
|
Nama |
Anyi Ngau, YB Tuan |
|
Parti |
BN - SPDP |
|
Tempat Duduk |
D-38 |
|
Parlimen |
P220 |
|
Kawasan |
Baram |
|
Negeri |
Sarawak |
|
No. Telefon |
085-622832 |
|
No. Faks |
085-628036 |
|
|
anyingau1000@yahoo.com |
Beliau adalah DO Limbang pada masa ini dan berbangsa kayan berasal dari kawasan Baram.Pernah menjadi SAO Marudi,Tatau dan beberapa kawasan di pedalaman Sarawak. Kami rakan-rakan beliau berasa gembira kerana apa yang kami jangka adalah tepat sekali. Beliau mudah mesra dan senang dibawa berbincang. Pengalaman Beliau selama menjadi Pegawai Tadbir yang banyak berkaitan dengan hal-hal pentadbiran turut membantu masyarakat Baram untuk meningkat maju.
Program CONNECT. ENGAGE. UNITE. di adakan di Long Banyok telah di hadiri dan di rasmikan oleh YB Encik Dennis Ngau ADUN N67 Telang Usan, YB Abyie Ngau Ahli Parlimen P220 Baram.
Antara Aktiviti :
Ø Layar Bestari
Ø Senamrobik
Ø Sukaneka
Ø Pameran dari Pihak SKMM, Bomba dan Penyelamat, Klinik Kesihatan Long Lama
Ø Ceramah Dari Jabatan Pertanian Bahagian Miri & Ceramah dari Bomba Dan Penyelamat Daerah Marudi
Ø Demonstrasi Pemadaman Api
Ø Penyerahan Simbolik Pemadam Api, Set ASTRO
Program-program yang telah dilakukan oleh wakil rakyat atau parlimen ini telah banyak memberi sumbangan dan bantuan kepada masyarakat tempatan sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim dan hubungan antara etnik di antara masyarakat tempatan. Baram yang memang terkenal dengan kepelbagaian bangsa dan budaya ini sememangnya memerlukan pemimpin yang mampu membawa kemajuan dan kesepaduan di kalangan masyarakat. YB Anyie Ngau juga merupakan seorang pemimpin yang bersifat mesra rakyat dan mudah didekati. Oleh itu, masyarakat tempatan boleh berinteraksi dengan beliau ataupun pasukan kendalian beliau dengan mudah dan dapat menyampaikan idea dan maklumat dengan mudah.Beliau juga turut turun padang dalam program-program yang dianjurkan. Diharapkan pemimpin-pemimpin yang akan datang dapat belajar dan mencontohi sifat kepimpinan YB Anyie Ngau ini dan membela kebajikan dan kesepaduan dalam kalangan masyarakat.