OpenLearning

Soalan 1

Bincangkan perbezaan antara agama dan penganutnya. Misalnya, antara Hindu dan Hinduisme, Muslim dan Islam, dan sebagainya.
Malaysia merupakan sebuah Negara yang memiliki kepelbagaian agama. Terdapat 4 agama utama yang terdapat di Malaysia iaitu agama islam, agama hindu, agama budha dan agama kristian. Keperluan kepada beragama ini turut dilihatkan bagaimana lahirnya pelbagai fahaman dan kepercayaan seperti Hindu, Buddha, kepercayaan kepada semangat dan roh-roh jahat dan lain-lain. Agama memberi maksud kepada bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Manakala penganut pula memberi maksud kepada individu yang berpegang dan mengamalkan sesuatu kepercayaan atau fahaman daripada agama yang dianuti. Bagi agama islam penganutnya ialah muslim. Penganut agama buddha pula dikenali sebagai Buddhism. Manakala penganut agama Hindu pula dikenali sebagi Hinduisme dan bagii agama kristian pula mereka dikenali sebagai penganut agama kristian. Agama islam itu sangat sinonim di Negara kita dan ia merupakan agama negara seperti mana termaktub dalam pelembagaan. penganut majoritinya ialah orang melayu dan berpegang kepada ahli sunnah wal jamaah. Begitu juga kepada agama hindu yang majoritinya dianui oleh kaum india namun ada juga kaum india yang menganuti agama lain seperti kristian dan islam namun masih menjalani tradisi dan budaya bangsa mereka. Agama kristian juga menerima penganut daripada kepelbagaian bangsa yang kebanyakannya masih mengamalkan budaya bangsa masing-masing walupun telah menganuti agama lain. Perlu diakui bahawa Malaysia mempunyai penganut dari empat agama besar dunia, iaitu Islam, Buddha, Kristian dan Hindu ditambah dengan agama-agama lain yang turut mencorakkan warna kehidupan beragama. Kebebasan beragama yang diperuntukkan oleh perlembagaan memberi ruang yang secukupnya untuk semua agama menikmati pengamalan agama masing-masing dan dalam masa yang sama mencipta suasana sosial yang harmoni dengan menghormati agama orang lain.

Soalan 2

Bincangkan bagaimana budaya setempat mempengaruhi amalan agama  masyarakat.
Bincangkan bagaimana budaya setempat mempengaruhi amalan agama masyarakatAgama dan budaya memberikan pengaruh yang penting dalam kehidupan bermasyarakat. Budaya didefinisikan sebagai segala amalan, penerimaan dan kepercayaan oleh sesuatu masyarakat yang dipraktikan secara berterusan atau diulangi oleh generasi yang seterusnya. Budaya yang diamalkan oleh masyarakat setempat mempengaruhi amalan agama masyarakat tersebut. sebgai contoh pembinaan masjid disesuatu kawasan itu sebagai rumah ibadat bagi orang muslim menunjukkan amalan agama masyarakat di kawasan tersebut kebanyakannya beragama islam. Begitu juga sekiranya kawasan tersebut didirikan kuil, gereja dan tokong.

Comments

Loading
Error: Loading CSS chunk vendors-node_modules_fortawesome_pro-regular-svg-icons_faGlobe_js-node_modules_fortawesome_pr-4f8267 failed. (error: https://assets.openlearning.com/chunks_live/vendors-node_modules_fortawesome_pro-regular-svg-icons_faGlobe_js-node_modules_fortawesome_pr-4f8267.8fd07ef9993d3220.css)

Chat