NAMA : NUR AFIQAH BINTI SUBRI
NO MATRIK : D20172081053
UNIVERSITI : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
NAMA PENSYARAH : EN GHUFRAN
URL VIDEO YOUTUBE : https://www.youtube.com/watch?v=8lKsJ1dcHpY
Berdasarkan URL video Youtube yang telah saya sertakan diatas, video tersebut mengisahkan mengenai era-era yang selepas perang dunia kedua iaitu Era Tegang Tetapi Stabil dan Era Kesepaduan Sosial. Era yang disebut didalam video tersebut ialah Era Tegang tetapi stabil yang berlaku dari tahun 1961 sheingga 1970. Era ini merupakan situasi dimana masyarakat nampak tenang pada luarannya tetapi pada hakikatnya berlaku pelbagai peristiwa-peristiwa antara kaum yang mengakibatkan kepada ketegangan. Berdasarkan kepada video yang saya berikan, menunjukkan bahawa Malaysia pada waktu itu masih belum mempunyai sifat perpaduan antara kaum yang kukuh. Video tersebut telah menunjukkan peristiwa berdarah yang berlaku pada era tersebut. Peristiwa yang berlaku ialah peristiwa "13 Mei 1969" yang menunjukkan sifat dendam sesama kaum antara Cina dan Melayu. Peristiwa ini bermula ketika pilihanraya. Pilihanraya pada tahun 1969 dimenangi oleh parti yang berbangsa Cina. Berlaku perarakan yang bertujuan untuk meraikan kemenangan tetapi telah disalah gunakan dengan menghina kaum Melayu. Akhirnya berlaku pergaduhan yangmengakibatkan kematian orang Melayu. Seterusnya, berlaku pergaduahan dan rusuhan kaum di antara orang Cina dan Melayu. Ketika itu negara mengistiharkan darurat pada 16 Mei.
Seterusnya ialah Era Kesepaduan Sosial yang berlaku dari tahun 1971 sehingga 2011. Era ini rakyat menyuarakan ketidakpuas hati melalui internet, SMS dan pelbagai saluran Siber. Era ini dilabelkan sebagai era pertikaman lidah tidak sampai ke tahap merusuh dan pertelingkahan fizikal. Suasana aman stabil dan harmoni kecuali rusuhan etnik di Melayu-India, di Kampung Medan ,Selangor disebabkan faktor ekonomi, bukan faktor sosial. Punca pergaduhan yang berlaku di Kampung Medan ialah apabila Majlis perkahwinan bertembung dengan Majlis Kematian pada hari yang sama antara kaum Melayu dengan India. Akibatnya berlaku pergaduhan dan ramai yang terkorban. Peristiwa seterusnya ialah peristiwa di Masjid Kampung Rawa pada 1998, pergaduhan yang melibatkan orang Melayu dan India mengenai kuil yang dibina bersebelahan dengan masjid. Berlaku sedikit pertelingkahan dan akhirnya kuil tersebut dipindahkan ketempat baru.