OpenLearning

 

http://mykuasa.org/ms/content/mohd-johari-baharum-yb-dato-wira

 

Dato Wira Mohd Johari bin Baharom merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu merupakan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Di peringkat akar umbi, beliau adalah ketua Bahagian UMNO Kubang Pasu. Beliau juga adalah ahli Parlimen P006 Kubang Pasu, negeri Kedah , Malaysia.

Beliau selalu berusaha memberikan sumbangan kepada rakyat Kubang Pasu dan antaranya adalah menjalankan Majlis Perasmian Kawasan Rukun Tetangga(KRT) Zon A dan Zon B Taman Gemilang, Jitra, Kedah. Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia. KRT Taman Teja Zon A telah ditubuhkan pada sekitar tahun 2010 atas inisiatif penduduk  dan berpusat di Pondok kawalan SRS dianggaotai oleh ahli-ahli Jawatankuasa  terdiri dari penduduk sendiri yang berkhidmat secara sukarela dan dan diharap KRT Taman Teja dapat dihidupkan dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dengan sokongan dan cadangan dari semua penduduk di kejiranan bagi mengeratkan silaturrahim dan menjadikan kawasan kejiranan Teja tempat yang selamat dan kondusif untuk kita tinggal dan penting dalam pembesaran anak-anak kita.

Perasmian Pelancaran Program "Jimat Belanja Dapur (JBD)" Sempena Program My Best Buy Parlimen Kubang Pasu juga diadakan  di Medan Gerai Buah-Buahan Segar Kepala Batas, Kedah. Hal ini dapat membantu rakyat membeli barang keperluan pada harga lebih murah berbanding pasaran dan tidak ini tidak disekat untuk pengguna islam sahaja tetapi untuk semua etnik yang berbeza. Semua pengguna boleh menikmati kemudahan itu dengan memuat naik aplikasi tersebut secara percuma di 'Google Store' dan 'Apple Store.

Aktiviti gotong membina rumah warga mas Pn.Fatimah Abd Rahman di Kg.Kunluang Jitra juga dijalankan. Aktiviti ini berpeluang beramah mesra dengan warga tua dan hubungan silaturahim dapat terjalin antara beliau dengan rakyatnya dan membina ikatan yang erat serta mengurangkan sedikit perasaan terpinggir dalam diri warga-warga man itu. Selain itu, Pondok Tg.Kapor Jitra juga dibaiki kerana bagunan tersebut uzur. Beliau juga telah mengemaskini sistem pendidikan kebangsaan kepada satu daripada empat (agama, cina, tamil dan melayu). Semua sekolah bawah kerajaan mengamalkan satu sistem pendidikan, tidak kira nisbah pengajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, dengan ada nya jabatan-jabatan bahasa minoriti (Mandarin, Tamil, Iban, Kadazanetc) dan agama. Sekolah-sekolah agama, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, swasta dan antarabangsa boleh diteruskan tanpa peruntukkan kerajaan. Hal ini dapat menaikan prestasi dan membenarkan semua etnik mendapat peluang belajar yang sama.

Beliau telah melakukan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin yang berfikiran matang dan mementingkan keadilan antara etnik supaya hubungan antara kaum lain dapat dieratkan.

 

Facebook Dato Wira Mohd Johari bin Baharom

 

: https://www.facebook.com/mjoharibaharum

Comments

Loading
Error: Loading CSS chunk vendors-node_modules_fortawesome_pro-regular-svg-icons_faGlobe_js-node_modules_fortawesome_pr-b6b782 failed. (error: https://assets.openlearning.com/chunks_live/vendors-node_modules_fortawesome_pro-regular-svg-icons_faGlobe_js-node_modules_fortawesome_pr-b6b782.8fd07ef9993d3220.css)

Chat