Soalan 1
Isu Murtad dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.Isu murtad bukanlah sesuatu perkara yang boleh dianggap main-main oleh segelintir masyarakat. Murtad di Malaysia seringkali dikaitkan dengan jenayah syariah atau hak kebebasan beragama amat sukar untuk ditafsirkan di Malaysia sekiranya mengikut keputusan penghakiman yang dibuat di mahkamah. Isu murtad sering dikaitkan dengan Hak kebebasan beragama yang diperuntukkan oleh perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara. Oleh yang demikian, mereka menganggap mereka boleh keluar agama sesuka hati atas alasan Malaysia merupakan negara yang bebas untuk beragama Seseorang yang muslim kita haruslah mempunyai pegangan akidah dan iman yang kuat agar tidak terpesong dari syiar islam. Oleh itu, kita sebagai khalifah di muka bumi perlu berpaksikan ajaran yang benar iaitu ajaran Allah s.w.t dan tidak menyimpang jauh daripada segala yang telah disuruh. Sesungguhnya al-quran dan Sunnah adalah panduan hidup yang paling benar dan nyata.
Soalan 2
Isu Hak Penjagaan Anak Bagi Pasangan Yang Salah Seorang daripada Mereka Memeluk Islam.Anak-anak adalah mengikut agama Islam apabila yang memeluk Islam adalah bapa. Sekiranya yang memeluk Islam adalah ibu, anak-anak tidak dianggap beragama Islam. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam Malik. Hujah yang dipegang oleh al-Imam Malik adalah seseorang anak adalah dinasabkan kepada si ayah dan bukannya dinasabkan kepada si ibu. Maka kerana itulah keislaman si ayah sahaja yang akan menyebabkan si anak turut beragama Islam sebagai mengikut agama si ayah. Para ulama di dalam keempat-empat mazhab membincangkan tentang perkara ini Para ulama bermazhab Syafie dan Hanbali rahimahumullah meletakkan bahawa hak penjagaan mestilah kepada seorang Islam. Orang kafir tidak layak untuk mendapat hak penjagaan anak tersebut. Memandangkan Malaysia mengikut Mazhab Syafie, maka hak penjagaan anak haruslah mengikut mazhab Syafie.
Soalan 3
Isu Penurunan Salib di Kampung Medan.Saya menganggap isu ini adalah suatu isu yang sebenarnya tidak perlu diperbesarkan kerana seperti yang kita sedia maklum bahawa rakyat Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan pelbagai agama Meskipun negara kita, agama Islam merupakan agama rasmi negara namun tidak bermaksud bahawa negara ini menyekat rakyatnya untuk menganuti agama lain selain agama rasmi. Namun kesalahan mereka ialah membuat gereja di sebuah kawasan majoritinya adalah 90 % orang Islam dan tidak mempunyai permit kebenaran untuk membina gereja telah menimbulkan ketidakpuas hati masyarakat orang islam di kampong medan. Malah, penduduk Taman Medan bukanlah tidak membenarkan penganut agama lain untuk beribadat, tetapi mereka hanya meminta supaya simbol tidak perlu dipaparkan secara terang-terangan di tempat awam, walaupun kewujudan gereja itu sendiri boleh dipertikaikan, Disini media mempunyai kuasa yang amat penting dalam membentuk dan membina fikiran rakyat. Pada saya media adalah satu medan pertembungan idelologi yang memusatkan penyampaian maklumat dan keuntungan jualan. Namun dalam usaha mencari keuntungan adlah tidak wajar mensensasikan berita sehingga membawa kepada perpecahan Walaupun agama islam ialah bahasa rasmi di Malaysia, namun semua kaum bebas untuk menganuti agama masing-masing.
Soalan 4
Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.Orang-orang bukan Islam sama ada dari kalangan orang-orang Kristian khususnya atau selainnya, perlu menghormati prinsip ajaran Islam dan maslahat umat Islam di Malaysia khususnya berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Pedirian bahawasanya kalimah ALLAH tidak boleh digunakan bagi merujuk kepada konsep ketuhanan selain daripada aqidah Islam adalah merujuk kepada beberapa asas: Pertama: Nas-nas daripada Al-Qur’an dan hadith menunjukkan konsep kemurnian aqidah Islam yang menolak sebarang pencemaran bagi konsep ketuhanan ALLAH s.w.t. yang berpaksikan aqidah tauhid. Oleh yang demikian, kalimah ALLAH yang merujuk kepada tuhan yang berpaksikan trinit dan sebagainya yang sesat adalah menyalahi prinsip ajaran aqidah Islam yang murni itu sendiri. Dalil-dalil yang menolaknya adalah seperti surah Al-Ikhlas, Surah An-Nisa’ ayat ke-171, Surah Al-Ma’idah ayat ke-73 dan sebagainya. Kedua: Ia bercanggah dengan kemurnian konsep kalimah syahadah yang menunjukkan hanya orang-orang Islam sahaja yang menyembah ALLAH s.w.t.. Maka, kalaulah orang-orang Kristian pun menyembah ALLAH dengan konsep triniti, maka mereka juga mendakwa tidak menyembah melainkan ALLAH tetapi Allah yang bersifat triniti. Hal ini justeru menafikan pengkhususan kepada orang-orang Islam dalam berpegang dengan kalimah syahadah (La ilaha illaLlah). Maka, ia suatu yang tertolak dari sudut kemurnian kalimah syahadah ajaran Islam itu sendiri. Ketiga: Ia boleh membawa kepada kekeliruan kepada masyarakat awam Islam khususnya di Malaysia. Ia boleh menimbulkan prasangka seolah-olah tuhan yang disembah oleh orang-orang Kristian adalah sama dengan Tuhan yang disembah oleh orang-orang Islam. Ini membuka pintu kepada murtad yang dicela oleh Islam itu sendiri. Berdasarkan peruntukan Perkara 11 (4), adalah wajar larangan kalimah ALLAH digunakan bagi orang-orang kafir atau bukan Islam. Ia demi menjaga maslahat umat Islam itu sendiri.