1. Apakah pandangan anda mengenai aktiviti yang dijalankan oleh JPNIN dalam memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan kanak-kanak tadika?
Antara program yang dijalankan untuk kanak-kanak tadika ini adalah pertandingan mewarna, bola sepak, bola jaring, pertandingan reka cipta, pertandingan bercerita dan pakaian beragam.Kata Razi, program sedemikian dapat memastikan generasi muda terhindar daripada sikap syak-wasangka yang menjadi elemen perosak dalam masyarakat pelbagai kaum.Kita ambil saja contoh pihak pembangkang yang sentiasa menggunakan isu perkauman untuk memecah-belahkan rakyat demi kepentingan politik mereka.
2. Adakah aktiviti yang dijalankan ini berkesan dalam memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan kanak-kanak tadika?
Sebab itu kita ingin sematkan semangat perpaduan kepada anak-anak kecil ini, sekali gus membolehkan mereka mendalami erti perpaduan dan integrasi nasiona. pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan di sekolah dalam usaha memupuk perpaduan kaum dalam kalangan murid-murid. Umpama menyemai benih yang diharapkan hidup subur dan menghasilkan buah yang manis, bibit-bibit perpaduan mesti disemai, dibaja dan disiram dengan penuh kesabaran suapaya menghasilkan murid yang bersatu-padu dan saling menghormati. Perpaduan merupakan tonggak kekuatan dan keamanan negara. Justeru, murid-murid yang bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan mesti memiliki semangat bersatu-padu untuk memajukan negara dan mengekalkan kemedekaan dan keharmonian negara. Oleh itu, komitmen semua pihak turut diharapkan agar aspirasi murni negara iaitu mengekalkan perpaduan kaum dapat direalisasikan supaya negara kita kental daripada diancam oleh anasir-anasir yang cuba untuk memecahbelahkan rakyat. Bersatu kita teguh, bercerai kita robo