Farah Nur Izuwani Bt Muhamadi Saifulizan's 6.A2 : Memperkenalkan Ahli Parlimen Anda - OpenLearning

 

          Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan merupakan ahli parlimen bagi parlimen Pontian. Beliau telah dilahirkan pada 30 April 1966. Jawatan beliau dalam kabinet ialah sebagai Timbalan Menteri Kewangan Di Jabatan Perdana Menteri. Beliau juga merupakan seorang ahli politik Barisan Nasional (UMNO). Di peringkat akar umbi, beliau adalah bendahari UMNO dan timbalan ketua bahagian UMNO Pontian. Beliau merupakan parlimen Pontian, P164. Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan telah mengadakan pelbagai program dalam merapatkan hubungan antara etnik terutamanya dikalangan mahasiswa serta masyarakat itu sendiri .

 

           Pertama, program yang telah diadakan ialah Program Khidmat Masyarakat di Dataran Datuk Jalok, Benut Pontian Johor. Program ini adalah sebagai satu usaha untuk mendekati masyarakat di samping mengeratkan lagi hubungan antara industri serta masyarakat setempat. Tujuan program ini juga adalah bertujuan merapatkan pihak masyarakat berhampiran dan membantu pihak kerajaan untuk meningkatkan tahap sosio ekonomi penduduk. Program ini secara khususnya bermatlamat untuk menyemai budaya dan nilai-nilai murni serta menanam semangat kemasyarakatan yang utuh dalam kalangan mahasiswa pelbagai etnik.

 

          Kedua ialah beliau juga telah mengadakan satu program pelancaran pembukaan sembilan lagi sekolah agama baru di Pontian. Tujuan pembukaan sekolah agama baru juga bagi memenuhi harapan pemilik tanah yang telah mewakafkan tanah bagi tujuan pembinaan sekolah agama di tempat mereka. Matlamat program ini juga adalah untuk memberikan keselesaan kepada pelajar dan guru-guru untuk menjalankan aktiviti mereka berdasarkan kesesuaian semasa. Beliau mengalu-alukan penubuhan dana yang mampu meningkatkan lagi kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam melaksanakan beberapa aktivit bagi faedah bersama.

 

          Ketiga, beliau juga telah menyempurnakan program pembinaan Medan Niaga baru di Pekan Benut. Program ini adalah bertujuan membangunkan semula medan niaga di Pekan Benut bagi memenuhi keperluan ekonomi penduduk tempatan serta memberikan keselesaan kepada masyarakat terutamanya. Medan selera ini juga boleh dilaksanakan samada melayu atau bangsa lain yang berbilang etnik.

 

          Akhir sekali, beliau juga mengadakan program High Tea Jalinan Mahasiswa Anak Pontian yang bertempat di Hotel Pontian. Program ini terutamanya adalah bertujuan untuk merapatkan jurang mahasiwa dengan masyarakat serta ahli parlimen. Program ini adalah bagi Alumni Mahasiswa dan Mahasiwa Parlimen Pontian. Program ini juga adalah memberi peluang kepada mahasiswa menyuarakan pendapat mereka kepada ahli parlimen seterusnya merapatkan lagi hubungan dalam pelbagai  etnik serta pelbagai institusi.

 

          Kesimpulannya, pelbagai program yang dilaksanakan bagi merapatkan hubungan antara etnik terutamanya dikalangan mahasiswa serta masyarakat itu sendiri. Diharapkan program seperti ini dapat menyedarkan mata dan hati pelbagai pihak. 

Comments

Chat