terbuka pada perayaan Hari Gawai. Melalui program rumah terbuka tersebut, seluruh penduduk  Sri Aman dijemput tanpa mengira kaum bagi memeriahkan suasana sambutan Hari Gawai. Hal ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara etnik yang berlainan dimana semasa program rumah terbuka tersebut, seluruh penduduk Sri Aman dapat mengenali sesama sendiri.

 

Disamping itu, beliau juga turut memberi sumbangan dana untuk setiap perumahan bagi mewujudkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK). Beliau amatlah menyokong kewujudan  Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK) di setiap perumahan, kerana beliau ingin menyeru seluruh warga Sri Aman mementingkan sikap kerjasama antara etnik disamping merapatkan lagi hubungan antara etnik.

Comments

Chat