Farah Nur Izuwani Bt Muhamadi Saifulizan's 6.A1 : Refleksi Perjuangan Dato Onn - OpenLearning

Perjuangan Dato Onn dalam mewujudkan parti politik yang boleh disertai oleh pelbagai etnik

 

          Dato Onn atau nama penuhnya Allahyarham Tun Hussein Bin Dato’ Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau juga merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Oktober 1946 tetapi tiga tahun kemudian meletakkan jawatan untukmmenumpukan perhatiannya kepada UMNO. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1895.

 

          Perjuangan Dato Onn dalam bidang politik khususnya telah memberikan satu impak yang besar pada masa itu mahupun pada masa kini. Ternyata sifat perjuangannya yang tinggi telah berjaya mengangkat dirinya sebagai ‘Bapa Perpaduan’. Penubuhan UMNO pada dasarnya adalah bertujuan untuk menentang Malayan Union, tetapi disebabkan transformasi yang ingin dilakukan oleh Dato Onn sebagai Presiden ternyata tidak berhasil apabila cadangannya untuk membuka keahlian kepada semua kaum ditolak. Dato Onn mempunyai pelbagai sumbangan terhadap pembentukan Malaysia khususnya dalam aspek politik . Sumbangan pertama beliau dalam aspek politik dan secara tidak langsung membuka mata masyarakat Melayu mengenai kepentingan bersatu untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1946.  

 

          Pada 11 Mei 1946, Dato Onn telah menubuhkan satu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) . Tujuan penubuhan ini adalah untuk menentang penubuhan Malayan Union. Penubuhan ini telah membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Melayu di Tanah Melayu. Beliau telah menyuarakan hasratnya tentang ‘Malaya untuk Malayan’ yang bererti Tanah Melayu tanpa mengira kaum. Faktor yang telah membangkitkan kaum Melayu dalam menentangannya ialah Malayan Union cuba memberi hak kerakyatan secara terbuka kepada semua kaum mengikut prinsip jus soli serta menghapuskan kedaulatan dan kuasa sultan.

 

          Pada 1 Jun 1947, Dato Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 ialah mengekalkan kedudukan Raja-raja melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan serta memberikan hak istimewa Melayu.

 

          Langkah Dato Onn seterusnya bagi merealisasikan hasratnya ialah dengan menubuhkan Parti Kemerdekaan Tanah Melayu atau Independence Malaya Party (IMP). IMP merupakan sebuah parti politik yang terbuka kepada semua kaum. Walau bagaimanapun, hasratnya untuk melihat sebuah parti politik yang terdiri daripada pelbagai kaum gagal. Ia mungkin disebabkan jurang perbezaan kaum yang masih ketara pada masa itu. Walaupun orang Melayu ketika itu masih belum bersedia untuk berada dalam satu parti politik dengan kaum-kaum lain, ia tidak bermakna mereka tidak boleh menerima kaum lain untuk tinggal bersama di Tanah Melayu.

 

          Pada Mac 1954, Parti Negara ditubuhkan yang bermatlamat untuk membentuk sebuah kerajaan yang memerintah di Persekutuan Tanah Melayu menurut konsep demokrasi, mewujudkan bangsa Melayu dengan satu kerakyatan bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu, Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan berusaha memajukan rakyat dari aspek sosial dan ekonomi. Pada 18 Ogos 1954, Dewan Perundangan Persekutuan telah meluluskan pindaan perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu. Pada 27 Julai 1955, pengumuman pilihan raya akan diadakan dan disebabkan itu Dato Onn bertindak meletak jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri untuk menumpukan kepada Parti Negara kerana parti ini akan ditentang oleh Parti Perikatan. Pada saat ini, Dato Onn telah menyertai pilihan raya sebanyak tiga kali iaitu pertama di kawasan Johor yang kalah dengan Dato Sulaiman bin Dato Abdul Rahman daripada parti perikatan, kedua pada Julai 1957 beliau mencuba nasib di kawasan Batu Pahat yang juga kalah dengan Dato Syed Esa Elwi dari parti perikatan dan pada tahun 1959 beliau cuba bertanding sebagai Parti Negara di Terengganu dan beliau berjaya mengalahkan calon Engku Mohsin daripada Parti Perikatan.

 

          Kesimpulannya, kemenangan terakhir ini yang telah menyebabkan Dato Onn semakin aktif berkempen dan memperjuangkan soal kerakyatan, hak keistimewaan orang Melayu, pendidikan, ekonomi dan Tanah Simpanan Melayu. Perjuangan beliau dalam mengahrumkan nama Negara Malaysia harus dikenang sepanjang zaman.    

Comments

Chat