OpenLearning

Video tersebut menceritakan tentang latar belakang Dato' Onn Jaafar dan sumbangan-sumbangan beliau dalam aspek politik. Sumbangan-sumbangan tersebut telah membuka mata masyarakat Tanah Melayu dan membangkitkan semangat nasionalisme diantara mereka. Dato' Onn Bin Jaafar harus lah diingati kerana budinya yang besar kepada orang Melayu dan peribadinya yang luhur. Sebagai seorang nasionalis, dengan wataknya yang tenang tetapi tegas, Dato' Onn Jaafar telah membangkitkan kesedaran ke arah kemerdekaan serta memberi harapan baru kepada orang Melayu. Walau bagaimanapun Dato' Onn Bin Jaafar lebih dikenali sebagai seorang yang berpandangan jauh yang mahu menyatukan seluruh rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan keturunan dalam satu iedeologi politik. Bagaimanapun sikap beliau yang anti-perkauman itu kemudiannya telah meminggirkan beliau daripada pesada politik negara ini. Sikap beliau yang sentiasa tenang dan tidak terburu-buru menuntut kemerdekaan telah menyebabkan sumbangan besar tokoh ini kian dilupai.
 

Dato’ Onn Bin Jaafar sentiasa mendapat tempat istimewa dalam sejarah nasionalisme negara, apatah lagi kedudukan beliau sebagai pengasas dan Presiden UMNO yang pertama, parti yang kini menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional. Tanpa usaha dan langkah pertama Dato’ Onn lanskap politik negara mungkin berubah ketika orang Melayu bukan saha dhaif dari segi sosio-ekonomi malah kesedaran politik dikejutkan dengan rancangan licik kerajaan British memperkenalkan Malayan Union. Dato’ Onn Jaafar telah berjaya menggarapkan api kemarahan orang Melayu terhadap Raja-raja Melayu yang menyerahkan kuasa mereka dan hak orang Melayu hingga akhirnya, akibat tekanan berterusan, British terpaksa akur terhadap suara lantang orang Melayu dan menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu. Dato ‘ Onn Jaafar adalah seorang nasionalis sejati kerana jika hendak hidup senang, Dato’ Onn Jaafar boleh memilih kekal sebagai Menteri Besar Johor tetapi atas semangat juang dan kecintaan kepada watan beliau memilih menjadi Presiden UMNO sepenuh masa.

 

Meskipun beliau gagal  menarik kaum Cina dan India dalam IMP, namun jika dilihat usaha murni Dato’ Onn Jaafar haruslah dipuji. Beliau berusaha menyatukan kaum-kaum di Tanah Melayu bernaung di bawah satu parti politik tanpa mengadaikan maruah dan hak istimewa orang Melayu. Gagasan Malayan Union gagal dilaksanakan di Tanah Melayu adalah satu rahmat kepada umat Melayu di negara ini, tetapi disebalik rancangan British itu terselit seribu rahmat yang telah berjaya menyatukan orang Melayu di bawah sebuah parti yang bercorak kebangsaan iaitu UMNO. Justeru itu seharuslah kita berbangga dan bersyukur kerana kita telah dianugerahkan seorang pemimpin yang berkarisme dan berkebolehan yang tiba pada waktunya; di saat umat Melayu perlukan seorang pemimpin yang tegas dan berkebolehan.

 

Comments

Loading
Error: Loading CSS chunk default-node_modules_tanstack_react-query_build_umd_index_production_js-ReduxStorage_Certific-e39584 failed. (error: https://assets.openlearning.com/chunks_live/default-node_modules_tanstack_react-query_build_umd_index_production_js-ReduxStorage_Certific-e39584.525af0d26055fd3f.css)

Chat