Nur Aqidah Mohd Rozlan's 9.A1 : AKTIVITI 1 - OpenLearning

Soalan 1

Kenalpasti ciri-ciri utama sistem pendidikan di Malaysia berdasarkan sejarah perkembangannya dari zaman sebelum merdeka hingga kini.
Kenalpasti ciri-ciri utama sistem pendidikan di Malaysia berdasarkan sejarah perkembangannya dari zaman sebelum merdeka hingga kini.Sebelum merdeka, penjajah memainkan peranan utama dalam menentukan sistem pendidikan di Tanah Melayu. Melalui dasar pecah dan perintah oleh pihak British, setiap etnik diasingkan mengikut komuniti masing-masing. Ini bertujuan agar perpaduan tidak wujud dikalangan rakyat Tanah Melayu. Oleh itu, terdapat dua bentuk pendidikan yang menjadi keutamaan British. Pendidikan Inggeris yang disediakan hanyalah untuk golongan Melayu atasan serta dari komuniti bukan Melayu manakala pendidikan vernakular yang ditubuhkan hanya menumpukan kedapa perkara asas seperti menulis, membaca, mengira serta pertanian. Peluang pendidikan bagi komuniti Cina dan India bukan sahaja dalam pendidikan Inggeris malah berpeluang mengukuhkan bentuk pendidikan yang diiwarisi dari negara asal. Dasar ini telah membentuk jurang perbezaan yang tinggi antara komuniti Melayu dan bukan Melayu. Namun selepas merdeka, dasar pendidikan lebih terbuka di mana semua kaum berhak memperoleh pendidikan yang sama rata. Mereka boleh memilih sama ada Sekolah Kebangsaan mahupun Sekolah vernakular. Hal ini kerana, kurikulum di kedua-dua jenis sekolah ini pada keseluruhannya adalah sama,2. Bincangkan bagaimana ciri-ciri yang dinyatakan di atas mempengaruhi perhubungan antara pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama. Sistem pendidikan formal yang lebih terbuka kepada semua kaum ini mampu mewujudkan hubungan perpaduan antara pelajar. Misalnya, sekolah kebangsaan yang mempunyai pelajar berbilang kaum dan agama dapat mewujudkan interaksi antara kaum melalui aktiviti yang dianjurkan di sekolah. Peluang ini juga membolehkan pelajar mempelajari sesuatu yang baharu misalnya dari segi bahasa yang mampu menjadi nilai tambah dalam diri mereka serta mengenali lebih dekat budaya serta adat resam kaum lain. Secara tidak langsung, pendekatan ini dapat melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu.

Soalan 2

Bincangkan bagaimana ciri-ciri yang dinyatakan di atas mempengaruhi perhubungan antara pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama.
Keunikan Malaysia yang mempunyai latar belakang masyarakat pelbagai etnik menunjukkan masyarakat dapat hidup bersatu padu walaupun mempunyai bahasa, agama dan kepercayaan yang berbeza. Tanpa disedari, saling kebergantungan antara satu sama lain telah menzahirkan hubungan berbentuk kesepaduan dalam masyarakat. Antara elemen yang membawa kesepaduan sosial dalam konteks kepelbagaian adalah melalui kepelbagaian makanan. Elemen ini dapat dilihat di mana penonjolan pelbagai jenis makanan merentas etnik telah membentuk satu identiti masyarakat Malaysia. Pengalaman harian ini telah memupuk kesepaduan sosial di mana elemen ini berlaku menerusi pengambilan makanan popular pelbagai etnik di Malaysia. Selain itu, media massa khususnya media elektronik kini menjadi elemen terpenting yang memudahkan masyarakat berkomunikasi antara satu sama lain. Melalui media massa, pihak tertentu boleh mengambil inisiatif dengan menghasilkan iklan, filem yang mengandungi unsur perpaduan yang mampu memberi kesedaran kepada masyarakat pada penghujungnya. Melalui internet, masyarakat juga dapat membina hubungan sesama manusia merentasi sempadan etnik, agama, budaya dan negara. Kemudahan ini memberi impak baharu dalam membina kesepaduan melampaui batas masa, jarak dan lokasi. Justeru, kesedaran yang membawa kepada perpaduan perlu diterapkan lagi dalam usaha untuk membina sebuah negara yang unggul dan harmoni.

Comments

Chat