NABILAH BINTI MUSTADZA's 6.A1 : Refleksi Perjuangan Dato Onn - OpenLearning

Tun Hussein bin Dato' Seri Onn  merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau dilihat sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan sebarang isu berkaitan dengan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".

Tun Hussein Onn juga merupakan seorang pejuang tanah air yang mempunyai pemikiran yang terbuka dan futuristik dalam usaha untuk membentuk sebuah negara yang bersatu padu sebagai satu tonggak bangsa biarpun mempunyai latar belakang kaum yang berbeza. Usahanya telah tercatat dalam lembaran sejarah apabila beliau telah menyokong kuat idea yang dikemukakan oleh bapanya untuk membuka keahlian UMNO kepada kaum lain agar terbentuknya sebuah parti politik yang berteraskan nilai bersatu padu daripada pelbagai kaum.Beliau menyokong kuat idea ini mungkin hasil daripada pengalaman beliau di sepanjang karier sebagai seorang askar perisikan di negara - negara seperti Mesir, Syria dan palestin  yang mana beliau sendiri telah melihat betapa pentingnya perpaduan kaum ataupun bangsa dalam membentuk sebuah negara yang berdaulat.

Disebabkan kepelbagaian kaum yang tercipta di Malaysia kesan daripada jajahan bangsa - bangsa penjajah, beliau merasakan idea untuk membentuk sebuah parti politik yang berteraskan satu bangaa harus dicipta untuk memudahkan pentadbiran & pengurusan negara di samping dapat mewujudkan sebuah negara yang aman & harmoni. Meskipun idea ini sangat ditentang keras oleh orang Melayu sendiri, beliau tetap dengan pendiriannya dengan bertindak untuk keluar daripada UMNO dan menubuhkan parti baru.

 

Comments

Chat