zulfikarnaraniuthm's 6.A2 : Memperkenalkan Ahli Parlimen Anda - OpenLearning

 

Nama

Fadillah Bin Yusof, YB Dato' Sri Haji

Jawatan dalam Kabinet

Menteri Kerja Raya

Parti

BN - PBB

Tempat Duduk

B-8

Parlimen

P194

Kawasan

Petrajaya

Negeri

Sarawak

No. Telefon

03–2771 4018 / 03–2771 4015

No. Faks

03-2711 3288

E-Mail

fadillah@kkr.gov.my

Alamat Surat-menyurat

Kementerian Kerja Raya, Tingkat 5, Blok A, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur

 

 

Dato' Sri Fadillah Yusof merupakan Menteri Kerja Raya di Kementerian Kerja Raya Malaysia. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri yang  ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak  pada 9 April 2009 di Putrajaya . Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang Di Pertuan Agong ,Tuanku Mizan Zainal Abidin  di Istana Negara pada 10 April 2009.

Dalam Pilihan Raya Umum 2008, Fadillah Bin Yusof bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan Parlimen Petra Jaya , negeri Sarawak.. Fadillah Bin Yusof telah menang dengan mendapat undi sebanyak 19515. Calon lawan ialah Mohamad Bin Jolhi dari PKR mendapat 5,118 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 61.74%. Undi rosak sebanyak 263.

Pada 16 Oktober 2010,beliau telah dikurniakan 'Darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang' (PGBK) yang membawa gelaran 'Datuk' oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin,bersempena dengan Hari Ulang Tahun Kelahiran TYT Negeri Sarawak.

Antara program yang dibuat oleh beliau dalam merapatkan hubungan antara etnik adalah Program Harmony Nite, United We Stand di Kota Sentosa Square, Kuching. Program ini melibatkan semua etnik di negeri Sarawak umumnya yang memperkenalkan kepelbagaian etnik dengan mempersembahankan pelbagai tarian, alat muzik, makanan dan permainan tradisional. Program ini telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada semua kaum di Sarawak sekali gus dapat meningkatkan hubungan  kaum yang berbilang kaum.

Seterusnya Program Majlis Makan Malam Sempena Tahun Baru Cina 2018 Bersama 14 Persatuan Kawasan Matang di Dewan Serbaguna SJKC Chuang Hua Batu 7, Jalan Matang, Kuching anjuran Persatuan Kawasan Matang. Program ini telah dihadiri oleh semua kaum di Sarawak untuk menjamu selera untuk sambutan Tahun Baru Cina. Program ini dapat mengeratkan hubungan antara kaum khususnya kaum cina, melayu ,india dan kaum tempatan Sarawak.

Akhir sekali, Program Jualan Sentuhan Rakyat di Giant Samariang bersama ADUN Samariang, Program ini melibatkan semua kaum di Sarawak dengan memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk mempromosikan jualan produk tersendiri. Melalui program ini, pelbagai produk telah dihasilkan dalam setiap kaum di Sarawak serta sekali gus dapat mengeratkan hubungan semua kaum di Sarawak kerana dapat dihimpunkan bersama semama program ini berlangsung.

  

Comments

Chat