|
Nama: |
Abd Aziz Sheikh Fadzir, YB Dato' |
|
Parti: |
BN - UMNO |
|
Nama Kerusi: |
Kulim-Bandar Baharu |
|
No Kerusi: |
P018 |
|
Kawasan: |
Kulim |
|
Negeri: |
Kedah |
|
Laman sesawang: |
· http://mykuasa.org/ms/content/abd-aziz-sheikh-fadzir-yb-dato · https://www.facebook.com/pakarkulimbandarbaharu/
|
Yang Berbahagia Dato’ Abd Aziz Sheikh Fadzir yang merupakan ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu ini telah melaksanakan pelbagai program untuk mengukuhkan hubungan antara pelbagai kaum. Antaranya adalah beliau telah memberi sumbangan hamper Deepavali yang diwakili oleh En.Manivasakam Ketua Bahagian PPP Kulim/Bandar Baharu bertempat di Taman Jati pada 30/10/2013. Timbalan Ketua Bahagian iaitu En.Ganapthy juga telah turut serta dalam program tersebut. Penerima sumbangan amat berterima kasih kepada YB.Dato atas sumbangan beliau.
Pada tahun 2014 iaitu tahun melawat Malaysia, beliau telah menganjurkan program Sungai Ular 4x4 Jamboree International Challenge. Program ini dianjurkan dengan kerjaama Pejabat Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu. Program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelbagai kaum kerana ia telah melibatkan pelbagai kaum untuk menyertainya.
Seterusnya, program yang telah dilaksanakan oleh beliau adalah Karnival Seribu Langkah Sejuta Nikmat dimana ia melibatkan pelbagai kaum untuk menyertainya. Program ini melibatkan penduduk di Kulim yang terdiri dari pelbagai linkungan umur.