Soalan 1
Isu Murtad dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.Soalan 2
Isu Hak Penjagaan Anak Bagi Pasangan Yang Salah Seorang daripada Mereka Memeluk Islam.Soalan 3
Isu Penurunan Salib di Kampung Medan.Kira-kira 50 penduduk Taman Medan di Petaling Jaya telah mengadakan satu perhimpunan secara aman di hadapan satu bangunan lot kedai, yang mana terletaknya lokasi satu gereja baru di Taman Medan, Petaling Jaya. Perhimpunan tersebut dibuat adalah bertujuan untuk menuntut agar tanda salib yang terpampang di premis itu diturunkan. Atas desakan yang dibuat oleh penduduk Taman Medan, pihak gereja akhirnya akur dan bersetuju untuk menurunkan lambang salib tersebut. Isu ini juga sudah menjadi viral di laman sosial seperti facebook malah banyak respon yang diberikan berhubung dengan perkara ini. Ada yang menyokong malah ada juga yang mengutuk sekeras-kerasnya perkara ini. Penduduk mengatakan bahawa, pemandangan atau pandangan pertama mereka apabila membuka tingkap ialah tanda salib yang terpampang di premis tersebut dan mereka berasa cemas melihat tanda salib tersebut. Mereka berasa tidak selesa dan sensitif terhadap tanda tersebut. Mereka juga memberi alasan bahawa tanda salib tersebut mencabar akidah dan kepercayaan penduduk kawasan itu yang majoritinya beragama Islam. Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) berkata, berdasarkan Perlembagaan, tidak ada undang-undang yang menghendaki sebuah gereja mendaftarkan tempat ibadat mereka. "Perkara 11(3) menyatakan, setiap agama mempunyai hak untuk memperoleh harta dan mengawal selia hal ehwal mereka sendiri tanpa apa-apa kelulusan. Jadi soal menyalahi undang-undang, sama sekali tidak timbul di sini." "Lot kedai yang ditukar kepada tempat ibadat atau pusat meditasi mesti mematuhi Akta 133 Seksyen 70 (12) dan permohonan bertulis dengan aktiviti dinyatakan hendaklah dikemukakan untuk kelulusan." Namun,MBPJ juga menjelaskan sejak 2008 Jawatankuasa Kerajaan Negeri Perhubungan Bukan Islam membenarkan gereja beroperasi di premis komersial atau pejabat tanpa permohonan permit tetapi melalui notis pemberitahuan kepada penduduk. "Ia berdasarkan artikel 11, Perlembagaan Persekutuan merangkumi kebebasan beragama. Tidak ada dalam polisi itu yang dipanjangkan dalam jawatankuasa. Notis pemberitahuan sudah mencukupi dan sekiranya penduduk atau ahli majlis mempunyai sebarang isu atau pertanyaan mereka boleh merujuk kepada kita," Terdapat beberapa persoalan yang timbul dan bermain di fikiran saya mengenai isu ini iaitu: 1. Mengapa tanda salib baru sekarang menjadi isu atau dijadikan isu sedangkan tanda salib telah lama digunakan sejak dari dulu lagi namun tidak pernah menimbulkan sebarang masalah. 2. Adakah rasa hormat dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum sudah semakin terhakis sehinggakan berlakunya isu ini? 3. Adakah dengan hanya terlihat atau melihat tanda salib tersebut, akidah dan kepercayaan seseorang akan terus goyah atau berubah? 1) Nur Hayani Binti Halim -194033 2) Farah Adibah Binti Mohd Azmi- 193023 3) Lin Szu Ann - 194210 4) Iszanazura Binti Jumaat -193303 5) Nur Aqielah Binti Fausi- 193024 6) Nur Syahirah Binti Mohd Razi 7) Sarah Dini Binti Muhamad Din- 194032
Soalan 4
Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.Hukum menggunakan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah seperti berikut : 1) Penggunaan, pernyataan, penyebaran, percakapan, apa-apa bentuk penerbitan samada media elektronik atau media cetak menggunakan kalimah Allah oleh orang bukan Islam yang boleh mengeliru atatu memesongkan akidah kepada umat Islam sebagaimana termaktub dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam No.5 tahun 1985 dan lain-lain istilah agama Islam yang dipakai oleh orang Islam untuk kegunaan agama Islam adalah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam. 2) Kesalahan menggunakan kalimah Allah dan istilah agama Islam telah termaktub dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam No.5 tahun 1989. KETERANGAN/HUJAH : -Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada 'Tuhan Bapa' iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah SAW. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah 'Theos' bukannya Allah. -Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El. Eloh, Elohim dan juga Yhwh. -Kaliamh Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian. -Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kaliamah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini. -Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun pengunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid. -Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam. -Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalauterbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama. -Kalimah Allah sebenarnya tidak ada dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah. -Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar'iyyah dn Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam. -Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar'iyyah dn Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam. -Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam. -Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama. Ahli Kumpulan: 1) Nur Hayani Binti Halim -194033 2) Farah Adibah Binti Mohd Azmi- 193023 3) Lin Szu Ann - 194210 4) Iszanazura Binti Jumaat -193303 5) Nur Aqielah Binti Fausi- 193024 6) Nur Syahirah Binti Mohd Razi 7) Sarah Dini Binti Muhamad Din- 194032