Soalan 1
Setelah menonton video tentang LO 1, maka bincangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia (sebelum merdeka, selepas merdeka dan sekarang)Pada tahun 1970, isu kemiskinan dalam kalangan Etnik Melayu adalah yang paling tinggi iaitu 65.9%, manakala Etnik India sebanyak 40.2% dan Etnik Cina mempunyai peratus yang sedikit iaitu 27.5%. Pada ketika itu, Etnik Melayu bekerja dalam sector pertanian dan perikanan. Dasar pecah perintah telah diperkenalkan oleh British dan ini mewujudkan perasaan tidak puas hati antara kaum. Oleh itu, Menteri Pembangunan perasan akan perkara ini pada ketika dahulu lalu memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru bagi membaiki jurang ekonomi antara kaum. Hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia ialah disebabkan perbezaan topologi dan geografi, Masyarakat pelbagai etnik di Malaysia dapat menjalinkan hubungan perniagaan dengan lebih efisyen. Hal ini kerana, masyarakat Melayu yang mempunyai kepakaran dalam bidang pertanian dan perikanan dapat memperkembangkan perniagaan mereka dengan bergaul dengan etnik Cina. Etnik Cina dapat mengajar Etnik Melayu mengenai selok belok pernigaan. Di samping itu, tidak dilupakan juga terhadap Etnik India yang mempunyai kepakaran terhadap menoreh getah. Getah yang ditoreh dapat di inovasi serta di jual dengan bantuan Etnik Cina. Oleh itu, kepakaran dalam setiap etnik amatlah penting dalam pembentukan sesesuatu ekonomi.
Soalan 2
Setelah memahami LO 2, terangkan bagaimanakah kedudukan ekonomi Bumiputera / Kaum Cina / Kaum India / Kaum lain sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru? Sila pertimbangkan impak jawapan anda ke atas keadaan politik, ekonomi dan sosial semasa.Kedudukan ekonomi Bumiputera, kaum Cina, kaum India sebelum Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan ialah berdasarkan sistem pecah perintah yang diperkenalkan oleh British di mana di dalam dasar ini, pihak British telah mengasingkan tumpuan pekerjaan di mana bumiputera akan bekerja di sektor pertanian dan perikanan. Manakala, kaum India bekerja di ladang ataupun estet dan kaum Cina berniaga di banar. Jurang antara ekonomi telah membuat ramai orang tidak berpuas hati. Akan tetapi selepas Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan, sistem ekuiti telah menyatukan rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Sebagai intiha, di dalam sektor kerajaan, kerajaan telah menetapkan peratus setiap kaum di dalam setiap sektor. Dari segi politik pula, peratusan kaum yang menganggotai parti politik adalah stabil dan tidak berat sebelah. Dari segi, masalah social pula semakin kurang semenjak adanya Dasar Ekonomi Baru.
Soalan 3
Video LO 2 juga ada membincangkan berkenaan dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam memacu ekonomi negara. Huraikan dasar-dasar yang berkaitan dengan isu agihan dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia.Terdapat dua perkara yang dititikberatkan oleh Dasar Ekonomi Baru iaitu untuk membasmi kemiskinan dan mengelakkan jurang ekonomi perkauman. Isu yang pertama ialah membasmi kemiskinan iaitu mengurangkan kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat berbilang kaum. Seterusnya, penyusunan semula masyarakat. Hal ini kerana, pengenalan etnik mengikut fungsi perlu dihapuskan. Bagi mencapai matlamat tersebut, beberapa instituti telah ditubuhkan antaranya ialah FELDA, MARA, FAMA MARDI, RISDA dan PERNAS. Perkara pertama yang dilakukan untuk menyusun semula masyarakat ialah meningkatkan bahagian bumiputera dalam sektor ekonomi moden seterusnya meningkatkan bahagian bumiputera dalam pemilikan saham. Akhir sekali, meningkatkan bilangan usahawan bumiputera.
Soalan 4
LO 3 menekan isu globalisasi dan ekonomi. Bincangkan peranan globalisasi dan impaknya kepada keadaan ekonomi multi-etnik di Malaysia. Juga fokus kepada kekuatan kepelbagaian etnik di Malaysia (yang tiada pada negara lain) dalam menyumbang kepada kelestarian ekonomi Malaysia.Globalisasi bermaksud pemikiran tanpa sempadan. Globalisasi dapat menyumbang kepada ekonomi multi-etnik di Malaysia. Hal ini kerana, Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik merupakan sebuah Negara yang unik. Bidang pelancongan boleh membuat kempen seperti “Cuti-cuti Malaysia” bagi meningkatkan sektor ekonomi multi-etnik. Di samping itu, keunikan Malaysia berbanding dengan Negara lain ialah terdapat pelbagai kaum yang mempunyai adat dan budaya resam masing-masing. Tidak dilupa juga terhadap pemakaian tradisional yang dipakai oleh kaum masing-masing ketika musim perayaan. Para pelancong akan gemar untuk dating ke Malaysia demi melihat budaya dan sikap sopan santun rakyat Malaysia. Makanan yang setiap etnik hidangkan merupakan salah satu uniknya Malaysia. Makanan di Malaysia mempunyai pelbagai variasi yang sangat menarik.