Nur hafizah binti ibrahim's 6.A1 : Refleksi Perjuangan Dato Onn - OpenLearning

Dato’ Onn Jaafar adalah Presiden UMNO yang pertama sejak Umno ditubuhkan pada 11 Meii 1946. Dato’ Onn berasa kecewa dengan apa yang beliau anggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO dan mengubah dasar perjuangannya daripada “Malaya untuk Melayu” kepada “Malaya untuk Malayan”. Dato’ Onn mencadangkan bahawa keahlian Umno ditukarkan menjadi “Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu”. Terdapat pertelagahan dalam Mesyuarat Agung terutamanya mengenai reaksi UMNO terhadap cadangan Communities Liason Committee (CLC) tentang kewarganegaraan. Ahli-ahli UMNO telah memberi tentangan hebat kerana mereka berpegang kepada Perlembagaan UMNO iaitu hanya untuk orang Melayu sahaja. Oleh sebab cadangan itu ditentang, Dato’ Onn secara sukarela meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 dan 26 Ogos 1951. Perletakan jawatan Dato Onn ini merupakan satu kehilangan besar kepada kepimpinan UMNO pada saat itu kerana orang Melayu masih berada di tahap ketinggalan dalam semua bidang.

 

Beliau menubuhkab Independence of Malaya Party (IMP) pada September 1951 sebagai wadah perjuangan politik tanpa kaum dan keturunan. Parti ini dibuka untuk semua kaum di Malaya tetapi lebih mendapat sambutan daripada kaum Cina dan India. Tetapi orang bukan Melayu keberatan memberi sokongan moral dan material kepada Dato’ Onn kerana sikap orang Melayu yang menentang keras dasar “Malaya untuk Malayan”. Mereka sedar bahawa sesuatu pergerakan politik di Malaya mustahil untuk mencapai kejayaan jika tidak disertai oleh orang Melayu. Akhirnya, pemimpin Cina dan India tadi berpaling tadah dan menarik diri daripada menyokong IMP. Selain itu, mereka tidak menaruh keyakinan yang sepenuhnya terhadap dasar “Malaya untuk Malayan” kerana mereka menganggap bahawa Dato’Onn menggunakan dasar itu untuk menyatupadukan semua kaum bagi menentang dan menamatkan penjajahan di Tanah Melayu. Di sebalik itu, mereka bimbang jika kemerdekaan tercapai, nasib mereka pada masa hadapan tidak terjamin. Dengan itu, IMP lumpuh dan mati dengan sendirinya, terutama dalam Pilihanraya Bandaran Kuala Lumpur 1952. Pada Februari 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955.

Comments

Chat